Laporan Zahid: Cadangan guna bahasa Inggeris di IPT tiada keberanian intelek
Wed | Aug 09, 06 | 01:43:45 PM
Oleh Nyza Ayob
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) - Salah satu cadangan Laporan Zahid 2005 agar bahasa Inggeris digunakan di institusi pengajian tinggi disifatkan sebagai tindakan undur ke belakang dan tiada keberanian intelek, tegas bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shafie Abu Bakar.

Beliau menegaskan, bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan sejak tahun 1970, sehingga pada 2004 Dr Mahathir menukarkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Jelasnya penggunaan bahasa Melayu telah terbukti bejaya di universiti yang mana pelajar-pelajar dari peringkat diploma hingga doktor falsafah telah menunjukkan kemampuan tinggi dengan menggunakan bahasa ini.

" Tindakan ini juga mempamerkan Malaysia tiada semangat patriotik, tidak seperti negara Jepun dan Korea. Dari segi psikologi kita seolah-olah 'rendah diri' pada bahasa Inggeris hingga kita tidak mampu mengatasi bahasa ini

"Kerajaan sudah berhabis duit untuk membuat penyelidikan serta menyediakan buku-buku dalam bahasa Melayu, akhirnya semua ini 'hilang' begitu sahaja," jelas bekas pensyarah Sains Sosial UKM ini.

Katanya lagi jika penggunaan bahasa Inggeris ini dipraktikkan di universiti, bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang tidak dapat mendokong keilmuan.

Justeru, beliau mengesyorkan agar cadangan Laporan Zahid ini tidak diterima sepenuhnya. Ini termasuklah penggunaan bahasa Inggeris di universiti.

Beliau juga mempersoalkan laporan ini yang dibuat secara tergesa-gesa. Ini katanya berbeza dengan Laporan Razak yang mana ia dibuka kepada pelbagai institusi untuk dibuat penilaian.

Katanya lagi, Laporan Razak sebelum dilaksanakan dibahas secara terbuka dan dikendalikan oleh pihak yang berwibawa dalam bidang pendidikan. Perkara ini berbeza dengan Laporan Zahid yang dilihat terhad pada satu kelompok.

"Mungkin bagi penggubalan Laporan Zahid ini, mereka yang terlibat terpengaruh dengan dasar Dr Mahathir yang inginkan bahasa Inggeris dipraktikkan dalam institusi pendidikan, "katanya.

Laporan Pengajian Tinggi Zahid disediakan oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Dato' Wan Zahid Noordin yang menilai dan membuat cadangan mengenai reformasi institusi pengajian tinggi tempatan.

Suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada Januari 2005 dan diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan laporannya.

Laporan yang mengandungi 138 cadangan itu juga telah dikemukakan ke kabinet dan dikemaskini dengan program dan sasaran bidang pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Dalam perkembangan lain, sebagai bekas tenaga pengajar UKM, Dr Shafie menyambut baik pelantikan Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin sebagai Naib Canselor UKM yang baru.

Beliau yang pernah bersama-sama dengan Hapsah sebagai kakitangan akademik mengakui Hapsah amat berpengalaman dalam pendidikan dan pentadbiran.

"Pelantikan beliau memberi cabaran pada intelektual terutama halatuju bahasa Melayu. Kita akan lihat nanti sama ada beliau akan meneruskan cadangan dari Laporan Zahid ini atau terus mengekalkan UKM yang memartabat bahasa Melayu,"katanya.

Katanya lagi, golongan akademik akan melihat Hapsah sebagai pembawa arus perubahan dan bukan penerusan.

Di samping itu katanya, pelantikan Hapsah sebagai wanita kedua dilantik sebagai NC akan memperlihatkan sejauh mana kemampuan gender sebagaimana yang disebut-sebut kebanyakan ahli akademik. - mks.

************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Now you can scan emails quickly with a reading pane. Get the new Yahoo! Mail. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke