PBB Lembab, OIC Lemah!!! Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengecam kelemahan OIC dan PBB dalam menangani konflik di Asia Barat yang kini masuk hari ke 20. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada wakil PBB di Wisma UN Jalan Dungun, di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir ialah, Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua; AJK PAS Pusat dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.


PAS sifatkan PBB lemah, OIC tidak berguna
Wed | Aug 02, 06 | 02:40:39 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Konflik Asia Barat yang kini mencecah 20 hari mengakibatkan ratusan nyawa tidak kira tua atau muda terkorban kerana keangkuhan Israel meledak peluru dan bom di muka bumi Lubnan dan Palestin.

ImageBagaimanapun kezaliman tertera Israel yang didokong sekutunya, Amerika Syarikat yang berterusan sedikitpun tidak mengubah pendirian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk segera membuat keputusan mengarahkan Israel menghentikan serangan ke atas rakyat Lubnan dan Palestin, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Sebaliknya PBB hanya terus meminta Lubnan menerima resolusi yang tidak menjanjikan gencatan senjata sedangkan empat pegawai PBB terbunuh dalam serangan tentera Yahudi beberapa hari lalu.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan Wisma PBB (UN) di Jalan Dungun hari ini selepas menyerahkan memorandum kepada wakil PBB di sini.

Semasa menyerahkan memorandum itu Ustaz Nasharudin diringi Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan wakil NGO.

Memorandum yang mewakili suara hati pelbagai pertubuhan Islam dan bukan Islam di negara ini itu antara lain menyatakan rasa kesal terhadap sikap 'lembab' PBB menangani konflik Asia Barat.

Menurut Ustaz Nasharudin, Wakil PBB di Malaysia berjanji akan menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Anand hari ini juga.

ImageBakar bendera Israel
Dalam masa yang sama, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dengan dibantu beberapa aktivis telah membakar bendera negara Israel di hadapan bangunan PBB dekat sini.

Ketika mahu membakar bendera itu seorang pegawai polis berpangkat telah menghampiri Mohamad Sabu untuk mengarahkan Niab Presiden PAS itu membakar bendera itu di tempat lain.

Bagaimanapun Mohamad Sabu tidak menghiraukan desakan polis itu dan terus membakar bendera negara Yahudi itu sambil melaungkan takbir 'Allahuakhbar'.

PBB 'double standard'
Meneruskan ucapan di hadapan 70 penyokong keamanan itu Ustaz Nasharudin berkata, PAS dan pelbagai pertubuhan lain kesal dengan sikap 'double standard' PBB terhadap Lubnan, tatkala PBB keras memberi amaran kepada Iran supaya menghentikan janakuasa nuklearnya.

"Kalau kita lihat dalam 'UN Charter' soal penubuhannya.PBB ditubuhkan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan sejagat.Tetapi PBB tidak berfungsi hinggalah yahudi kini membunuh orang awam, pegawai PBB kanak-kanak, menghapuskan bangunan awam," katanya.

Dalam pada itu, PAS juga mengecam kelemahan pemimpin Persidangan Negara Islam (OIC) bertindak menyelesaikan konflik Asia Barat itu, kata Ustaz Nasharudin.

OIC perlu adakan pakatan tentera
"Kita mahu OIC berfungsi tetapi pimpinan Malaysia yang mempengerusikan OIC lansung tidak berfungsi.Namum kami masih harap mereka (OIC) main peranan, paling tidak adakan sidang yang katanya akan diadakan esok 3 Ogos 2006).Mereka mesti datang dengan tindakan yang konkrit," katanya.

PAS mahu OIC mencadangkan kepada anggota OIC mengerakkan pakatan tentera bagi menyelia konflik Asia Barat yang semakin parah itu.

Cadangan ini sejajar dengan cadangan yang pernah diilhamkan oleh bekas Presiden PAS, Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor ketika konflik Palestin tiga tahun lalu, katanya.

"Mampu atau tidak Malaysia seharusnya membuat cadangan itu.Cuma PAS bimbang ianya tidak dapat dilakukan kerana Malaysia sebenarnya takut dengan desakan dari Amerika (sekutu kuat Israel),"katanya.

ImagePAS akan hantar pasukan peninjau di Lubnan
Sementara itu dalam majlis yang sama, Ustaz Nasharudin turut mengumumkan bahawa PAS akan menghantar pasukan peninjau yang bakal membuat pemantauan di Lubnan sebelum melancarkan pasukan sukarelawan kemanusiaan yang akan membantu di Lubnan, katanya.

"Kita akan tengok dalam tinjauan dalam masa terdekat ini.Jika tiada masalah kita akan buka untuk sukarelawan awam," katanya lagi.

Abdullah 'lembab', OIC lemah
Terdahulu sebelum itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya berkata, beliau kesal dengan kelemahan OIC terutamanya Pengerusi OIC, Abdullah Ahmad Badawi membela negara umat Islam.

Sambil menyifatkan Abdullah terlalu perlahan dalam bertindak, OIC sebenarnya gagal menjalankan fungsinya sebagai 'defender' kepada negara umat Islam.

Sementara itu Dr Hatta pula berkata, isu kezaliman Israel di Lubnan dan Palestin bukan lagi isu umat Islam malah ianya adalah isu pencabulan hak asasi manusia, katanya.

"Tidak kira apa bangsa sekalipun ketika ini marah dengan kekejaman yang dilakukan Israel, tetapi PBB lansung tidak bertindak.OIC pula hanya bersidang sahaja tetapi tidak pernah bertindak," katanya.

Beliau turut mengecam kenyataan Menteri Luar Malaysia, Dato' Seri Syed Hamid Albar menyatakan bahawa OIC hanya pertubuhan negara yang bersidang dan tidak mampu membuat apa-apa tindakan.

"OIC memang lemah, tak boleh buat apa jika hanya mampu menyerahkan memorandum sahaja.Ini tak ubah macam NGO sahaja.Semalampun media sudah mula menghentam kelemahan OIC berhubung isu Lubnan ini,"katanya lagi./wann

***************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy and free. Do it now... __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke