|
1. kasual 2. semi-formal 3. formal
Kasual Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang
dipakai setiap hari untuk bersantai. Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan
anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat kawan dan bersiar-siar.
Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa.
Adalah satu perkara yang pelik bagi anda untuk tampil kasual semasa di dalam
pejabat, kecuali jika majikan membenarkannya. Lazimnya, majikan akan mengumumkan
dress down sekiranya ada aktiviti seperti
bergotong-royong, berpindah pejabat dan sebagainya. Pakaian kasual terdiri daripada: 1. jeans tidak kira seluar atau
skirt 2. t-shirt mesti mempunyai gambar dan tulisan yang
sopan 3. seluar pendek 4. seluar capri 5. kasut sukan 6. selipar Jenis kain yang sesuai ialah: 1. denim 2. kain kapas 3. khaki Kesemua pakaian yang diperbuat daripada jenis kain di
atas boleh dibasuh dengan mesin basuh.
Semi-formal Pakaian semi-formal telah menjadi satu pakaian rasmi
untuk ke pejabat semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu. Sebelum tahun 90-an,
pakaian selain formal tidak diterima sebagai pakaian rasmi ke
pejabat. Namun, sejak kebelakangan ini, majikan telah menyedari
bahawa pakaian memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan produktiviti
sesebuah syarikat. Pekerja akan berasa lebih selesa bekerja apabila memakai
pakaian yang lebih kasual. Hal ini membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk
bekerja. Hari ini, kita dapat melihat bahawa doktor dan guru
berpakaian lebih kasual semasa bekerja. Walaupun ada segelintir majikan yang
membenarkan pakaian kasual di pejabat, ada juga yang masih menitikberatkan
penampilan semasa kerja sebagai memelihara imej syarikat. Pakaian yang formal
melambangkan syarikat yang lebih profesional. Aktiviti seharian di pejabat mungkin menuntut anda untuk
berjumpa dengan rakan perniagaan yang lain atau pelanggan. Sudah tentu anda
tidak mahu dipandang rendah atau selekeh, bukan? Sebab itulah walaupun majikan
membenarkan pakaian kasual ke pejabat, masih ada batas-batas yang perlu anda
patuhi. Pakaian semi-formal terdiri
daripada: A. Wanita 1. seluar panjang 2. skirt 3. baju kurung/kebaya atau pakaian tradisional yang
lain 4. blaus 5. blazer/jaket 6. gaun kasual B. Lelaki
1. seluar panjang 2. kemeja lengan panjang 3. t-shirt berkolar 4. kemeja lengan pendek 5. jaket/blazer 6. tali leher Jenis kain yang sesuai ialah: 1. khaki 2. rayon 3. polyester 4. batik
Formal Pakaian formal jarang lagi dapat dilihat dalam aktiviti
kita seharian dan hanya digunakan untuk individu yang berpangkat tinggi atau
individu yang ingin menghadiri mesyuarat penting. Pakaian formal juga dipakai ketika menghadiri temu duga
ataupun ketika hendak berjumpa dengan golongan berpangkat tinggi seperti Sultan,
Yang Dipertuan Agong atau Gabenor. Pakaian formal terdiri daripada: A. Wanita 1. jaket dengan skirt atau seluar 2. seluar panjang dengan blaus yang
sesuai 3. kurung atau kebaya 4. kasut yang bertumit tinggi dan diperbuat daripada
kulit (tidak terlalu menarik perhatian) Bagi wanita yang memilih untuk memakai skirt, beliau
hendaklah memakai pantyhose atau stoking nipis untuk menutup
kulit. Baju kurung sesuai untuk semua jenis keadaan, tetapi
jika anda bertudung, pastikan warna tudung dan baju adalah sedondon. Elakkan
pakaian yang beropol-ropol atau berfesyen pelik. B. Lelaki 1. baju sut/blazer yang sesuai 2. kemeja lengan panjang yang dibutang penuh dan bertali
leher 3. vest 4. tali pinggang atau suspender 5. stoking yang berwarna sama dengan sut yang
dipakai 6. kemeja batik/baju melayu dan
samping 7. kasut kulit Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalu menonjol. Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga menarik perhatian orang lain memandang anda.Warna yang sesuai ialah warna korporat, iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu. Elakkan warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang. Walau bagaimanapun, warna sebegini dibenarkan jika pakaian yang dipakai ialah baju kurung atau kemeja bercorak batik. Perkara yang
perlu dilaku atau dielakkan semasa berpakaian adalah: 1. Jangan pakai terlalu banyak barang kemas sehingga
anda nampak semak. 2. Jangan memakai aksesori pelik seperti jam pada
cincin, gelang yang terlalu besar dan bermotif binatang yang
pelik-pelik. 3. Pastikan rambut dan kuku adalah bersih dan
kemas. 4. Jangan berpakaian yang mendedahkan atau
menggoda. 5. Pakai sedikit alat solek tetapi sekiranya anda seorang lelaki, jangan sekali-kali memakai alat solek seperti wanita.
Artikel di atas dipetik daripada buku CARA MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN BERSOSIAL - TATACARA DIRI & ETIKET SOSIAL. Untuk lain-lain artikel kerjaya dan etiket sosial, sila lawati www.books.perintis.com.my. Buku kerjaya dan buku kanak-kanak Perintis juga boleh didapati di
i. Gerai Farana sempena Pesta Buku & Multimedia Negeri Sembilan pada 10 hingga 17 September di Plaza Seremban. ii. Gerai Eksekutif Suri sempena Karnival Produk Halal IKS pada 15 hingga 17 September di Padang Awam Kampung Baru, Batu Caves . -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required) Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe __,_._,___ |
- Boycott Israel [hidayahnet] Apakah Yang Perlu Anda Tahu Ji... Studio Perintis
- Boycott Israel [hidayahnet] Apakah Yang Perlu Anda Ta... Studio Perintis
