Assalamualaikum warahmatullah...

Maaf, izinkan saya menyatakan pendapat saya pula di sini. Setelah sekian
lama saya menjadi pemerhati (kerana saya melanggan hidayahnet secara daily
digest sekarang ini). Nampaknya, setiap kali berbicara tentang bidaah, ia
pasti akan menjadi satu isu yang cukup besar. Akan jadi
lekeh-memperlekehkan ilmu orang. Akan terjadi nafi-menafikan hukum.

Tatkala saudara² kita di Lubnan hancur tubuh badannya diledak bom dan
machine gun, di kala Lina Joy serta ahlun-nar yang lain sedang bergembira
melanyak agama kita, tatkala itulah kita sedang sibuk membicarakan hal yang
furuk ini. Ketika itu juga kita sedang bersusah-payah membuktikan
perpecahan yang wujud di kalangan penganut agama suci ini.

Baiklah. Yang menjadi persoalan di sini adalah amalan atau iktiqad? Adakah
bersalaman dan berselawat selepas solat itu yang menjadi kesalahan atau
iktiqad yang menyatakan ianya perkara yang perlu dibuat yang silap? Seperti
amalan membaca Yaa Siin di malam jumaat. Pembacaan itu yang salah atau
iktiqad bahawa ianya sunnah yang salah?

Ini soal iktiqad. Bersalaman itu baik. Berselawat itu baik. Tetapi yang
salahnya ialah menganggap ianya suatu sunnah sedangkan ia bukan. Dan
persoalan juga, mengapa mesti dibuat dalam bentuk bulatan? Kan? Saya biasa
amalkan di surau di pelantar tempat saya bekerja ini perihal bersalaman dan
berselawat selepas solat.

Tapi tidak dalam bentuk bulatan. Selepas selesai berdoa (yang bagi Wahabi
juga suatu bidaah), kami akan bangun menuju tempat lain untuk bersolat
sunat ba'diah (memperbanyakkan tempat sujud). Sambil jalan, kami akan
bersalaman dengan orang yang kami temui sambil bertukar² senyuman dan lidah
melafazkan selawat atau zikrullah.

Kesemua kami akui ini bukan sunnah tapi kami amalkan kerana adat dan ianya
tidak bercanggah dengan aqidah Islamiyah. Bukankah kita diharuskan mengikut
adat selagimana ianya tidak merosakkan aqidah? Jadi, jika perkara ini
diiktiqadkan sebagai adat, kan habis cerita? Mengapa hendak diperbesarkan
lagi?

Begitu juga amalan membaca Yaa Siin atau apa² lagi yang dianggap bidaah
termasuklah berdoa selepas solat. Bacalah Yaa Siin di malam Jumaat tapi
jangan diiktiqadkan bahawa pada malam Jumaat aku mesti baca surah ni sampai
habis. Itu yang silap. Baca Quran amalan mulia. Bacalah bila² saja kamu
rasakan senang.

Juga berdoa. Berdoakan bukan semata² selepas solat. BUkan juga mesti
mengangkat tangan. Kata² juga doa. Hanya kita mengambil kesempatan
bersempena dengan tempat dan keadaan yang sesuai. Jika tidak, bila lagi nak
berdoa? Masuk tandas? Tidur? Bersetubuh? Hm...

Perihal bidaah ni, adalah perihal iktiqad sebenarnya. Selagi tidak ada
hukum yang melarang, ianya boleh kita buat. Asalkan tidak diiktiqadkan
bahawa ianya perbuatan Nabi saw ataupun sunnah atau wajib atau apa juga.
Perihal beroleh pahala atau tidak, itu haq Allah semata². Kita tidak layak
untuk menentukannya.

Seperti dalam satu riwayat, diceritakan bagaimana seorang alim yang selalu
menasihati seorang pendosa agar bertaubat. Sehingga satu hari si pendosa
mengatakan kepada si 'alim "tinggalkan aku kepada Allah" iaini biarlah
Allah yang tentukan pengakhiran untuknya.

Si 'alim katakan, "tidak ada keampunan bagimu dan engkau pasti akan
dimasukkan ke dalam neraka". Di akhirat kelak, Allah berkata kepada si
'alim "Apakah engkau mahu mengambil tugasKu?" kerana si 'alim telah
tentukan tiada pengampuan untuk si pendosa.

Akhirnya si pendosa dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah kerana
meletakkan pengharapan semata² terhadap Allah manakala si 'alim diletakkan
ke dalam neraka kerana mendahului Allah dalam berbuat keputusan. Apakah
kita hendak menjadi seperti si alim? Mendahului Allah dalam soal pemberian
pahala dan dosa?

Benar kata kebanyakan rakan netters. Selagi tidak ada dalil yang
mengharamkannya, janganlah kita memandai hendak mengharamkannya pula.
Tetapi, jika hendak beramal pun, betulkan dulu iktiqad. Jangan di sabitkan
Nabi saw dan sunnahnya tanpa kita mengetahui dengan sohih.

Hanya sekadar pendapat dari si lemah, Abu Naqibah

Wassalamualaikum warahmatullah.....
________________________________________________

Akhi PE OMB, antum keliru kut antara sunnah nabi dengan sifat2 yg ada pada
nabi. Cuba antum check betul2.

Lagu satu, didalam perkara ibadah (seperti berselawat), kita tidak boleh
berkata sesuatu itu baik atas neraca akal kita semata tapi mestilah
berdasarkan apa yg diajar oleh agama kita, setiap perkara ibadah termasuk
dlm hal tauqifiyah iaitu mesti ada dalil yg mensyariatkannya. Berselawat
itu baik tapi mestilah betul pada tempatnya, mengikut neraca Al-Quran dan
Al-Sunnah.

abuaizat.




             PE
             OMB_Tech/OMB/OMCP
             @OMRONAP                                                   To
             Sent by:                  Ikhwanul Muslimun
             [EMAIL PROTECTED]         <[email protected]>
             roups.com                                                  cc

                                                                   Subject
             08/11/06 10:07 AM         Suspected SPAM:  Boycott Israel
                                       [hidayahnet] Berselawat &
                                       Berjabat Tanganselepas sembayang
             Please respond to         jemaah.
             [EMAIL PROTECTED]
                 roups.com









assalamualaikum,
kalau nabi tak buat, tak salah kalau kita buat kalau perkara
tersebut adalah perkara yang baik dan boleh menjamin keharmonian
muslimin dan muslimat.

sunah nabi sebenarnya ada 4 iaitu...siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.
salaam.


    ---------------------------------------
    -----------------------

    Omron Malaysia Sdn Bhd (OMB)

    Product Engineering Section

    Tel                                        : 603-7884 8000 Ext
                                               : 363/364

    Fax                                        : 603-7884 8008

    E-mail                                     :
                                               [EMAIL PROTECTED]


    Website                                    :
                                               www.omron-ap.com.my


    ---------------------------------------


    Abd Mutalib Ibrahim
    Sent by:
    [email protected]                                          To
                                                Ikhwanul Muslimun
    08/10/2006 11:44 AM                         <[EMAIL PROTECTED]
                                                m>
          Please respond to                                             cc
       [EMAIL PROTECTED]
                 com                                               Subject
Suspected SPAM: ?Re: Boycott Israel [hidayahnet] Berselawat & ? Berjabat
Tanganselepas sembayang jemaah.

Say rasa isunya ialah samada berselawat dan salam selepas soalt fardhu itu
sunnah atau tidak.
Amalan ini tidak dilakukan oleh Nabi SAW, jadi ini bukan sunnah Nabi.

Bagi diri saya, saya lakukan amalan ini kerana selalunya selepas solat
fardhu ialah masa untuk berpisah dengan jemaah yang lain. Maklumlah semua
orang sebok lah katakan...

>>> Mira W ahmad 04/08/2006 09:58:14 >>>
wa alaikum salam wrm wbt

Berselawat sambil bersalaman bergerak dari kanan ke kiri
itu juga diamalkan di kelas pengajian saya setelah
solat fardhu. ?ketika itu semuanya tak terkecuali disalami
dan yang muda akan mencium tangan kakak2 yang tua
InsyaAllah selawat yang tak kuat ..perlahan saja.
dan tak mengganggu orang yg masbuk,
biasanya yg masbuk akan duduk dihujung atau belakang.
sudah bertahun diamalkan memang tak mengganggu pun.
malah sangat mengeratkan ukhwah kami...tak tahulah
mungkin ada yg kata ini Bidaah - tapi natijah sangat baik
buat kami.

wasalam.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamu'alaikum w.b.t

Hadith berkenaan jabat salam itu setahu saya yang jahil ini dipraktikkan
apabila berjumpa kan bukannya khusus utntuk selepas solat atau dicadangkan
digunakan untuk selepas solat. Sehingga kini saya masih lagi tercari2 jika
terdpt sbrg hadith sahih yg diriwayatkn untuk kita ber'amal dgnnya.

Bagaimana dengan suara selawat yang keras juga giliran demi giliran yang
mengganggu makmum yang masbuk juga melintasi mereka.

Harap dapat penjelasan.

"Abd. Rahim"@yahoo.com wrote:
...Asm wht....

Saya sempat berhenti sembayang ?Asar berjemaah di Masjid Tandop Alor
Star,Kedah. Setelah tamat imam membaca doa semua jemaah mula berselawat
nabi dan jemaah yang paling kanan mula bergerak ke kiri sambil berselawat (
beramai-ramai) dan bersalaman dengan jemaah di sebelah kirinya dan bergerak
terus seorang demi seorang . Imam hanya menunggu di tempatnya dan bergerak
bersama kekiri apabila giliranya tiba untuk bersalaman dengan jemaah yang
lain di saf tersebut. Begitulah seterusnya diikuti oleh jemaah yang lain.

Menurut Ybhg Ust. Tn Haji Murshid b Hamid Desa, ahli kariah di situ dan
juga seorang bekas pensyarah Maktab Mahmud Alor Star, amalan berkenaan
mulanya dilakukan untuk fardhu zohor dan asar saja...tapi semua jemaah
telah melakukanya ?untuk semua sembahyang waktu. Dengan cara begitu ahli
jemaah telah bertambah dan kemesaraan jelas kelihatan sesama mereka.
Pendekatan ini ?dilakukan berdasarkan dua hadith yang diriwayatkan
oleh ?Athbarani & .....(lupa)......maksudnya......

.....i)...."sesungguhnya seseorang mukmin bila berjumpa saudaranya yang
mukmin lalu ia memberi salam kepadanya (Assalamualaikum..)dan berjabat
tangan keduanya. Maka gugurlah dosa kedua-duanya seperti gugurnya daun-daun
pokok (yang kering)".

...ii)...apabila dua orang muslim berjumpa kedua-duanya berjabat tangan
Allah akan ampunkan dosa kedua-duanya ?sebelum mereka berpisah" ......

...* sunat berjabat tangan dengan kedua-dua belah tangan ( bukan sebelah
tangan). Dan sunat berjabat tangan ketika setiap kali bertemu / berjumpa.

Dipetik dari kitab 1. Al Fiqul Islami Wa Adilatuhu - juzuk ke III , m.s 570
. ii) Mughni Al Mukhtaj - juzuk ke III m.s 135.






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke