|
Date: Tue, 15
Aug 2006 12:24:19 +0100
From: ruslan Assalamualaikum dan SS, Saya masih ingat, ketika zaman awal persekolahan dulu. Antara cerita teladan yang popular di samping 'arnab dan kura-kura', 'pelanduk dengan buaya atau dgn pemburu', 'monyet dengan kura-kura' ialah cerita budak dengan harimau. Katanya cerita ini adalah cerita rakyat yang berasal dari Cina dan ada juga riwayat yang mengatakan ia berasal dari lain-lain tempat di alam ini. Hakikat sebenarnya tiada siapa yang mengesahkan, namun pengajaran dari cerita ini amat mengesankan utk pendidikan anak-anak (juga boleh utk semua usia) dalam memahami akibat BERBOHONG!!! Begitu juga apabila kuasa-kuasa besar yang dikepalai oleh Amerika dan Britain, mendedahkan 'komplot-komplot jahat' yang dikatakan dilakukan oleh pengganas, penerimaan masyarakat ramai agak berbelah bagi dan ada yang mengaitkan dgn tiori konspirasi atau bahasa mudahnya 'satu sandiwara' sahaja. Bacaan ini mudah dan simple saja seupama cerita 'budak dengan harimau' yang kita hadham dan diperturunkan kepada anak-anak, SEKALI BOHONG (orang mungkin percaya, kerana tidak tahu hal sebenarnya), DUA KALI BOHONG (orang mula perasan, atau paling kurang akan berhati-hati) DAN TIGA KALI BOHONG (cuma pembohong sahaja sahaja yang percaya pembohonganya) pembohongan, pembohongan lain terpaksa dilakukan seterusnya dan seterusnya. Selepas dari itu sipembohong akan tetap diragui walaupun apa yang diperkatakan itu dalah suatu kebenaran... kesian! Apabila Amerika menjustifikasikan perangnya terhadap Iraq di tahun 2003, antara asas kuatnya adalah Weapons of Mass Destruction (WMD)yang melibatkan mega bom, peluru perpandu (Scud yg dimodified menjadi Al Hussien, Al Abbas dsb.)dan juga senjata kimia. Mereka bukan bercakap dgn air liur sahaja, bahkan disertai dgn bukti gambar satelite (yang dibentang oleh Collin Powell ketika diambang perang) dan saksi mata dari para 'general dan orang pelarian Iraq' di serata Eropah. Ini disokong dgn risikan CIA (dan sudah tentu juga dari MOSSAD)dan maklumat satelitenya. Ini diperkuatkan lagi dgn sokongan MI5 dgn isu 45 minitnya. Majoriti masyarakat dunia percaya walaupun ada antaranya yang ragu-ragu. Namun sayang, setelah Iraq telah menjadi 'padang jarak padang terkukur' bukan sahaja WMD tidak dijumpai (hingga ke saat ini) tetapi bayang dan kesannya tidak pernah terhidu. Apabila WMD bukan lagi isu, Amerika mula mengalihkan pandangan dgn isu 'menjatuhkan Saddam dan kediktatoranya dan digantikan dgn masa depan yang lebih baik utk rakyat Iraq, iaitu Demokkrasi'. Apabila demokrasi tertegak dan Iraq dikuasai oleh rakyatnya sendiri (walaupun hanya sebagai puppet), Amerika dan Britain masih lagi bertapak teguh di buminya, bahkan menambahkan lagi cengkamannya. Dan kini isu demokrasi bukan lagi isunya, tetapi ianya telah beralih kpd isu 'pengganas'. Begitu juga dgn GB, bagaimana mungkin risikan yang cekap, tepat dan menggunakan peralatan yang serba canggih akhirnya terbukti palsu dan BOHONG. Semua kepalsuan dan pembohongan ini akhirnya terserlah dgn matinya Dr David Kelly. Apabila berlakunya 7/7, mereka mengaitkan terus dgn al Qaida dan berbagai tohmahan dan liputan yang cukup negatif dipaparkan dan akhirnya setelah hampir setahun, penyiasatan didapati tiada kaitan langsung. Begitu juga, kita tidak boleh melupakan kes Jean Charles de Menezes* yang ditembak mati di tube station. Mereka menembak setelah membuat risikan dan pengintipan yang lengkap dan meyakinkan bahawa beliau adalah suspect yang di cari. Namun, pengintipan dan risikan ini nyata tersasar jauh dari yang sebenarnya. Akhirnya hasil penyiasatan yang didedahkan, banyak liputan dan kenyataan polis yang dipaparkan sebelum ini adalah tidak benar dan meleset!. Kita juga masih ingat kes Dua Abdul di Forest Gate London di awal June lepas. Mohammed Abdul Kahar ditembak dan bersama saudaranya di tahan kerana risikan dan intipan MI5 dan polis telah memberi petanda yang cukup kuat bahawa mereka terlibat dalam memproses senjata kimia yang memusnahkan, di kediaman mereka. Lalu dgn itu, polis dgn berbagai unit yang berkekuatan 250 orang menyerbu rumah tersebut di awal subuh. Mereka berdua ditahan di Belmash Prison dan selepas 14 hari mereka di bebaskan kerana tiada bukti. Rumah yang 'dikurung' selama itu juga di selidiki dan di analisa. Bukan setakat peralatan yang ada bahkan tiles juga ducungkil, namun 'senjata kimia'yang diburu tidak dapat dijejaki! Kini 'terror plot' pula berkumandang dengan nada dan iramanya yang sama di tengah-tengah kepanasan suhu konflik di Timur Tengah. Israel yang pada mulanya mengandaikan ia boleh 'ngap' Hizbullah dan Hammas dengan sekali nafas sahaja ternyata tersalah perkiraan. Perang yg dijangka selesai dalam jangkamasa yang singkat (seupama perang 6 hari 1967)rupanya berlarutan memakan bulan dan korban yang tidak terjangka. Apatah lagi tujuan utk mengundurkan pejuang Hizbullah sehingga 20 m ke utara (jarak sasaran roket Hizbullah) masih tidak tercapai. Israel dan Amerika (juga Britain) yang selama ini dipotraykan sebagai jaguh 'kemanusiaan' atas nama kedaulatan negara memburu dua askarnya yg dilarikan. Namun hasilnya, Lebanon menjadi 'bandar hantu' yang mengerun dan menyayatkan. Korban dan kemusnahan yang tidak tergambar difikiran yang waras.Israel juga mengalami kemusnahan dan kematian yang tidak terduga oleh mereka.. bilangan askarnya yang mati jauh lebih besar dari rakyatnya. Sebaliknya Lebanon, kematian rakyat biasa jauh lebih besar berbanding pejuang Hizbullah. Dalam situasi ini 'terror plot' timbul...... menganalisa serta tidak mudah lupa akan sejarah, ia bukanlah suatu yang datang dgn semena-mena. Kata orang 'sekilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya'. Kita tunggu apa lagi selepas ini.....adakah kita dibohongi lagi atau ianya memang suatu kebenaran yang terus diragui! Semoga ada manafaatnya. Wassalam ruslan *(7 January 197822 July 2005) was a Brazilian electrician living in Tulse Hill in south London, United Kingdom. Menezes was shot and killed at Stockwell tube station on the London Underground by unnamed Metropolitan Police officers. Police later issued an apology, saying that they had mistaken him for a suspect in the previous day's failed bombings and acknowledging that Menezes in fact had no explosives and was unconnected with the attempted bombings. ++++++++++++ Dakwaan cubaan letup kapal terbang Britain tipu helah Nik Aziz (UM 15/8/6) KOTA BHARU 14 Ogos Dakwaan Britain yang ia sudah menahan 21 suspek yang cuba meletupkan pesawat yang akan ke Amerika Syarikat merupakan helah kuasa besar untuk mengalih perhatian dunia terhadap kezaliman Yahudi di Palestin dan Lebanon, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am Pas itu berkata, tipu daya seumpama itu sudah menjadi budaya kepada kuasa besar supaya dunia Islam lupa tentang penderitaan yang dialami masyarakat Lebanon yang menghadapi serangan ganas Israel pada masa ini. Cubaan meletupkan kapal terbang, itu tipu helah orang putih untuk menarik pandangan dunia kepada isu lain sedangkan masyarakat Islam di Lubnan terus dibom, katanya semasa berucap pada majlis Himpunan Solidariti Rakyat Kelantan menentang kezaliman Zionis Israel Dan Sekutunya di sini, malam tadi. Kira-kira 5,000 orang hadir pada perhimpunan itu yang turut dihadiri wakil Hamas Palestin, Al-Sheikh Abu Husam dan wakil Jamaah Islam Pakistan, Ata Ur Rehman. Yang turut berucap pada majlis yang berakhir kira-kira pukul 12 tengah malam itu ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. Tiga hari lepas, Polis Britain mematahkan satu kompot ala 11 September yang berhasrat meletupkan pesawat-pesawat dalam penerbangan dari Britain ke Amerika Syarikat secara serentak membabitkan enam hingga 10 pesawat. Ekoran itu, polis menahan 21 orang suspek di sekitar London, Birmingham dan High Wycombe manakala kawalan keselamatan di semua lapangan terbang negara itu diperketatkan dan langkah-langkah keselamatan diambil dalam semua penerbangan. Nik Aziz berkata, tindakan itu sebenarnya bertujuan mengajak dunia supaya membenci Islam dan sekaligus dunia akan menganggap masyarakat Islam sebagai pengganas yang akan membunuh sesiapa sahaja. Bernama
Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Group Information
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah
(Malay)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.
{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)
Recommended sites: -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com YAHOO! GROUPS LINKS
__,_._,___ |
