OIC perlu anjakan paradigma - Pemuda PAS
Thu | Aug 03, 06 | 05:37:47 PM
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu keluar daripada pradigma lama kepada yang baru supaya fungsinya lebih meyakinkan umat Islam sejagat.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, anjakkan tersebut perlu dilakukan dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC yang diadakan di Putrajaya, hari ini.

Katanya, ini membolehkan OIC melakukan inisiatif  ke arah mewujudkan satu pakatan ketenteraan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah umat di negara-negara Islam.

Sehubungan itu katanya, yang dihubungi Harakahdaily hari ini, OIC perlu memulakan gerakan itu dari sekarang .

“Ini kerana sebagaimana kita lihat sudah berpuluh tahun OIC bersidang untuk mencari perdamaian di meja bulat tetapi tidak mendatangkan kesan terhadap krisis yang melibatkan negara-negara umat Islam,” katanya.

Dalam pada itu,  hari ini, mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC diadakan di Putra Jaya bagi mengadakan gencatan senjata serta merta  untuk menamatkan keganasan Israel terhadap Lubnan dan Israel.

Salahuddin berkata, Pemuda PAS berharap ketua-ketua negara OIC yang bersidang hari ini dapat memperkukuh dan memperkasakan pakatan ekonomi supaya ia  menjadi seperti negara Kesatuan Eropah (EU) yang memiliki kuasa dan pengaruh.

“Sebagai contoh negara OIC boleh melakukan pemboikotan ekonomi terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Israel sekiranya mereka terus membuli negara-negara Islam,” ujarnya.

Malah katanya, negara OIC tidak perlu takut kerana bukan semua negara di bawah pertubuhan Islam itu miskin sebaliknya banyak negara-negara OIC mempunyai sumber minyak sendiri dan negara kaya juga boleh membantu yang miskin. - mns


Umat Islam Perlis diajak bantah kekejaman Israel
Thu | Aug 03, 06 | 09:25:26 AM
Oleh Bashir Ishak
KANGAR, 3 Ogos (Hrkh) - Menginsafi krisis di Timur Tengah masih belum ada kesudahannya, PAS Perlis mengajak umat Islam di negeri ini untuk terus mengadakan bantahan terhadap rejim Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat.

Satu lagi perhimpunan aman akan dianjurkan pada hari Jumaat, 4 Ogos ini bertempat di Masjid Alwi, Kangar.
 
Program akan berjalan sebaik sahaja umat Islam selesai menyempurnakan solat Jumaat.
 
Ini adalah kali kedua tunjuk perasaan sebegini diadakan selepas berjaya mengadakannya di Masjid Negeri, Arau dua minggu lalu.
 
Tunjuk perasaan ini akan di ketuai oleh pimpinan PAS Perlis dan semua dijemput hadir beramai-ramai untuk bersama-sama mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh rejim Isreal ke atas rakyat Palestin dan Lubnan.
 
Menurut Ketua Penerangan PAS Perlis, Ustaz Yaakub Abu Seman, orang ramai yang ingin menyertai demonstrasi kali ini tidak perlu berasa gusar kerana perhimpunan yang bakal diadakan telah memperolehi permit. - mks.

*******************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke