| Pentingkan keuntungan punca pembasmian masalah dadah gagal |
Oleh Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Sikap kerajaan yang mementingkan keuntungan atas nama projek pembasmian dan pemulihan dadah didakwa menjadi punca kegagalan masalah itu tidak dapat diatasi, malah semakin membarah dari hari ke hari.
Dakwaan tersebut disuarakan Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman ketika diminta mengulas masalah dadah yang semakin berleluasa, walaupun peruntukan yang disalurkan begitu tinggi iaitu RM 204 juta dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9).
Mazlan berkata, peruntukan yang
disalurkan kerajaan melalui media, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Pemadam, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pengasih serta hasrat menubuhkan 20 buah pusat serenti seluruh negara dibimbangi akan menjadi platform untuk kerajaan mengaut keuntungan.
"Kerajaan bukan menjadikan dadah sebagai ancaman utama, tetapi lebih memikirkan projek-projek yang boleh dimanfaatkan atas nama program dadah. Sebagai contoh, pembinaan 20 pusat serenti. Kita bimbang kerajaan lebih memikirkan keuntungan melalui aspek siapa yang akan menerima projek pembinaan pusat itu, tender kantin, tender peralatan dan sebagainya," dakwa beliau.
Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Integrasi Nasional Pemuda PAS berkata, secara logiknya, dengan peruntukan sebanyak itu, masalah dadah sepatutnya boleh dikurangkan, tetapi gagal.
Timbalan Menteri Kementerian Keselamatan Dalam
Negeri (KDN), Dato' Mohd Johari Baharum, dalam kenyataan di The Sun baru-baru ini dilaporkan berkata, kerajaan memperuntukkan RM 154 juta untuk membasmi masalah ini dan RM 50 juta untuk program pemulihan, bagaimanapun tidak berjaya.
Mazlan juga menyatakan, penyeludupan dadah di tiga pintu masuk sempadan negara - Padang Besar, Johor Bahru dan Rantau Panjang - tidak mempunyai kemudahan asas atau peralatan khas untuk mengesan penyeludupan barangan terlarang secara automatik seperti yang terdapat di luar negara.
"Di luar negara, terdapat mesin pengimbas yang boleh dilakukan di setiap pintu masuk secara automatik yang kos peralatan tersebut sekitar RM 20 - 30 juta. Peralatan tersebut memudahkan kerja para pegawai serta mengurangkan kemungkinan rasuah. Bila dilakukan secara manual, ia mendedahkan para pegawai kepada kegiatan rasuah," tegas beliau.
Justeru, beliau berkata kerajaan perlu
mengutamakan matlamat untuk membasmi masalah dadah ini secara telus dan perlu dilakukan sehingga ke akar umbi.
"Kita tidak mahu kerajaan hanya beretorik dalam mengatakan kononnya ingin membasmi dadah, tetapi menutup mata terhadap segala kepincangan yang berlaku dalam proses berkenaan," tegas Mazlan lagi. - mns
***************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" The Wall Street Journal __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
