Masjid Lama Jengka sambut ulang tahun ke-30, 16-17 Sept
Fri | Sep 08, 06 | 04:45:18 PM
Oleh Basiron Abdul Wahab BANDAR JENGKA, 8 Sept (Hrkh) -  Masjid Lama Bandar Jengka akan menyambut ulang tahun ke-30 pada 16 dan 17 September ini.

Pelbagai program dirancang penganjur bagi memeriahkan majlis sambutan ke-30 itu. Antaranya pameran, demonstrasi memadam kebakaran dan Foram Ehwal Islam.
 
Turut diadakan ialah pertandingan mewarna bagi kanka-kanak, khat (tulisan jawi) dan gubahan bunga.
 
Pengerusi program, Musanif Abdul Rahman berkata, pihaknya  mengundang Urusetia Penerangan Kelantan dan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) untuk mengadakan pameran bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat perkembangan dan kemajuan di negeri itu manakala ADK pula akan mempamerkan bahan-bahan berkaitan dengan 'najis dadah' bagi  menyedarkan orang ramai terhadap bahaya dadah.

Pasukan Bomba dan Penyelamat pula akan  mengadakan pertunjukan memadam kebakaran pada jam 5.00 petang, iaitu selepas majlis perasmian oleh Setiausaha Persatuan Pengguna Pahang pada 16 September dan pada sebelah malamnya akan diadakan Foram Perdana bertajuk 'Cabaran terhadap Institusi Islam Masa Kini'.
 
Ahli-ahli panel terdiri daripada Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Mokhtar Senik.
 
Pada hari kedua (17 September) akan diadakan pertandingan khat dan gubahan bunga.
 
Selain pameran dan forum dan pertandingan, gerai-gerai jualan barangan keluaran umat Islam turut disedia.

Dijangka 3,000 penduduk sekitar Jengka akan menghadiri majlis sambutan ke-30 Masjid Lama Bandar Jengka. - lanh

******************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke