Eloe Vera Atau Lidah Buaya

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/eloe-vera-atau-lidah-buaya_27.html
http://sihat.wanita.us/lidahbuaya.php

Eloe Vera merupakan tumbuhan berbentuk seperti lidah yang berduri-duri
dahan. Bangsa Melayu memanggilnya lidah buaya walaupun ia berbentuk
seperti kektus. Sebenarnya lidah buaya dari keluarga lily seperti
bawang merah dan bawang putih.

Lidah buaya atau eloe vera menjadi bahan untuk perubatan pelbagai
bangsa zaman berzaman. Pada zaman mesir purba ia digunakan sebagai
bahan untuk kekal muda. Bangsa melayu pula menggunakan lidah buaya
sebagai bahan perubatan kepada luka-luka terbakar.

Bahagian yang paling penting bagi lidah buaya atau eloe vera ini
adalah gel jernih yang terdapat di dalamnya. Gel ini dikatakan sangat
berkhasiat dan mempunyai nilai-nilai perubatan. FDA di Amerika
Syarikat turut meluluskan gel ini sebagai pemakanan tambahan.

Proses pengasingan gel lidah buaya ini perlu dilakukan dengan
berhati-hati supaya getah yang didapati pada bahagian yang keras hijau
tidak bercampur dengan gelnya. Getah ini tidak sesuai untuk mereka
yang alah padanya dan tidak mempunyai nilai-nilai perubatan.

Adalah penting untuk mengekalkan kesegaran gel lidah buaya. Selepas ia
dikeluarkan gel ini perlu disimpan sejuk dalam masa empat jam supaya
bahan aktifnya terus kekal.

Gel lidah buaya ini boleh digunakan untuk perubatan luar seperti luka
dan kesan akibat melecur terbakar. Selain itu ia boleh mempercepatkan
proses penyembuhan, mengurangkan kesan parut luka dan kesan melecur.

Gel lidah buaya turut digunakan bagi rawatan masalah perut seperti
irritable bowel syndrome. Penyakit ini biasanya dialami pada perut
yang tanda-tandanya adalah seperti kurang hadam, angin dalam perut,
sakit bawah pinggang, kepenatan, muntah, sakit perut dan angin.

Pemakanan tambahan gel lidah buaya atau eloe vera ini dikatakan dapat
melegakan bahagian dalam perut dan usus. Sebagai tonik perut ia boleh
mengurangkan kesakitan dalam perut, menghilangkan ketidak selesaan,
hilangkan rasa penuh dan membuang angin. Gel ini turut membantu
mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam perut.

Untuk masyarakat kita sendiri, gel aloe vera atau lidah buaya ini
merupakan pemakanan untuk awet muda. Ia dikatakan dapat membantu
membersihkan dan membenteras asid dan racun dalam badan. Ia turut
dikatakan boleh menyelesaikan masalah dalaman wanita seperti bau pada
faraj dan keputihan. Selain itu ia dapat membantu membetulkan
peredaran darah dan pedih perut dan sembelit.

Sama ada ia digunakan untuk rawatan luar pada kulit atau dimakan untuk
masalah kesihatan atau penjagaan kesihatan pastikan menggunakan gel
lidah buaya yang dijamin penghasilannya dan ia bebas dari getah pokok
itu sendiri.

Dapatkan produk gel aloe vera atau lidah buaya dari farmasi atau
jenama yang dipercayai.

Rujukan
What I need to know about Irritable Bowel Syndrome

http://digestive.niddk.nih.gov/ddiseases/pubs/ibs_ez/

Aloe Vera

http://en.wikipedia.org/wiki/Aloe_vera

Lidah Buaya

http://www.mardi.my/bdc/herba/bm/LidahBuaya.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lidah_buaya

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php













--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke