|
Assalamu'alaikum
Kepada semua kaum muslimiin dan muslimat, terutama
kepada mereka yg kurang dalam ilmu pengetahuan Islam, harap jangan sebar email
seperti ini. Ini adalah kurafat.
Wahyu Allah sudah sempurna diturunkan, tiada lagi
wahyu...refer surah Al Ma'idah ayat 3.
Email seperti ini seolah-olah wahyu masih lagi
belum sempurna, tugas yg dibawa Nabi Muhammad SAW tidak sempurna. Suatu fitnah
keatas Nabi Muhammad
SAW.
Hari kiamat memang dekat seperti sabda Nabi
Muhammad SAW:
"Masa aku diutus dan hari kiamat amat dekat
seperti dua jari aku ini." Beliau menunjukkan dua jari beliau yakni jari jari
tengah dan jari telunjuk. (au kama qala)
Usah kita terpengaruh dengan cerita dusta ini, ini
hanya tipu daya kuffar dan iblis laknatullaah.
Cukuplah Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW
untuk kita beriman.
Wallaahu'alam.
Laa Tansaa Dzikrallaah Unzhur Maa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala Al
Haqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam Syaikh Abdu Manaf Al
Ansari
----- Original Message -----
Subject: AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
Subject: AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI.... - please read!!!..
TRUE STORY
Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang
guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai
seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata ,
dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan
ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti
berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi
doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.
Ketika dalam
pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat
yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape
dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai
kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak
tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam
tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia , sesungguhnye Hari
Kiamat akan menjelma tidak lama lagi" Maka terperanjat lah doktor cina
tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye
tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas
kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha
Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat
kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha
Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah
sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...
Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan
pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil
tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye
lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an
sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila
orang islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah
terbukti pada zaman sekarang di negara kita.Jadi secara amnye...
sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu
bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari
Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu
tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi
kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama
sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah
terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari
kiamat....................
Seperkara lagi ialah berkenaan salah
satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur
tengah,barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di
landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha
pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan
berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita
renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah
menanti.....sekian
ini adalah keratan email yang dihantar oleh
seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk
edarkan pada semua.. sekian..
Notis dlm Mulut Bayi (pernah
disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)
"Sebarkanlah
ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah
Al-Ahzab:71)
__._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
__,_._,___
|