Delegasi kedua PAS ke Beirut berlepas pagi tadi
Wed | Aug 16, 06 | 01:55:08 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Hrkh) - Delegasi kedua misi bantuan PAS ke Beirut, Lubnan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.35 pagi tadi.

Mereka menaiki penerbangan Qatar Airlines ke Doha dan seterusnya ke Damsyik di Syria sebelum ke Beirut, Lubnan.

Delegasi yang diketuai Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa, Dr Syed Azman Syed Ahmad itu turut disertai 15 sukarelawan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dari Indonesia.

Sementara Pengarang Harakahdaily, Mohd Rashidi Hassan turut menyertai rombongan tersebut untuk membuat liputan bersama stesen televisyen milik Hisbullah, Al Manar.

Rombongan kali ini akan berada di Beirut selama seminggu dan sekembalinya kumpulan ini, rombongan ketiga pula akan menyusul pada 23 Ogos ini, kata Dr Syed Azman.

Menurut Dr Syed Azman, sebelum ini Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli yang mengetuai delegasi pertama pasukan peninjau PAS telah menyumbangkan sejumlah 22,000 euro kepada Hamas dan Hisbullah.

Sementara itu, jumlah keseluruhan bantuan sejak tabung Palestin-Lubnan ditubuhkan ialah bernilai RM3.1 juta, katanya.

Kesemua bantuan itu diagihkan kepada Hamas dan Hisbullah bagi tujuan membeli alat perubatan, makanan dan keperluan asas setelah rejim Zionis meranapkan Lubnan dan Palestin lebih 30 hari lamanya sebelum gencatan senjata dua hari lalu, katanya.

*********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke