Ada beberapa jenis kod pakaian yang paling kerap digunakan, iaitu:

 

1. kasual

2. semi-formal

3. formal

 

 

Kasual

 

Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai. Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat kawan dan bersiar-siar.

 

Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa. Adalah satu perkara yang pelik bagi anda untuk tampil kasual semasa di dalam pejabat, kecuali jika majikan membenarkannya. Lazimnya, majikan akan mengumumkan ‘dress down’ sekiranya ada aktiviti seperti bergotong-royong, berpindah pejabat dan sebagainya.

 

Pakaian kasual terdiri daripada:

 

1. jeans – tidak kira seluar atau skirt

2. t-shirt – mesti mempunyai gambar dan tulisan yang sopan

3. seluar pendek

4. seluar capri

5. kasut sukan

6. selipar

 

Jenis kain yang sesuai ialah:

 

1. denim

2. kain kapas

3. khaki

 

Kesemua pakaian yang diperbuat daripada jenis kain di atas boleh dibasuh dengan mesin basuh.

 

 

Semi-formal

 

Pakaian semi-formal telah menjadi satu pakaian rasmi untuk ke pejabat semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu. Sebelum tahun 90-an, pakaian selain formal tidak diterima sebagai pakaian rasmi ke pejabat.

 

Namun, sejak kebelakangan ini, majikan telah menyedari bahawa pakaian memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat. Pekerja akan berasa lebih selesa bekerja apabila memakai pakaian yang lebih kasual. Hal ini membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk bekerja.

 

Hari ini, kita dapat melihat bahawa doktor dan guru berpakaian lebih kasual semasa bekerja. Walaupun ada segelintir majikan yang membenarkan pakaian kasual di pejabat, ada juga yang masih menitikberatkan penampilan semasa kerja sebagai memelihara imej syarikat. Pakaian yang formal melambangkan syarikat yang lebih profesional.

 

Aktiviti seharian di pejabat mungkin menuntut anda untuk berjumpa dengan rakan perniagaan yang lain atau pelanggan. Sudah tentu anda tidak mahu dipandang rendah atau selekeh, bukan? Sebab itulah walaupun majikan membenarkan pakaian kasual ke pejabat, masih ada batas-batas yang perlu anda patuhi.

 

Pakaian semi-formal terdiri daripada:

 

A. Wanita

 

1. seluar panjang

2. skirt

3. baju kurung/kebaya atau pakaian tradisional yang lain

4. blaus

5. blazer/jaket

6. gaun kasual

 

B. Lelaki

           

1. seluar panjang

2. kemeja lengan panjang

3. t-shirt berkolar

4. kemeja lengan pendek

5. jaket/blazer

6. tali leher

 

Jenis kain yang sesuai ialah:

1. khaki

2. rayon

3. polyester

4. batik

 

 

Formal

 

Pakaian formal jarang lagi dapat dilihat dalam aktiviti kita seharian dan hanya digunakan untuk individu yang berpangkat tinggi atau individu yang ingin menghadiri mesyuarat penting.

 

Pakaian formal juga dipakai ketika menghadiri temu duga ataupun ketika hendak berjumpa dengan golongan berpangkat tinggi seperti Sultan, Yang Dipertuan Agong atau Gabenor.

 

Pakaian formal terdiri daripada:

 

A. Wanita

 

1. jaket dengan skirt atau seluar

2. seluar panjang dengan blaus yang sesuai

3. kurung atau kebaya

4. kasut yang bertumit tinggi dan diperbuat daripada kulit (tidak terlalu menarik perhatian)

 

Bagi wanita yang memilih untuk memakai skirt, beliau hendaklah memakai pantyhose atau stoking nipis untuk menutup kulit.

 

Baju kurung sesuai untuk semua jenis keadaan, tetapi jika anda bertudung, pastikan warna tudung dan baju adalah sedondon. Elakkan pakaian yang beropol-ropol atau berfesyen pelik.

 

B. Lelaki

 

1. baju sut/blazer yang sesuai

2. kemeja lengan panjang yang dibutang penuh dan bertali leher

3. vest

4. tali pinggang atau suspender

5. stoking yang berwarna sama dengan sut yang dipakai

6. kemeja batik/baju melayu dan samping

7. kasut kulit

 

Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalu menonjol. Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga menarik perhatian orang lain memandang anda.Warna yang sesuai ialah warna korporat, iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu. Elakkan warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang. Walau bagaimanapun, warna sebegini dibenarkan jika pakaian yang dipakai ialah baju kurung atau kemeja bercorak batik.

 

 

Perkara yang perlu dilaku atau dielakkan semasa berpakaian adalah:

 

1. Jangan pakai terlalu banyak barang kemas sehingga anda nampak ‘semak’.

 

2. Jangan memakai aksesori pelik seperti jam pada cincin, gelang yang terlalu besar dan bermotif binatang yang pelik-pelik.

 

3. Pastikan rambut dan kuku adalah bersih dan kemas.

 

4. Jangan berpakaian yang mendedahkan atau menggoda.

 

5. Pakai sedikit alat solek tetapi sekiranya anda seorang lelaki, jangan sekali-kali memakai alat solek seperti wanita.

 

 

Artikel di atas dipetik daripada buku CARA MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN BERSOSIAL - TATACARA DIRI & ETIKET SOSIAL. Untuk lain-lain artikel kerjaya dan etiket sosial, sila lawati www.books.perintis.com.my. Buku kerjaya dan buku kanak-kanak Perintis juga boleh didapati di

 

i. Gerai Farana sempena Pesta Buku & Multimedia Negeri Sembilan pada 10 hingga 17 September di Plaza Seremban.

ii. Gerai Eksekutif Suri sempena Karnival Produk Halal IKS pada 15 hingga 17 September di Padang Awam Kampung Baru, Batu Caves .

__._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke