From: "Zulkifli Hj Abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

Islamnya Malaysiaku... 

Wed | Jul 19, 06 | 12:10:10 PM Oleh Md Hanif Md Nasir 

Aku sangat bertuah kerana dapat hidup dalam sebuah negara Islam yang sangat 
kuat semangat keIslamannya, iaitu Malaysia. Di sini ada banyak bukti yang 
menunjukkan yang Malaysia itu sebuah negara Islam. Sekali lagi aku rasa sangat 
bertuah! 

1) Di Malaysia pemimpinnya melaungkan keIslaman, tapi satu hukum Allah pun tak 
dilaksanakan. 

2) Di Malaysia ada Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa, tapi isi kandungan 
Quran satu pun tak diendahkan. 

3) Di Malaysia ada banyak kilang arak, disko, pelacur dan kelab dangdut, dan 
yang mengunjunginya orang Islam. 

4) Di Malaysia ada Menteri yang mencadangkan panjangkan masa berhibur di tengah 
malam, supaya negara Islam dapat membangun. 

5) Di Malaysia tak boleh pakai kopiah, songkok atau serban masa sekolah, tapi 
orang Singh pakai serban tak apa. 

6) Di Malaysia ulama'nya dikeji difitnah dan dikongkong, tapi paderi Kristian 
tak pernah dikeji oleh orang Kristian. 

7) Di Malaysia wanita Islamnya ramai yang tak pakai tudung, tudung tu imej 
saja, takde kaitan dengan Islam. 

8) Di Malaysia Islam dan kehidupan dipisahkan, masa sembahyang bertudung litup, 
lepas sembahyang tudung pun terbang. 

9) Di Malaysia buat Islam Hadhari supaya maju, zaman kegemilangan Islam dibawa 
Nabi Muhammad s.a.w dulu tak cukup maju lagi, sebab takde Islam Hadhari. 

10) Di Malaysia ada banyak rancangan keagamaan dalam tv, antaranya Akademi 
Fantasia dan Mentor. Kalau rancangan ni buat pukul 3 pagi pun, orang akan 
bangun buat sembahyang tahajud depan tv. 

11) Di Malaysia pemimpinnya rilek sahaja tengok perang kat negara lain, tengok 
sahaja orang Islam mati kena bom, dasar berkecuali yang diperkenalkan sangat 
bagus sekali!. 

12) Di Malaysia sekolah agama ditutup, tapi sekolah cina dan india terus 
dibuka, sebab sekolah agama ni boleh hasilkan pengganas Islam. Tok Menteri 
Nazri kata, apa guna sekolah agama kalau gejala sosial masih berlaku. 
Wah bijak betul menteriku ini! 

Lihatlah dunia betapa Islamnya Malaysia ku ini! Aku rasa sangat bertuah sekali! 





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke