Ramai ragui penjelasan Perdana Menteri
Fri | Aug 11, 06 | 04:52:27 PM
Oleh Maslan Yusoh KOTA BHARU, 11 Ogos (Hrkh) - Ketika Dato' Seri Najib Razak meminta rakyat menerima penjelasan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebaliknya ada pihak menganggap Perdana Menteri berbohong kepada orang ramai.

Lebih-lebih lagi apabila dirujuk penjelasan Abdullah dalam siaran tertunda (diolah kembali) melalui televisyen mengenai anak dan menantunya yang didakwa tidak mempengaruhinya dalam mentadbir negara.

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Dato' Ibrahim Ali mendakwa Scomi Group Bhd yang dikaitkan dengan anaknya, Kamaluddin pernah disiarkan media mendapat kontrak kerajaan, membaiki gerabak  keretapi dan membuat badan bas.

"Tidakkah keretapi itu syarikat milik kerajaan. Saya hairan bagaimana Abdullah tidak diberitahu oleh penasihatnya mengenai perkara yang sebenar," katanya pada ceramah di Berek 12 malam tadi.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, Abdullah memberi penjelasan terbuka dan telus terhadap persoalan yang dibangkit Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, Naib Presiden Umno, Dato' Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berharap penjelasan Abdullah memperjelaskan segala tomohan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Ibrahim berkata, biar pun penjelasan dibuat Perdana Menteri hanya melalui rakaman namun ia menampakkan Abdullah begitu tidak selesa menjawab isu dibangkitkan.

"Berdasarkan kepada body language-nya kita sudah nampak beliau tidak mampu menjawab soalan. Saya tidak tahulah kalau siaran itu dibuat secara langsung tentunya akan menyerlah lagi kelemahannya," kata beliau.

Anggota Majlis Tertinggi PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, penjelasan Abdullah hanya terdapat sebuah syarikat seumpama Scomi di negara ini, adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, berdasarkan kepada laporan The Star dalam ruangan bisnes 24 Julai lalu, ada sembilan syarikat yang mempunyai kegiatan ekonomi serupa Scomi.

"Bagaimanapun hanya Scomi yang diberi layanan istimewa sehingga mendapat kontrak kerajaan. Ini merupakan satu pembohongan besar dilakukan seorang pemimpin negara kepada rakyat," ujarnya.

Antara tender yang dibolot Scomi dakwa beliau, mengangkut arang batu dari Kalimantan bagi kegunaan Tenaga Nasional Bhd dan membaiki gerabak keretapi serta membuat badan bas.

*****************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – The Wall Street Journal __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke