Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)
Apabila kita menyentuh sifat jati diri, lazimnya sifat
tersebut dibandingkan dengan lalang, iaitu sejenis
tumbuhan yang hidup di merata tempat. âJangan jadi
seperti lalang yang melentuk ke sana ke sini apabila
ditiup angin. Kita perlu memiliki jati diri yang tidak
mudah melentuk umpama lalang!â, demikian pesanan
yang selalu diberi.
Akan tetapi kali ini, dalam rangka memenuhi jemputan
pihak Kolej Shah Putra, Kuantan, untuk membicara
berkenaan Jati Diri Umat Islam pada Sabtu 9 September
2006, saya tidak akan membandingkan sifat jati diri
dengan lalang. Sebaliknya saya akan mengumpamakan jati
diri dengan lalang. Ya! Untuk umat Islam memiliki jati
diri, kita perlu mencontohi lalang.
Di atas bukanlah satu kesilapan ejaan atau susunan
ayat.
Agar kita lebih memahami bagaimana sifat jati diri
boleh diumpamakan atau dicontohi dengan merujuk kepada
lalang, marilah kita mengkaji lima sifat lalang yang
begitu terserlah, sekali pun mungkin di antara pembaca
ada yang tidak menyedarinya.
Lalang Tetap Kukuh Pada Dasarnya.
Benar bahawa lalang melentuk ke sana ke sini apabila
ditiup angin. Namun perhatikan betapa kuat sekali pun
angin yang bertiup, lalang tidak terlepas daripada
dasarnya. Pokok mungkin tumbang, atap rumah mungkin
terangkat, tetapi lalang tetap pada dasarnya. Ia tidak
berganjak walau sedikit jua.
Ini adalah salah satu sifat lalang yang patut dimiliki
oleh umat Islam yang berjati diri. Kita patut, bahkan
wajib, memiliki dasar yang kuat dalam pegangan agama
kita. Dasar ini tidak berganjak sekali pun ditiup oleh
pelbagai arus yang ingin memusnahkannya. Ia tetap
berdiri pada dasarnya dalam diri kita sekali pun arus
yang menentangnya mampu menumbangkan pokok dan
menerbangkan atap.
Terdapat beberapa dasar yang membentuk asas agama
kita. Namun dalam kesempatan ini, memadai saya
menyentuh dasar yang pertama, iaitu bahagian pertama
daripada dua kalimah syahadah. Dasar ini menetapkan
bahawa âTidak ada tuhan selain Allahâ. Berdasarkan
âTidak ada tuhan selain Allahâ, maka kita umat
Islam menetapkan bahawa tiada yang mampu melakukan
peranan ketuhanan kecuali Allah Subhanahu wa Taâala.
Iaitu tiada sesiapa atau apa-apa yang mampu mencipta
dari tiada kepada ada, mengurus alam, mengetahui hal
ghaib, menetapkan sesuatu kebaikan atau keburukan,
mengabulkan doa, memberi pertolongan, menggubal
syariâat dan sebagainya kecuali Allah Azza wa Jalla.
Berdasarkan dasar ini, kita memiliki jati kerohanian
yang amat kukuh. Kita tidak kasih, berharap, takut,
merujuk, taat dan bertujuan secara mutlak melainkan
kepada Allah Subhanahu wa Taâala. Ini berbeza dengan
orang yang jati kerohaniannya amat lemah dimana dia
sentiasa kasih, berharap, takut, merujuk, taat dan
bertujuan kepada selain Allah. Akhirnya dia sentiasa
lemah lagi hina kerana telah meletakkan makhluk
sebagai tuhan bagi dirinya.
Lalang Mudah Melentuk Namun Tetap Berpaksi Pada
Dasarnya.
Sifat lalang yang mudah melentuk tidak patut dipandang
sebagai satu kelemahan. Ini kerana melentuk ke arah
mana sekali pun, ia tetap berpaksi pada dasarnya.
Berbeza dengan daun kering yang ditiup angin, ia
terbang mengikuti angin dengan meninggalkan tempat
asalnya. Ini barulah boleh dianggap sebagai satu
kelemahan.
Sifat lalang yang kedua ini boleh kita rumuskan
sebagai kukuh pada perkara dasar yang sememangnya
tidak boleh berubah manakala fleksibel pada perkara
cabang yang boleh disesuaikan dengan zaman dan tempat.
Sifat ini adalah sesuatu yang patut dimiliki oleh umat
Islam. Jati diri tidak bererti âbesi diriâ, iaitu
kaku lagi lurus dalam semua perkara, tetapi berprinsip
pada perkara yang dasar dan fleksibel pada perkara
yang dibolehkan untuk bersikap fleksibel selagi mana
ia tidak mengorbankan perkara yang dasar.
Satu contoh ialah etika berpakaian. Kita umat Islam
memiliki beberapa dasar dalam etika berpakaian, iaitu:
1. Dipertengahan antara mewah dan buruk.
2. Tidak menyerupai fesyen yang memiliki nilai agama
lain.
3. Tidak menyerupai fesyen jantina yang berbeza (the
opposite sex).
4. Tebal, tidak nipis sehingga menampakkan tubuh.
5. Longgar, tidak ketat sehingga menampakkan struktur
tubuh.
6. Tidak memakai wangian yang bertujuan menarik
perhatian jantina yang berbeza.
7. Menutup aurat.
Semua dasar di atas adalah sama bagi lelaki dan wanita
kecuali dasar keenam dimana batas aurat bagi lelaki
dan wanita adalah berbeza. Maka apa jua fesyen yang
dipakai, ia adalah fleksibel asalkan berpaksi kepada
tujuh dasar di atas. Bagi muslimah umpamanya, fesyen
baju kurung Melayu, jubah Arab, jubah Pakistan (jubah
berseluar) dibolehkan. Akan tetapi fesyen jean londeh
tidak boleh kerana ia menampakkan perut serta pusat
dan fesyen kebaya ketat tidak boleh kerana ia
menampakkan bentuk badan.
Lalang Amat Sukar Dimusnahkan.
Sesiapa yang pernah ber-âinteraksiâ dengan lalang
pasti akan mengetahui bahawa ia amat sukar untuk
dimusnahkan. Jika dipotong ia tumbuh kembali, jika
dicabut ia mentunas kembali. Pilihan yang ada ialah
mencabut hingga ke akarnya atau menyembur racun
lalang. Ini juga tidak menjamin keberhasilan yang
100%. Tidak jarang ia tetap tumbuh semula.
Sifat lalang ini wajib ada pada diri kita umat Islam.
Kita tidak boleh putus asa, hampa, bersedih, mengalah
atau melarikan diri daripada pelbagai arus yang bukan
sahaja mencabar kita, tetapi seakan-akan ingin
menenggelamkan kewujudan kita dan agama yang kita
cintai. Maka sebagaimana lalang memiliki jati diri
untuk terus hidup, kita umat Islam juga wajib memiliki
jati diri yang jauh lebih kental untuk terus hidup
menghadapi pelbagai arus yang menentang kita. Istilah
putus asa, hampa, bersedih, mengalah atau melarikan
diri tidak boleh wujud dalam kamus umat Islam.
Lalang Mudah Lagi Cepat Berkembang.
Lalang bukan sahaja sukar dimusnahkan, ia juga mudah
lagi cepat berkembang. Pernah jumpa lalang yang tumbuh
bersendirian? Tentu tidak. Ia mudah berkembang dan
boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan tanah.
Sekali lagi, sifat ini perlu diteladani oleh umat
Islam. Tidak cukup sekadar kita yang Islam, tetapi
kita juga perlu berdakwah untuk mengembangkan Islam
dan meletakkannya pada kedudukan yang tinggi lagi
kukuh di dunia. Ini adalah amat penting supaya Islam
dan umatnya sentiasa memiliki tempat di dunia ini,
bahkan kembali menerajui tempat yang pertama
berbanding umat yang lain.
Kita perlu sedar dan akur bahawa kedudukan hina yang
dialami oleh umat Islam sekarang ini adalah disebabkan
oleh kelemahan kita sendiri dan bukannya kekuatan umat
lain. Badan yang lemah akan menjemput segala macam
penyakit untuk menghinggapinya manakala badan yang
kuat (sihat) akan mampu menahan apa jua penyakit.
Penyakit sentiasa wujud, bezanya sama ada badan kita
adalah lemah atau kuat.
Maka sebagaimana lalang bekerja keras untuk berkembang
dalam pelbagai keadaan tanah, maka kita juga wajib
bekerja keras untuk mendakwahkan Islam kepada pelbagai
lapisan masyarakat dan suasana. Kita perlu berubah
dari sifat pasif kepada aktif, lembab kepada cergas,
jahil kepada berilmu, leka kepada berfikir, tidur
kepada berjalan, berdiam kepada berbicara dan jumud
kepada dinamik.
Dakwah itu sendiri terbahagi kepada dua, yang pertama
adalah menjemput orang bukan Islam kepada Islam. Kedua
adalah mengajak umat Islam untuk meningkatkan
penghayatan Islam mereka (Islah) berdasarkan ilmu dan
amalan. Sama ada yang pertama atau kedua, yang penting
adalah cara dan hikmah dalam berdakwah. Tidak sedikit
yang mengalami kegagalan dalam dakwah, bukan kerana
kedegilan orang yang didakwahkan tetapi kesalahan
dalam strategi berdakwah.
Lalang Mampu Memberi Pengaruh Kepada Manusia.
Cuba berjalan di kalangan lalang, pasti kulit kaki
terasa miang. Wadus! Tumbuhan yang dianggap remeh oleh
kebanyakan manusia mampu memberi pengaruh kepadanya?
Ya! Begitulah hakikatnya. Tidak sekadar itu, lalang
juga mampu memberi pengaruh dalam bentuk ia dapat
dijadikan bahan membuat atap bagi pondok-pondok di
kawasan pendalaman.
Pengajaran penting yang dapat diambil iktibar adalah,
sekali pun dunia memandang kecil kepada Islam dan
umatnya, kita masih mampu untuk menukar pandangan
tersebut. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jika
setiap daripada kita berusaha untuk memberi pengaruh
yang positif kepada dunia dan manusia, pasti dunia
akan mengubah pandangannya terhadap Islam dan kita.
Akuilah bahawa dunia memandang kecil kepada Islam dan
umatnya disebabkan oleh sikap kita sendiri yang selama
ini amat minimum dalam memberi apa-apa pengaruh
positif kepada dunia.
Pengaruh positif boleh dilakukan dalam pelbagai
bentuk, daripada sekecil-kecil senyuman yang terukir
di bibir sehinggalah kepada misi keselamatan dan
kebajikan dalam rangka menolong mangsa tragedi.
Daripada mengangkat paku di jalan sehinggalah kepada
menyelamatkan haiwan liar yang tersesat di bandar.
Daripada mengajar matematik kepada anak-anak miskin
sehinggalah kepada mencipta penemuan ilmiah bagi
menyelesaikan penyakit atau masalah yang dihadapi oleh
manusia terkini. Senarai ini boleh berlanjutan tanpa
batas.
Lalang Oh Lalang!
Di mana sahaja kita berada, ke mana sahaja kita pergi,
sudah agak pasti kita akan menemui lalang. Jangan
berpaling begitu sahaja, sebaliknya renungilah ia dan
jadikanlah ia sebagai sumber iktibar mengukuhkan jati
diri kita sebagai umat Islam. Sebagai manusia kita
sering lupa atau terlanjur, maka lalang sentiasa ada
untuk mengingatkan semula kejatian diri kita. Ingat!
Allah Subhanahu wa Taâala tidak mencipta sesuatu
untuk sia-sia melainkan ia memiliki hikmah dan manfaat
untuk kita.
How low will we go? Check out Yahoo! Messengers low PC-to-Phone call rates. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
