Wed | Aug 30, 06 | 10:50:25 AM Oleh Taraknama Beberapa hari lepas saya ada membaca surat khabar Utusan Melayu dan di ruangan forom ada satu tulisan daripada seorang penuntut Universiti yang menyatakan akan kekeliruannya dengan parti PAS. Walaupun saya tahu tujuan sebenar suratkhabar Utusan Melayu nie mengeluarkan artikel tersebut adalah untuk menghentam PAS dan memberikan kecelaruan dalam pemikiran rakyat malaysia. Sungguh malang saya rasakan kerana ia di tulis oleh seorang yang dianggap terpelajar walaupun hakikatnya bagi saya dia ini bukanlah orang yang berpelajaran.
Seorang pelajar universiti yang tidak membuat 'homework' sebelum mengeluarkan tulisan yang tiada fakta amat menyedihkan. PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan menjadi kafir apabila menjadi ahli UMNO. Perkataan kafir itu sendiri boleh memberi berbagai-bagai tafsiran tertakluk kepada balaghah bahasa Arab. Kafir di sini bukan bermakna terkeluar dari Islam. Sebaliknya kafir di sini menunjukkan kafir dari segi sifat. Saya ambil contoh hadis sahih Rasulullah yang bermaksud "Sesiapa yang meninggalkan solah dengan sengaja, maka dia adalah kafir yang nyata". Kafir dalam hadis ini ulama menafsirkan sifat kekafiran yang nyata. Tidaklah membawa makna ianya terkeluar dari Islam. Matinya perlu diuruskan seperti jenazah orang Islam lainnya. Tetapi sifat meninggalkan solah itu membawa kepada sifat kafir yang nyata. Bagaimanapun harus diingat, kata-kata Rasulullah adalah benar. Sekiranya Allah membenarkan perkataan Rasulullah tadi, kita akan dilihat Islam di sisi manusia tetapi kafir di sisi Allah. Sama juga orang yang mendokong prinsip-prinsip UMNO, ditakuti menjadi kafir di sisi Allah walaupun kita masih tidak mengatakannya kafir secara jelas. Sifat kekafiran ini bukan terletak kepada berbaik-baik dengan orang kafir tetapi bertolak ansur dengan mereka sehingga sanggup mengorbankan prinsip-prinsip Islam. Tidak ada salahnya berbaik-baik dengan orang kafir, malah ianya dianjurkan oleh Islam, tetapi bukan sehingga mengabaikan tuntutan Islam demi menjaga persahabatan tersebut. Mengenai pengharaman kaum wanita dari menjadi wakil rakyat, bukanlah ianya haram mutlak. Haramnya bersebab. Pada suatu ketika dahulu keadaan amat meruncing sehingga adanya tangkapan ISA, sebab itulah ianya diharamkan menurut ijmak ulama. Sekarang ini keadaannya sudah kembali stabil maka hukum tadi telah dimansuhkan. Perkara seumpama tadi boleh dilihat dengan mengambil kira keadaan seorang isteri yang bekerja. Seorang isteri itu dibenarkan bekerja. Namun apabila keadaan rumahtangganya tidak terurus maka hukum dia bekerja adalah haram. PAS tidak pernah mengutuk Dr Mahathir sebagai firaun. Kata-kata tersebut dihamburkan oleh orang UMNO yang pro-Anwar. Pemerintahan Mahathir memang zalim. PAS tidak pernah menjemput Dr Mahathir di majlis-majlis anjurannya. PAS tidak pernah mempergunakan Al-Quran dan Al-Hadis untuk kepentingan politik. Sebaliknya menggunakan Al-Quran dan Al-Hadis untuk memperkemaskan politik PAS agar sejajar dengan tuntutan keduanya. Petikan dari Utusan Malaysia Surat terbuka buat pemimpin PAS Saya mahasiswa di universiti tempatan ingin memberikan sedikit teguran kepada pemimpin Pas. Jika kita imbau perjuangan P pada masa lampau, para pemimpinnya selalu mengatakan bahawa haram dan kafir menjadi ahli UMNO. Hujah mereka ialah UMNO berbaik-baik dengan MIC dan MCA serta tidak melaksanakan hudud. Mereka mendakwa memperjuangkan Islam yang benar dan mereka memperjuangkan hudud di Malaysia. Tapi kini mereka juga berbaik-baik dengan bukan Islam. Jika benar mereka sudah berbaik-baik dengan bukan Islam, adakah PAS kini juga menjadi kafir? Itu yang menjadi persoalannya, atau mungkin Pas boleh mengubah hukum Islam jika mereka ada kepentingan politik? Persoalan lain, mengapa pada suatu ketika dahulu PAS mengatakan wanita tidak boleh menjadi calon pilihan raya, tapi mereka juga meletakkan calon wanita pada pilihan raya 2004. Adakah al-Quran telah berubah? Kekalahan besar PAS pada pilihan raya 2004 mungkin disebabkan mereka mempermainkan hukum Islam. Pada tahun 1999, ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka pemimpin PAS sebulat suara mengutuk Tun Dr. Mahathir dan menuduh Dr. Mahathir sebagai firaun. Pemimpin Pas selalu mendakwa Mahathir adalah pemimpin yang teruk. Tapi kini, pada tahun 2006, mengapa PAS menjemput Mahathir ke majlis-majlis yang dianjurkan bersama oleh PAS? Adakah Pas kini juga adalah pengikut firaun? Wahai pemimpin Pas, janganlah anda mempermainkan al-Quran dan sunah untuk tujuan politik. ZAKI KELATE -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
