Assalamualaikum,
ana tak nak sentuh banyak dlm perkara ni, cuma ana nak memperkatakan satu
perkara.
kata aiman rosland:
At the end, jadi melampau sampai nak doakan orang Islam yg tertindas di
Lubnan pun tak boleh atas alasan mereka ni Syiah.(rujuk fatwa ulama
'Salafi' bernama Ibnu Jibreen)
komen ana:
Apabila kita menyebarkan suatu penulisan utk tatapan umum, harap kita lebih
berhati-hati supaya tidak timbul salah faham yg akhirnya boleh mendatangkan
fitnah sesama kita.
Setelah ana check semampu ana, didapati bahawa fatwa berkenaan tidak ada
kena mengena dgn lubnan. Ia adalah fatwa yg dikeluarkan oleh Syeikh Ibn
Jibrin ke atas syiah rafidhah pada tahun 2002, iaitu 4 tahun lepas
sedangkan lubnan di serang tahun ini, 2006.
Jelaslah bahawa fatwa ini telah diguna pakai oleh mereka yg tidak
bertanggungjawab utk melaga-lagakan umat islam atas platform lubnan kerana
yg berjuang di sana adalah hizbullah yg berfahaman syiah.
Menyokong hizbullah dlm perjuangan menentang israel dgn menyokong fahaman
akidah yg dibawa oleh hizbullah adalah dua perkara yg berlainan (lihat
islamonline).
abuaizat.
p/s: kepada akhi aiman, utk lebih memahami akidah imam abu hassan
as-sya'ari, sila rujuk kitab karangan beliau yg bertajuk " al-ibanah
an-usul al-diyanah". Arab pun ada, yg telah diterjemah pun ada.
Assalamualaikum.. untuk kengkawan.. ana ada buah tangan sikit ni...
http://www.box.net/public/6qbbv999vf#main
Ayman Rosland <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
betul tu...baik kita concentrate utk isu2 yg lebih penting dari dok mengata
Asya'ariyya dan Maturidiyya.Apatah lagi menyesatkan mereka dan mengatakan
aliran kita sahaja yg betul.Kita sahaja yg ikut 'Salaf' sedangkan istilah
Salaf sendiri kita tak tahu apa maknanya.Jauh sekali memahami
methodologinya.Akhirnya kita terperangkap dengan melabelkan golongan lain
dan menyesatkan mereka.Menyibukkan diri membid'ahkan amalan-amalan orang
lain yg hanya khilaf di kalangan para fuqaha.At the end, jadi melampau
sampai nak doakan orang Islam yg tertindas di Lubnan pun tak boleh atas
alasan mereka ni Syiah.(rujuk fatwa ulama 'Salafi' bernama Ibnu Jibreen)
Sedangkan imam-imam yg terdahulu semuanya daripada golongan
Asya'ariyya.Imam Nawawi pengarang 'Raudhah Talibin'?syarah Sahih Muslim
ialah ulama Asya'ari.Imam Qurtubi pengarang Tafsir 'Jami' Ahkam Al-Quran'
adalah ulama Asya'ari.Amir Mukminin hadith, Imam Ibnu Hajar Asqalani
pengarang 'Fathul Bari' syarah Sahih Bukhari adalah ulama Asya'ari.Sheikhul
Islam Zakaria Ansari, ulama tarjih mazhab Shafi'i ialah pengikut aliran
Asya'ariyya.Ibnu Juzayy, pengarang kitab tafsir 'Tashil fi Ulum at-Tanzil'
ialah ulama Asya'ari.Imam Abu Hayyan pengarang kitab tafsir 'Bahr Muhit'
ialah ulama Asya'ari.Begitu juga dengan Imam Abu Bakar Baqillani, Imam
Qastalani, Imam NAsafi, Imam Shirbini ...semuanya ulama Asya'ari.
Seperti yg disebutkan oleh Almarhum Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, ulama
hadith Hijaz dlm kitabnya, 'Mafahim Yajibu an-Tusahha',
"Kalau hendak dituliskan senarai ulama Asya'ariyya yg berjasa dlm setiap
lapangan keilmuan Islam, mungkin kita terpaksa menulis berjilid-jilid
buku.Merekalah imam-imam zaman mereka yg memenuhi? Timur dan Barat dunia
ini dengan ilmu mereka.Bahkan kita sekarang masih memerlukan ilmu-ilmu
mereka.Kalau kita melabel mereka sebagai bukan daripada Ahlu Sunnah, siapa
lagi di dalam dunia ini merupakan Ahlu Sunnah?"
From: "mibna82" <[EMAIL PROTECTED]>
Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: Halaqah UK & Eire [MSM] Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-albani
Date: Tue, 15 Aug 2006 20:41:43 -0000
dan sekarang Israel dok ganyang Asia Barat. Baghdad masih camtu gak.
nasib umat masih ditentukan oleh PBB. Liberalisme masuk Malaysia.
Filem GUBRA menang anugerah filem. isu IFC dan artikel 11 tak setel
lagi. kes rogol, ragut menjadi2. ade lagi yg tak solat. juara AF4
menang anugerah tokoh belia.
hehe..
mari membaca usul 6,7,8,9 dari usul 20.
erk, abesle pasni saya kene hentam, hehe. (opss, sekadar hehe tak
menyelesaikan masalah)
How low will we go? Check out Yahoo! Messenger’s low PC-to-Phone call
rates.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/