Kepada mereka yang berminat :
EKSPEDISI MALAYSIA 4WD & SUV 2006
2 - 9 DECEMBER 2006
JARAK - 3000 KM
http://ekspedisi4wdsuv.tripod.com/
Ekspedisi Malaysia 4WD & SUV 2006, adalah ekspedisi
menjelajah seluruh semenanjung Malaysia berkenderaan
pertama dan yang seumpamanya di Malaysia. Dengan
konsep terbaru iaitu Ekspedisi, Pelancongan, Rekreasi
dan Cabaran, ekspedisi akan menjelajah seluruh
Semenanjung Malaysia selama 8 hari.
Ekspedisi bermula di Kuala Lumpur, munuju ke Selatan
tanahair, sebelum menerusi laluan ke Pantai Timur dan
berpatah balik ke Utara Semenanjung. Dari Utara,
ekspedisi akan berpatah balik ke Kuala Lumpur dan akan
menempuh perjalanan sejauh 3000km, melalui laluan
jalan-raya kampung, bandaran dan persekutuan serta
sedikit laluan off-road.
Melalui pelbagai bentuk muka bumi seperti tanah rata,
bukit, laluan bertanah dan berbatu pasti memberi kesan
yang mendalam kepada peserta kerana ekspedisi akan
melalui perjalanan sejauh 3000km dalam masa 8 hari
selain melawat dan melalui pelbagai laluan menarik
seperti negeri-negeri di semenanjung, Bandar, daerah.
Pekan, kampung, tanah rancangan dan merangkumi
pelbagai bentuk geografi Malaysia seperti bukit,
tasik, laut, tanah tinggi, sungai dan hutan-hutan di
sepanjang perjalanan.
LALUAN
KUALA LUMPUR - NEGERI SEMBILAN - MELAKA - JOHOR -
PAHANG - TERENGGANU - KELANTAN - PERLIS - KEDAH -
PULAU PINANG - PERAK - SELANGOR - KUALA LUMPUR
JADUAL PERJALANAN
2 Disember 2006 - Kuala Lumpur - Negeri Sembilan -
Melaka
3 Disember 2006 - Melaka - Johor
4 Disember 2006 - Johor - Terengganu
5 Disember 2006 - Terengganu - Kelantan
6 Disember 2006 - Kelantan - Perlis
7 Disember 2006 - Perlis - Pulau Pinang
8 Disember 2006 - Pulau Pinang - Perak
9 Disember 2006 - Perak - Selangor - Kuala Lumpur
PENYERTAAN
Penyertaan di buka kepada semua peminat aktiviti
ekspedisi pelancongan menggunakan kenderaan 4WD & SUV.
Setiap penyertaan mestilah mempunyai kenderaan sendiri
atau mengikuti dengan kenderaan yang di sediakan oleh
pihak penganjur.
Penyertaan : Terbuka kepada semua
Had Umur : Dari 1 Tahun ke atas,
Kanak-Kanak Mestilah bersama penjaga (Ibu & Bapa)
(Jika Di Bawah 17 Tahun)
Warga Tua Mestilah mendapat pemeriksaan Kesihatan di
Klinik
BAYARAN
Bayaran adalah sebanyak RM650.00 untuk sebuah
kenderaan termasuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Bayaran
tambahan untuk setiap dewasa ialah RM250.00 dan setiap
tambahan bagi kanak-kanak ialah RM130.00 untuk
seorang.
Untuk penyertaan tanpa kenderaan ialah sebanyak RM
400.00 seorang bagi dewasa dan RM 200.00 untuk
kanak-kanak. Terhad hanya 3 dewasa untuk sebuah
kenderaan atau 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Kenderaan
di sediakan oleh penganjur.
14 Tahun ke atas (Dewasa)
14 Tahun ke-bawah (Kanak-kanak)
PEMBAYARAN
Bayaran boleh di buat dengan pemindahan akaun /
bank-in atau cek atas nama ADZ AUTO ENGINEERING
BANK : Bank Islam, Jalan Raja Laut
NO AKAUN : 14014010126644
PEMBAYARAN BERPERINGKAT :
Untuk kemudahan dan keselesaan penyertaan, pembayaran
boleh di buat dalam beberapa peringkat mengikut
kesesuaian seperti berikut :
Bayaran Pertama : RM 250.00 (Deposit)
Bayaran Kedua : Jumlah Keseluruhan, Sebelum 28 Nov
2006
(* Tertakluk Terma Dan Syarat)
KENDERAAN
Terbuka kepada kenderaan jenis Pacuan Empat Roda
(4WD), Sport Utility Vehicle (SUV) yang berkeadaan
baik dan mempunyai cukai jalan dan insurans yang sah.
Model kenderaan tidak terhad pada sebarang jenama atau
model.
Peralatan Kenderaan :
Peralatan asas kenderaan perlu di sediakan seperti :
1. Tayar Ganti
2. Alatan (Tool) Membuka Tayar
3. Alatan (Tool) untuk membuka peralatan dan komponen
asas
4. Jack Tayar
5. Tangki Air simpanan untuk peralatan seperti
Radiotar dan Pengilap Cermin
6. Tangki Minyak Simpanan (Jerry Can). Minima satu
unit.
LESEN MEMANDU
Peserta ekspedisi wajib memiliki lesen memandu yang
sah yang di keluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) dan tidak tamat tempoh.
CUKAI JALAN DAN INSURANS KENDERAAN
Kenderaan peserta yang mengambil bahagian perlu
memiliki cukai jalan dan insurans yang sah dan tidak
tamat tempoh.
BAHAN API
Di tanggung sepenuhnya oleh peserta ekspedisi
TOL
Mengikut jadual perjalanan, ekspedisi ini akan melalui
jalan tidak bertol dan jika melalui jalan bertol, ia
akan ditanggung sendiri oleh peserta ekspedisi.
JENIS PENGINAPAN
Perkhemahan, Camping.
MAKANAN DAN MINUMAN
Peserta di kehendaki membawa makanan dan minuman yang
secukupnya untuk keperluan peserta selama 7 hari
perjalanan ekspedisi ini. Selain makanan dan minuman,
peralatan untuk memasak juga di wajibkan terutama
untuk kegunaan perkhemahan.
ALATAN KECEMASAN (FIRST AID KIT)
Peserta di wajibkan membawa peralatan kecemasan di
dalam kenderaan
PAKAIAN DAN PERALATAN DIRI
Pakaian dan peralatan diri perlu di bawa dalam jumlah
yang mengcukupi untuk perjalanan selama 8 hari.
ALATAN PERHEMAHAN
Peserta di wajibkan membawa peralatan perkhemahan
seperti :
1 Khemah
2 Kanvas
3 Tikar
4 Tali
5 Parang / Pisau
6 Lampu Suluh
7 Lampu (Kegunaan Malam)
8 Peralatan Memasak
9 Beg Sampah
10 Dan lain-lain yang berkaitan
Maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :
ADZ AUTO ENGINEERING
013-6055533 / 013-6055545 / 03-6038 6431
12, Jalan 1/3, Desa Coaldfield,
47000 Sungai Buloh,
Selangor. Malaysia
email : [EMAIL PROTECTED]
http://malaysia4wd-suv.tripod.com
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/