SEREMBAN, 14 Sept (Hrkh) - Mutakhir ini isu murtad di
kalangan remaja Islam semakin serius, malah ia menjadi
satu ancaman kepada akidah umat Islam tatkala pelbagai
pihak bukan Islam berusaha memastikan hak kebebasan
beragama diiktiraf kerajaan Islam Hadhari.

Harakahdaily mendapat maklumat mutakhir ini, gerakan
memurtadkan remaja Islam sedang giat di Seremban 2
dengan usaha lebih agresif dan berani mendekati
golongan sasar terutamanya remaja lingkungan usia 17
hingga 25 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Surau Garden Homes, Azman
Basra, mendakwa kewujudan kumpulan memurtadkan ini
dikesan  beroperasi di sebuah premis kedai dua tingkat
berhampiran sebuah tokong Buddha di Bandar Seremban 2.

Kumpulan ini menjadikan golongan remaja sebagai
sasaran kerana bagi mereka kelompok remaja lebih mudah
didekati berbanding golongan dewasa yang lebih kuat
pegangan akidahnya, kata Azman dalam satu
pengumumannya di surau tersebut baru-baru ini.

"Golongan Kristianisasi ini menawarkan ganjaran berupa
wang saku kepada remaja yang mahu murtad, malah mereka
juga ditawarkan khidmat seks (bagi yang lelaki akan
mendapat perempuan, dan yang perempuan akan mendapat
pasangan lelaki) dan telefon bimbit," dakwanya.

Akibat tawaran yang agak lumayan ini, beliau mendapat
maklumat ramai remaja dari taman-taman sekitar
Seremban 2 murtad dan bilangannya cukup besar.

Menurut Azman, ada kes di mana seorang remaja yang
dikatakan telah murtad hingga tidak dapat mengucap dua
kalimah syahadah  kerana dakwanya meminum sebotol air
yang dinamakan 'holly water'.
 
"Ini suatu perkembangan yang cukup membimbangkan. Saya
berpesan kepada jemaah semua agar berhati-hati kepada
kumpulan tertentu yang sedang menyebarkan dakyah ini.

"Saya juga berpesan supaya penjaga memerhati
gerak-geri anak-anak remaja yang cukup mudah terdedah
kepada proses Kristianisasi ini," katanya lagi.

Berikutan perkembangan yang membimbangkan itu
jawatankuasa surau kini sedang membuat pemantauan dari
semasa ke semasa bagi menghalang usaha memurtadkan
remaja ini tidak akan dapat berkembang, kata Azman. -
lanh
  
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4264&Itemid=1



     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke