Memula bila saya baca tulisan saudara Badrul di bawah ini, terasa macam membaca cerita dongeng ala Cinderella atau Star Wars. Kemudian terfikir pula, jika ianya tidak benar, takkan dia sanggup menulis alamat dan nombor tefon dia. Maka saya tefon dia bertanya dan dia menyatakan bahawa dia menerima email itu dari seorang sahabat dan mengesahkan kebenaran cerita itu.
Alhamdulillah, mungkin tidak terlintas di hati kita bahawa sebuah hospital di Jordan - Jordan bukanlah merupa sebuah negara yang kaya seperti jiran jiran nya - dapat diwujudkan mengikut ciri ciri Islam, terutama dalam mengutamakan kepentingan rawatan kepada pesakit dari memikirkan keuntungan, yakni kewibawaan pesakit membayar bil perubatan! Dalam dunia yang sentiasa mengejar duniawi, perkara seperti ini memang susah dipercayai. Lebih lebih lagi di Malaysia yang dicintai ini di mana kerajaan yang ada sentiasa mencari peluang keuntungan dari mementingkan kesejahteraan rakyat.
Ye lah, saya akui Jordan Islamic Hospital ini tidak mampu berdiri dengan sendiri. Semestinya ia dibantu atau ditaja oleh beberapa individu. Tapi bukankah di Malaysia ini terdapat ramai individu individu yang kaya raya, terutama mereka yang telah berjaya mendapat projek projek berjutaan ringgit dari kerajaan? Mungkin tergerakkah hati mereka untuk melakukan yang sama? Atau tidak bolehkah kerajaan Malaysia dengan bantuan keuntungan berbilion ringgit Petronas mewujudkan perkara sebegini.
Sememangnya pernah wujud hospital yang mementingkan rawatan kepaa pesakit di Malaysia. Namun, hari demi hari, tahun demi tahun, satu persatu ianya semakin pupus dek kepentingan keuntungan. Sehingga satu hari nanti, hospital sebegini akan hilang terus dari kacamata kita. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, ianya tidak menjadi masalah; paling tidak mereka beli insurans perubatan yang terbaik. Tapi bagaimana mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dan menyara keluarga seramai 5 orang? Rasanya, insurans perubatan yang termurah pun belum tentu mereka dapat beli.
Mereka yang membantah menyatakan ramai yang akan menipu. Pada saya, persetankan mereka yang menipu: bukankah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil? Dengan sendirinya, mereka akan menerima balasan yang setimpal. Keutamaan harus ditumpukan kepada mereka yang benar memerlukan.
Saya akui perkara sebegini bukanlah mudah. Maka dengan itu, kerajaan dan individu individu yang telah diamanahkan kekayaan harus memainkan peranan. Pasti ada yang sukar mempercayai ianya dapat dilakukan. Pada mereka ini, izinkan saya meminjam kata kata hikmah (siapa nama) Jedi Master Star Wars: You fail because you do not believe (Anda gagal kerana anda tidak empunyai kepercayaan).
"Mohd Hanafi Hj. Abu Bakar" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Subject: JORDON ISLAMIC HOSPITAL
JORDON ISLAMIC HOSPITAL
Semasa di Jordan, saya pernah dirawat sebanyak dua kali di Jordan
Islamic Hospital.
Nama itu adalah nama yang berat untuk dipikul oleh sebuah hospital
kerana ia membawa kepada masyarakat menilai setiap aspek hospital
tersebut sama ada menepati Islam atau tidak. Memang tidak dinafikan,
hospital tersebut cuba menjaga pelbagai sudut operasinya agar menepati Islam. Saya menghargainya.
Misalnya, wad lelaki dan perempuan diasingkan, di mana wad perempuan dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan perempuan. Daripada jururawat, hinggalah kepada kerani dan pekerja membersih lantai. Manakala di wad lelaki pula, keadaannya sama iaitu semua jururawat dan kakitangan yang lain, lelaki. Mungkin kita sinis dengan situasi begini, tetapi sekurang-kurangnya Jordan Islamic Hospital telah mengorak langkah.
Namun, apa yang saya kenang sampai bila-bila adalah budi bahasa
kakitangan hospital tersebut. Selepas menerima rawatan, saya diserahkan bil sebanyak JD1200 iaitu kira-kira RM7 ribu. Tentulah jumlah ini mustahil untuk saya. Saya bertanya, apakah ada peluang untuk saya memohon bantuan kewangan atau mungkin dikurangkan jumlah bil tersebut. Saya diberitahu oleh kakitangan kewangan hospital, agar berjumpa terus dengan pegawai yang bertanggungjawab di
dalam hal ini.
"Saya mohon agar dikurangkan bayaran bil ini kerana jumlahnya terlalu
besar. Saya memilih untuk menjalani pembedahan di hospital ini kerana
saya yakin dengan 'kualiti perkhidmatan' yang diberikan, di samping
suasana Islamnya', Saya cuba memohon pertimbangan.
"Ya akhuy!, bagaimanakah kesihatan kamu sekarang?", itu ayat yang keluar dari mulut pegawai tersebut. "Alhamdulillah beransur baik. Syukur kepada Allah.", saya menjawab sambil terpinga-pinga menanti jawapan tentang bil itu tadi.
"Selain rawatan, apakah yang kamu dapat selama kamu berada di hospital ini?", tanyanya lagi.
"Saya dapat dua orang kawan baru. Seorang pesakit berbangsa Sudan yang menghadiahkan saya lawatan setiap hari. Dia sentiasa membantu saya bangun untuk mengerjakan Solat. Seorang lagi adalah pesakit dari selatan Jordan . Dia menghadiahkan saya senaskhah al-Quran dan seutas tasbih. Pelajaran berharga yang saya dapat adalah PERSAUDARAAN ISLAM", saya cuba memberikan penjelasan.
"Setujukah kamu kalau saya katakan Islam itu indah?", beliau seakan-akan cuba menduga saya.
"Ya, memang indah", saya menjawab.
"Jika persaudaraan menjadi Islam, ia menjadi persaudaraan yang indah.
Jika kehidupan kita menjadi Islam, ia menjadi kehidupan yang indah. Jika hospital ini menjadi Islam, ia pasti menjadi hospital yang indah. Betul tak?", beliau tersenyum kepada saya.
"Ya, saya hanya sakit fizikal, tetapi fikiran dan jiwa saya tenang.",
saya membalas.
" Ya akhi, tulislah di kertas ini apa-apa cadangan kamu untuk kami
tingkatkan kualiti perkhidmatan kami di sini. Kamu sudah membayar 200 Dinar semasa pendaftaran tempoh hari, betul tak?", ujarnya.
"Ya. JD200", saya menjawab.
"Nah, ambillah baki 60 Dinar. Jagalah kesihatan kamu sebab kamu pelajar Syariah. Kamu perlukan kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugas kamu di dalam masyarakat", pegawai itu menghulurkan tiga keping wang kertas 20 Dinar bersama sekuntum senyuman.
SubhanALLAH, saya jadi keliru. Saya sepatutnya membayar JD1200 tetapi akhirnya, menjadi hanya JD140 sahaja. Saya cuba mendapatkan penjelasan berkenaan dengan hal ini. Kata pegawai terbabit, mereka meletakkan cas yang standard kepada pesakit kerana hospital itu adalah hospital pakar swasta. Namun, ia adalah keperluan, bukan tujuan. Sebarang bantuan kewangan, hanya dihulurkan jika pesakit atau warisnya mahu bertemu dengan pegawai yang telah ditetapkan. Dan apabila bertemu, pegawai itu akan melaksanakan misinya menyampaikan mesej-mesej Islam kepada pesakit atau waris tersebut.
Itulah kenangan saya semasa menerima rawatan dan pembedahan di Jordan Islamic Hospital. Apa yang menjadi ingatan saya hingga ke hari ini, bukanlah pada kecantikan landskapnya, atau wad dan bilik pembedahan yang canggih. Tetapi yang menjadi ingatan untuk saya terus mendoakan kemajuan hospital tersebut adalah pada budi bahasa pegawainya, serta 'pelajaran-pelajaran berharga' selama saya di hospital tersebut.
Mungkin ada yang ketawa sinis membaca cerita saya ini. Alahai macam hospital di kayangan pula bunyinya! Izinkan saya untuk membalas ketawa itu dengan senyuman. Seorang yang mahu menikmati Syurga Akhirat, mestilah terlebih dahulu menikmati Syurga dunia. Syurga dunia itu adalah pada kesejahteraan iman dan ketenangan diri yang syukur, sabar dan redha. Jika rumah tangga kita bagai neraka, jika tempat kerja kita bagai neraka,....
Maafkan saya, dari Allah jua dipohon keampunan.
Wassalamualaikum wbt
Badzrul Nizam Mukhtar
Jabatan Audit Negara
Caw. Pertanian & Ind. Asas Tani
Aras 3, Podium 1B, Lot 4G2,
Wisma Tani, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
64624 Putrajaya
03-88701972
016-2342751
Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" The Wall Street Journal __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
