|
-----Original Message-----
From: Razali Bin Md Yusoff [mailto:[EMAIL PROTECTED] Sent: Wednesday, August 16, 2006 8:49 AM KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Umat
Islam melahirkan rasa kesal terhadap tindakan stesen televisyen swasta,
NTV7 menyiarkan secara langsung slot kehebatan dan cara menghidang wain dan
champagne dalam rancangan 'The Breakfast
Show' pada jam 9.30 pagi tadi. Umat Islam kesal di atas sikap stesen televisyen
itu yang tidak menghormati perasaan dan sensitiviti penonton yang beragama
Islam. Rancangan tersebut dikendalikan oleh dua pengacara terkenal iaitu,
Daphne iKing (bukan Islam) dan Nazarudin yang beragama Islam.
Antaranya Daphne kelihatan berbangga-bangga kerana dapat
meneguk minuman haram tersebut dan mengatakan ia hebat dan menawarkan pengacara
Islam tersebut untuk minum bersama, katanya. "Akhirnya, beliau (Daphne) menghina pengacara Islam
dengan mengatakan "Kau minum Ribena ajelah" (dialih bahasa ke bahasa Melayu).
Ini sesuatu yang amat memalukan kerana ia disiarkan secara langsung dan
disaksikan oleh ramai penonton khususnya kanak-kanak dan orang dewasa yang
beragama Islam. Sehubungan itu diminta kerajaan Malasyia
khususnya Kementerian Penerangan supaya mengambil tindakan tegas di atas sikap
pemilik stesen televisyen tersebut. Kerajaan juga diseru turut mengambil
tindakan ke atas pengacara dan artis yang tidak tahu menghormati sensitiviti
majoriti penonton Islam dan aspirasi kerajaan. Sikap berdiam diri kerajaan akan
memberi ruang kepada rancangan-rancangan lain untuk terus berani menguji
kesabaran umat Islam di
Malaysia. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com YAHOO! GROUPS LINKS
__,_._,___ |
