mmmmmm...sekarang baru dia tahu macam mana "sakit" rasanya bila dihalang oleh "pihak yg mempunyai kuasa".
Dulu2 pun, dia buat cam tu jugak. Halang mereka2 yg "tak sehaluan" dgn dia utk menyampaikan kebenaran. Tak bagi permit, buat roadblock berlapis2, hantar water cannon & the gang, sumbat kat kem kemunting......mcm2 lagi la. Sekarang....sendiri mau ingat la......tak tau la kalau dia dah lupa semua tu sbb......"Melayu mudah lupa".........
On 8/14/06, syeddahij <syeddahij> wrote:
Mon | Aug 14, 06 | 05:37:42 PM
Ada yang lihat surat kerajaan tawar jual pasir kepada Singapura
Oleh Abu Bakar RahmanBEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan ada pihak yang telah melihat surat tawaran dari kerajaan Malaysia untuk menjual pasir kepada Singapura dan membuka ruang udara Malaysia kepada tentera udara republik yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai amat berbahaya itu.
"Keluarkan surat tawaran itu. Ada pada kerajaan, 'Malaysia's proposal to Singapore'. Ada. Ada orang yang dah tengok, kerana mesyuarat antara Malaysia dan Singapura itu dihadiri oleh banyak orang dan mereka kata ada surat itu. Kalau tidak takkanlah mereka nak buat tawaran," kata beliau dalam sidang akhbar selepas majlis 'Jasa Mu Di Kenang' anjuran Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara sempena mesyuarat perwakilannya, 12 Ogos lalu.
Beliau meminta kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mengemukakan surat itu dan jangan bersembunyi di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Jangan sembunyi belakang OSA"Tunjuklah surat itu. Jangan bersembunyi di belakang OSA (Akta Rahsia Rasmi). Ini bila tanya, oh, tunjuk bukti, tunjuk bukti. Kalau kita nak tunjuk bukti kata, oh itu OSA, Official Secret Act. Kalau sembunyi belakang OSA, banyak perkara yang salah boleh dilakukan."
Apabila ditanya wartawan adakah beliau yakin surat tawaran itu wujud, Dr Mahathir menjawab: "Ada, ada. Mesti ada. Jangan kata tak ada. Bagaimana Singapura tahu? Bagaimana kita tahu? Ada tawaran. Kalau tak ada hitam putih, takkan cakap mulut saja."
Malah, Dr Mahathir menegaskan beliau sanggup bersumpah mengikut kaedah Islam, dengan melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi, di mana-mana masjid mengenai apa yang dibangkitkannya itu, dengan syarat pihak kerajaan pun bersedia untuk bersumpah sama.
Beliau juga berkata, beliau bimbang apabila melihat kerajaan dalam keadaan takut.
"Apa yang mereka takut. Inilah yang membimbangkan saya ... Saya rasa mereka cuba menyembunyikan sesuatu, sebab itulah mereka tidak membenarkan orang ramai mendengar (penjelasan beliau)," katanya merujuk kepada kerajaan Abdullah yang didakwanya "menyalahgunakan kuasa".
Bukti kukuhDalam sidang akhbar itu, Dr Mahathir juga menunjukkan surat dari kerajaan Singapura yang menjadi bukti Malaysia boleh membina Jambatan Indah menggantikan Tembok Johor tanpa sebarang masalah.
Beliau mengemukakan surat yang dihantar kepadanya ketika beliau hampir bersara oleh dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong.
"Ini semua surat dari Singapura yang menunjukkan republik itu tidak mengenakan sebarang syarat kepada kerajaan Malaysia terhadap pembinaan Jambatan Indah."
"Mula-mula nak bina secara pakej tetapi tidak jadi kerana tidak dapat persetujuan dari republik itu. Jadi Jambatan Bengkok boleh dibina tanpa pakej."
"Singapura tidak kata kalau mahu bina jambatan ada syarat itu, ada syarat ini. Tetapi kita sendiri yang tawarkan pasir dan ruang udara kepada negara itu."
"Kita telahpun mulakan pembinaan jambatan tetapi berhenti kononnya takut tindakan undang-undang dari Singapura tetapi Peguam Negara kata, kalau ada kes undang-undang bawa ke mahkamah."
Menyerah awal"Belum apa-apa, kita telah menyerah. Kalau diteruskan pembinaan jambatan tidak ada masalah seperti sekarang ini.
"Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan (Datuk Seri) Syed Hamid Albar kata kita tidak tertakluk kepada Singapura untuk bina jambatan. "
"Tetapi akhirnya membatalkan atas alasan takut tindakan undang-undang dari Singapura. Ini semua tidak betul," tegas beliau..
Dr Mahathir berkata, beliau menunjukkan surat yang membuktikan bahawa pendedahannya mengenai pembatalan jambatan bengkok adalah berpunca dari Malaysia dan bukannya Singapura kerana kerajaan tidak mendedahkan kandungan surat tersebut kepada rakyat sehingga mengakibatkan mereka tidak tahu keadaan sebenar."
"Kerajaan tidak menjawab soalan saya. Apa yang mereka dedahkan ialah surat saya yang telah lama disiarkan di Singapura," katanya lagi.
Mengenai dakwaan kerajaan bahawa pembinaan jambatan bengkok itu dihentikan kerana rakyat Johor tidak mahu, Dr Mahathir menegaskan, jawapan itu tidak betul sama sekali.
Apa makna merdeka?Menurut beliau, apa yang sebenarnya ditolak oleh rakyat Johor ialah penjualan pasir kepada Singapura dan kebenaran kepada jet-jet pejuang Singapura menggunakan rruang udara Malaysia.
"Apa makna merdeka jika hendak bina jambatan di kawasan sendiri terpaksa mendapat kebenaran Singapura. Anak jantan tidak tunduk kepada Singapura," tegas beliau.
Dalam ucapannya sebelum itu, Dr Mahathir menyifatkan arahan Majlis Tertinggi (MT) Umno kepada ahli-ahli parti itu supaya tidak mengadakan pertemuan dengan beliau adalah tidak demokratik.
Katanya, walaupun Perdana Menteri pernah menuduh beliau komunis, beliau tidak menghalang Abdullah berkempen kepada ahli-ahli Umno menjelang pemilihan Umno 1987 dahulu.
"Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Abdullah boleh pergi ke mana-mana untuk menemui ahli Umno dan pencabar saya ketika itu pernah tuduh saya komunis. "
"Dalam pertandingan jawatan Presiden pada 1987, ada yang kata pesawat menunggu saya untuk dibawa ke Russia jika saya kalah."
Surat Anwar dari penjara"Dato' Seri Anwar Ibrahim pun boleh bertemu dan mengumpul ahli Umno, beliau juga boleh tulis surat ketika dalam penjara untuk diedarkan kepada wartawan luar tetapi saya tidak menghalangnya," kata Dr Mahathir.
Bercakap kepada media, beliau mempersoalkan mengapa pemimpin Umno begitu takut untuk membenarkan ahli Umno bertemu dan mendengar penjelasannya dengan melakukan pelbagai perkara termasuk menggunakan kuasa untuk menghalang ahli-ahli Umno dari bertemu beliau.
"Mereka beratus-ratus, mempunyai kuasa, menguasai akhbar dan televisyen."
"Saya seorang sahaja, tidak berkuasa, tidak mempunyai media sendiri ... Apa nak takut!" katanya.
Beliau bertanya, adakah tindakan itu satu percubaan untuk memperbodohkan ahli-ahli Umno.
Dr Mahathir juga menafikan beliau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam penentangannya terhadap Abdullah.
Penulis ucapan"Susah sikit orang nak pengaruhi saya kerana teks ucapan saya tulis sendiri. Mereka (dipercayai merujuk kepada Abdullah) baca teks yang ditulis oleh penulis ucapan, adakah ini dia yang cakap atau penulis berkenaan," katanya.
Dalam mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara itu juga, beliau juga mula mengedarkan suratnya kepada ahli-ahli Umno yang dihalang dari mendengar pandangannya selepas beberapa jemputan dari beberapa bahagian parti itu dibatalkan.
Dalam surat itu, Dr Mahathir berkata, beliau berhak mempersoalkan tindakan-tindakan kerajaan walaupun disekat.
Beliau juga mendedahkan dalam surat itu bahawa beberapa bahagian dan kumpulan di dalam Umno menarik balik jemputan kepadanya untuk berucap akibat tekanan daripada para pemimpin Umno.
"Mereka memberitahu saya mereka ditekan dengan hebat. Di manakah kebebasan," kata beliau dalam suratnya yang bertarikh 11 Ogos itu.
Surat Dr M kepada ahli-ahli UmnoSeorang jurucakap pejabat Dr Mahathir memberitahu AFP bahawa surat itu akan dihantar kepada ahli-ahli Umno melalui "pelbagai cara".
Adalah jelas bahawa usaha Dr Mahathir untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli Umno itu mula membuahkan hasil.
"Saya tidak percaya lagi kepadanya," kata seorang ahli veteran parti itu, Noor Azmi sambil menunjukkan gambar beliau dengan Perdana Menteri.
Beliau yang mendakwa bersaudara dengan Abdullah memberitahu Reuter: "Bukan saya sahaja, tetapi juga majoriti rakyat".
*************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine
__._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
