Suami isteri dipenjara terima deposit haram -

Oleh Marzuki Yusoff

ZULFAKAR ABDUL GHAFFAR (kiri) dan isterinya, Maliza Chik dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 10 Sept. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan denda sehingga RM200,000 ke atas sepasang suami isteri atas kesalahan menerima deposit berjumlah RM92,500 tanpa memiliki lesen yang sah.
 
Zulfakar Abdul Ghaffar, 38, dihukum penjara tiga tahun dan denda RM100, 000 manakala isterinya, Maliza Chik, 33, yang dianggap ‘perancang’ kegiatan itu dihukum penjara empat tahun dan denda RM200,000.
 
Hakim Zainal Azman Abdul Aziz juga memutuskan Zulfakar dan Maliza, masing-masing dipenjara tiga dan empat bulan jika mereka gagal membayar denda tersebut.
 
Zainal Azman memerintahkan hukuman penjara ke atas pasangan yang mempunyai lima orang anak itu dilaksanakan berkuat kuasa hari ini.
 
Berdasarkan fakta kes, pasangan itu didapati bersalah menerima deposit daripada pendeposit-pendeposit tanpa memiliki lesen yang sah mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (ABIK) 1989 untuk menjalankan perniagaan bank, syarikat kewangan, bank saudagar atau syarikat diskaun.
 
Kesalahan itu didakwa berlaku di antara 22 November 1999 dan 11 Julai 2000 di Kampung Telaga, Teluk Balai, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
 
Zainal Azman berkata, hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap Maliza iaitu penjara empat tahun dan denda RM200,000 kerana wanita itu merupakan ‘perancang’ dalam kegiatan tersebut.
 
Menurut hakim itu, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman berat terhadap mereka kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dan boleh meruntuhkan institusi masyarakat dalam jangka masa panjang.
 
‘‘Jika dilihat kepada jumlah wang yang dikutip oleh kedua-dua tertuduh, jumlah kutipan RM92,500 adalah satu jumlah yang besar dan ia pula berlaku di Kuala Berang (Hulu Terengganu).
 
‘‘Kegiatan itu boleh menyebabkan sesuatu masyakarat itu ‘runtuh’. Kalau ia berlaku di Kuala Terengganu, jumlah ini dianggap kecil...,” tegas Zainal Azman lagi.
 
Terdahulu, pasangan suami isteri tersebut yang diwakili oleh peguam Sallehuddin Harun memohon hukuman ringan kerana ia adalah kesalahan pertama dan telah insaf dengan perbuatan mereka, selain mempunyai lima orang anak berusia tiga hingga 15 tahun.
 
-------------------------------------------------------------------------------------
 
Ibu bapa dipenjara, 5 beradik enggan dipisah
Oleh Zulkofli Jamaludin dan Hamid Salleh
 
KUALA TERENGGANU: “Saya sanggup jaga adik dan kami tidak mahu berpisah,” kata seorang pelajar Tingkatan Tiga yang bertekad mahu menjaga empat adiknya selepas ibu bapa mereka, Zulfakar Abdul Ghaffar, 38, dan Maliza Chik, 33, dihukum penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
 
Pelajar lelaki berusia 15 tahun itu yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan depan, bagaimanapun terdiam sejenak sebelum menjawab “tidak tahu” apabila ditanya siapa akan menanggung perbelanjaan harian dan persekolahan mereka.
 
Pelajar itu bersama adik lelakinya berusia 10 tahun dan perempuan lapan tahun serta dua lagi kembar lelaki berusia dua tahun, kini ditemani nenek mereka berusia 61 tahun.
 
Anak sulung pasangan itu, berkata dia dan empat adiknya tetap akan tinggal di rumah ibu bapa mereka di Kampung Telaga, Kuala Berang kerana mudah untuk ke sekolah.
 
“Saya akan duduk di rumah ini dan berusaha untuk lulus cemerlang dalam PMR,” katanya ketika ditemui di rumahnya, petang semalam.
 
Bapa lima beradik itu dihukum penjara tiga tahun dan denda RM100,000 manakala ibu mereka dipenjara empat tahun dan denda RM200,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.
 
Pasangan itu didapati bersalah menerima deposit berjumlah RM92,500 tanpa memiliki lesen sah mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989.
 
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 22 November 1999 dan 11 Julai 2000 di Kampung Telaga, Kuala Berang.
 
Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Azman Abdul Aziz ketika menjatuhkan hukuman berkata, hukuman lebih berat dikenakan terhadap Maliza kerana wanita itu adalah ‘perancang’ kegiatan berkenaan.
 
Beliau berkata, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman berat terhadap pasangan berkenaan berikutan kesalahan yang dilakukan serius kerana boleh meruntuhkan institusi masyarakat dalam jangka masa panjang.
 
“Jika dilihat kepada jumlah wang yang dikutip sebanyak RM92,500, ia satu jumlah yang besar kerana berlaku di Kuala Berang. Ia boleh menyebabkan sesuatu masyarakat itu runtuh. Kalau ia berlaku di Kuala Terengganu, jumlah ini dianggap kecil,” katanya yang memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa semalam.
 
Sebelum itu, pasangan terbabit yang diwakili Sallehuddin Harun memohon hukuman ringan kerana mempunyai lima anak berusia antara dua hingga 15 tahun.
 
Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Malaysia, Alvin Ong Heng Kiat meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh boleh menjejaskan ekonomi negara.
 
“Kedua-dua tertuduh perlu memikirkan masa depan anak-anak mereka sebelum terbabit dalam skim pendeposit berkenaan,” katanya.


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage! __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke