| Benarkah Khairy ada hubungan dengan Israel? |
Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS mencabar Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya mendedahkan segera senarai individu dan syarikat yang menyokong rejim Israel di dalam syarikatnya ECM Libra Avenue setelah beliau mengajak rakyat Malaysia memboikot jenama produk rejim Israel.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, sekiranya beliau benar-benar ikhlas dan jujur mahu memastikan rakyat memboikot jenama produk Israel, Khairy juga perlu membersihkan gerakan mereka dan individu terbabit sebagai pimpinan supaya
tidak ada sebarang kaitan dengan urusniaga Israel.
"Saya tidak hairan PM, (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi) memberikan amaran kepada anak menantunya (Khairy) supaya jangan bercakap besar untuk mengajak rakyat memboikot produk Amerika (AS)," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung, Taman Melewar, 10.15 pagi, 2 Ogos.
Beliau yakin dan percaya PM mengetahui penglibatan Khairy dalam urusniaga dengan syarikat luar negara yang pastinya mempunyai kepentingan dengan rejim Israel.
Katanya, Pemuda Pusat memandang serius terhadap syarikat ECM Libra Avenue yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Pantai Holdings yang dimiliki oleh Syarikat Parkway Holdings dari Singapura.
Menurut beliau, syarikat ECM Libra Avenue yang memegang 29.2 peratus berkepentingan dalam syarikat Westcombe yang merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan dalam SCX (Bursa Saham
Singapura).
Beliau menjelaskan, Khairy merupakan pemegang saham ke empat terbesar dalam syarikat ECM Libra Avenua yang sekali gus terbabit dalam hal syarikat ECM Libra Avenua untuk menasihati syarikat Newbridge, sebuah syarikat milik Israel.
Salah seorang pemegang saham Syarikat Parkway Holdings ialah Richard C.Blum, isterinya Senator California, Dianne Feinstein seorang pelobi rejim Israel. Richard C. Blum turut terlibat dalam beberapa syarikat dan badan seperti CB Richard Ellis Group, GB Richard Ellis Group, Richard C. Blum dan Associates; Blum Capital Partners, L.P. Northwest Airlines Corporation, Glenborough Realty Trust Incorporated, URS Corporation, Playetx Products dan Newbridge Capital LLC.
Menurut Salahuddin, syarikat Newbridge membeli 26 peratus kepentingan dalam syarikat Parkway Holdings yang bernilai S$312 juta sementara syarikat Avenue Kapital (GLC) bertanggungjawab menguruskan
penjualan syarikat Pantai Holdings kepada syarikat Parkway Holdings, syarikat Westcombe Financial Ptd.Ltd pula dipercayai menasihati syarikat Newbridge dalam pengambilalihan ini.
"Saya hairan bagaimana syarikat ini boleh memegang sampai kepada tahap 29 peratus sedangkan mengikut peraturan syarikat di Malaysia, syarikat asing tidak boleh melebihi 15 peratus, jadi ini menjadi tanggungjawab Bank Negara, Kementerian Kewangan dan PM dalam mengawal dasar syarikat di Malaysia ini," tegasnya.
Sehubungan itu, Pemuda PAS meminta supaya rakyat jangan tertipu dengan Khairy yang berlagak menjadi `jaguh kampung' terutamanya dalam mengetuai bantahan terhadap kehadiran Setiausaha Kerajaan AS, Condoleeza Rice minggu lalu. - mns
*************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
