Semalam ada seorang parent beritahu saya kejadian
gaduh antara dua kumpulan pelajar Melayu dari dua buah
sekolah sekitar Senawang dan Seremban, sekitar 1-3
minggu lepas.
Cerita sebenar belum diketahui, saya masih mencari
laporan akhbar dan sebagainya. Banyak cerita mulut ,
tapi ini semua tidak dapat disahkan. Menurut cerita
pergaduhan adalah berpunca kes perempuan dan berlaku
di luar kawasan sekolah. Kumpulan pelajar Melayu dari
sekolah A menyerang kumpulan pelajar Melayu dari
sekolah B, agak parah, dengar cerita koma. Kemudian
kumpulan pelajar Melayu dari sekolah B pula membalas
dendam dan menyerang kumpulan pelajar Melayu dari
sekolah A, dengar cerita ada yang mati, ada yang putus
telinga, ada yang tangan hancur dilanggar tayar
motosikal dan sebagainya.
Sejauh mana kebenaran cerita ini , saya belum dapat
sahkan. Cuma ianya datang dari sumber parent yang
ada jawatan. Dan anak-anak jiran saya di taman juga
mengesahkan cerita tersebut, cuma terdapat beberapa
versi.
Jika sekiranya cerita ini benar, ini bermakna kita ibu
bapa, terutama di Senawang dan Seremban harus
mengambil serius perkara ini. Baru-baru ini saya
sempat meleraikan pergaduhan di kalangan anak-anak
jiran saya yang baru tingkatan 1. Puncanya yang A ejek
B, kemudian B tumbuk A. B lari jumpa saya kerana A
kejar nak tumbuk balik dengan 2 orang rakannya. Saya
bawa B jumpa A dan minta mereka jumpa ibu bapa
masing-masing kalau ada masalah.
Semua pihak harus ambil peranan dalam isu gensterisma
ini, jangan serah bulat-bulat pada polis dan sekolah,
ibu bapa dan jiran-jiran harus bersatu. Hidupkan
masyarakat , hidupkan surau dan masjid.
Polis dan JPJ juga harap dapat melakukan operasi tahan
semua pelajar yang bawa motosikal dan kereta tanpa
lesen. Walaupun dalam kawasan taman perumahan.
Motosikal inilah salah satu punca pelajar bebas
bergerak dan mula membentuk kumpulan. Saya perhatikan
kawasan Senawang dan Seremban ini pelajar begitu bebas
bawa motosikal ke sekolah ada yang tingkatan 1. Ada
yang sekolah rendah pun bawa motosikal.
Bulan sudah kereta isteri saya dilangar oleh pelajar
tingkatan 5 yang tiada lesen. Akibatnya emak ayahnya
juga yang susah, kena hantar anak hospital, kena baiki
motosikal, kena bayar ganti rugi tunai.
Sama-samalah kita membentuk generasi yang beriman dan
bertakwa. Jangan hanya berpeluk tubuh dan berdoa.
Jangan ambil sikap kau, kau , aku, aku.
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/