| Anggota BN pertikai kegagalan Soi Lek hadiri sidang Dewan Rakyat |
Oleh Nyza Ayob
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Kegagalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Soi Lek hadir dalam sidang Dewan Rakyat hari ini dipersoalkan setelah soalan penting membabitkan kementerian beliau hanya dijawab oleh Setiausaha Parlimennya, Dato' Lee Kah Choon.
Pertikaian terjadi setelah Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) melahirkan rasa tidak puas hati apabila soalan asalnya berkaitan dasar pembinaan klinik luar bandar hanya dijawab Setiausaha Parlimen sahaja.
"Mana menteri?,
adakah kementerian menganggap persoalan ini tidak penting?," katanya dengan nada yang keras.
Menjawab pertanyaan tersebut, Lee Kah Choon berkata, Soi Lek tidak dapat hadir kerana menyertai mesyuarat bagi mengadakan beberapa program membabitkan kementerian.
Dr Hayati pertikai kemudahan klinik desa
Sementara itu dalam isu yang sama, Dr Muhamad Hayati Othman (PAS - Pendang) turut mempersoalkan kemudahan yang disediakan kementerian terhadapap klinik luar bandar.
"Jika dilihat kemudahan di klinik-klinik luar bandar agak ketinggalan. Doktor datang lambat. Peralatan tidak berfungsi. Pemandu ambulan hilang sehinggakan bila ada yang hendak bersalin terpaksa memandu kenderaan sendiri," katanya sambil disambut gelak ketawa serta sokongan beberapa ahli Parlimen.
Sebagai contoh, sebuah klinik desa di Pendang, tidak menyediakan
beberapa jenis ubat yang diperlukan bagi penyakit tertentu, katanya.
"Bila agaknya kementerian akan memastikan klinik luar bandar ini 'tip top' seperti klinik-klinik di bandar?" soalnya.
Lee Kah Choon dalam jawapannya menjelaskan kementerian sentiasa mengambil tindakan untuk mempertingkatkan perkhidmatan di semua klinik di bawah Kementerian Kesihatan termasuk klinik desa.
"Untuk klini-klinik desa ini apabila keperluan telah meningkat, kita akan menaik taraf menjadi pusat kesihatan. Apabila kita memerlukan fasiliti baru, kita akan rancang dan bina pusat kesihatan baru di kawasan tersebut"
"Berkaitan dengan prestasi kakitangan pula, jika ada kes-kes yang spesifik akan diberitahu kepada saya dan saya akan menyampaikan kepada Pegawai Kesihatan Daerah atau Pengarah Kesihatan Negeri supaya tindakan akan diambil secepat mungkin,"
katanya./wann
**************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Yahoo! Messenger - with free PC-PC calling and photo sharing. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
