Artikel ini dipetik dari buku saya yang kedua iaitu Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 - Pertuturan Telefon yang saya jual secara pos pada harga RM16.Kepada yang berminat sila inform saya di [EMAIL PROTECTED] atau di 019- 3090711.Terima kasih ==========================================
Kepentingan pertuturan yang betul bila menggunakan telefon Bergantung kepada bidang yang anda ceburi, kepentingan pertuturan telefon yang baik dan tepat akan berbeza-beza tetapi secara amnya kesemua yang akan dibincangkan ini berkemungkinan besar akan memtopikitkan anda dalam kerjaya anda. 1. Pembentukan imej Jika anda perhatikan dalam buku pertama saya dan juga di dalam buku ini saya sering mengaitkan kemahiran berkomunikasi dengan pembentukan imej anda. Pengalaman kerjaya saya sendiri banyak melibatkan komunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat dan pelanggan baik di dalam negeri mahupun di luar negeri. Kemahiran anda bekerja dan kemahiran anda berkomunikasi amat penting dalam pembentukan imej dalam kerjaya. Imej ini lah yang akan menentukan samaada kerjaya anda akan bertambah baik atau sebaliknya. Imej anda di kacamata majikan dan pihak atasan anda akan menentukan samaada anda akan diberi lebih tanggungjawab yang membawa kepada lebih banyak pendedahan kepada pengalaman baru dan seterusnya sudah tentu kepada kenaikan pangkat. Sebagai contoh jika pihak pengurusan bertanya kan sesuatu kepada anda melalui telefon, "Hello, I'm Harris calling from the CEO's office. May I know who is in charge of the preparation for the budget this year? " dan anda anda yang tidak tahu jawapan kepada soalan itu sekadar menjawab, " I don't know lah. You ask someone else lah!". Kadang-kadang anda mungkin tidak mengetahui jawapan sesetengah perkara yang ditanya kepada anda. Itu boleh diterima oleh pihak atasan, tetapi jika anda menjawab sedemikian anda bukan sahaja akan dianggap tidak proaktif tetapi juga biadap. Pihak pengurusan senantiasa mahukan pekerja yang proaktif dan senantiasa berusaha mengatasi masalah dan bukan yang malas nak berusaha mencari jawapan. Sepatutnya bila anda anda menjawab soalan dari Encik Harris tadi anda boleh berkata, "Hello Encik Harris. Zuraihan here.I'm sorry but I'm not sure who is in charge of the budget this year. I would find out the right person for you and would return your call later. " Dengan menjawab sebegini walaupun anda tidak mengetahui siapa sebenarnya orang yang bertanggungjawab menyediakan belanjawan atau budget untuk tahun ini tetapi anda telah menunjukkan kepada Encik Harris yang anda adalah seorang yang sanggup mengambil initisiatif untuk mencari siapakah yang orang yang bertanggungjawab. Di mata Encik Harris anda telah meninggalkan imej yang amat positif dan nama anda mungkin akal kekal dalam ingatan beliau sebagai seorang pekerja yang bagus dan proaktif 2. Keberkesanan dalam kerjaya Jika anda terlibat dalam bidang seperti jualan melalui telefon, perkhidmatan pelanggan dan pemasaran maka kebanyakan dari kerja anda akan dilaksanakan melalui telefon dan bukannya secara berdepan dengan pelanggan anda. Oleh itu kemahiran pertuturan telefon akan menentukan samaada anda boleh membuat kerja dengan efisyen dan produktif. Kemahiran pertuturan telefon yang baik akan membolehkan anda `berhubung' atau get connected dengan pelanggan dan bakal pelanggan anda. Mereka akan lebih selesa berkomunikasi dengan anda dan juga ini akan memudahkan urusan anda dengan mereka dan juga memudahkan anda untuk mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan syarikat anda kepada mereka. Jika pertuturan telefon anda tidak lancar dan sukar difahami maka sudah tentu sukar untuk anda berurusan dengan bakal pelanggan dan pelanggan sediaada anda. Lebih buruk lagi jika pertuturan telefon anda dianggap kasar dan biadap oleh mereka dan bukan sahaja anda gagal mendapat pelanggan baru tetapi turut hilang pelanggan yang sediaada tidak mahu lagi berurusan dengan syarikat anda! -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
