Kemenangan BN Terengganu 2004 tidak sah.
Mon | Oct 02, 06 | 10:40:40 AM
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mendakwa, kemenangan BN di Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 tidak sah.

Dakwaan ini dibuat Husam dalam blognya, cetusan-hati.blogspot.com, yang mula dipaparkan di internet baru-baru ini.

Ini kerana, kata Husam, undi yang diraih oleh calon-calon BA di seluruh Terengganu hanya merosot sebanyak 9,103 undi.

Husam mempunyai teori tersendiri bagaimana BN boleh menang di Terengganu dalam pilihan raya 2004 lalu.

Husam mendakwa, selepas pilihan raya 1999, ada pihak tertentu telah membawa masuk orang bukan Terengganu untuk mendaftar sebagai pengundi di negeri itu.

Terengganu menyaksikan kenaikan peratus pengundi yang luar biasa dalam tempoh tiga tahun berkenaan, iaitu sebanyak 17.7 peratus dan ini jauh melebihi purata kebangsaan.

Berikut adalah tulisan penuh Husam dalam blognya itu.

Kemenangan BN di Terengganu 2004 tak sah?
Pilihan raya umum 2004, menyaksikan undi yang dipungut oleh calon-calon BA di seluruh Terengganu hanya merosot sebanyak 9,103 undi.

Undi BA
1999 - 180,239 undi
2004 - 171,136 undi
Beza - 9,103 undi

Jumlah kemorosotan undi rakyat ini sangat kecil dan tidak memungkinkan Umno/BN memerintah Terengganu.

Bagaimana Umno boleh menang?
Selepas pilihan raya 1999, ada pihak tertentu membawa masuk orang bukan Terengganu untuk mendaftar sebagai pengundi di Terengganu.

Terengganu menyaksikan kenaikan peratus pengundi yang luar biasa dalam tempoh tiga tahun berkenaan, iaitu sebanyak 17.7 peratus dan ini jauh melebihi purata kebangsaan.

Pengundi baru bertambah sebanyak 68,585 orang. Undi BA merosot sebanyak 9,103 undi tetapi undi BN meningkat sebanyak 93,249 undi berbanding 1999. Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi BN (93,249 tolak 9,103 = 84,146).

Undi BN tidak termasuk pertambahan undi rakyat sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!

Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585 orang. Misteri ini tidak dapat dijawab walaupun mengambil kira pertambahan secara mendadak peratus keluar mengundi iaitu sebanyak 25.1 peratus berbanding pilihan raya sebelumnya.

Jika semua peratus keluar mengundi yang bertambah dilonggokkan untuk BN, iaitu seramai 11,279 undi, masih belum dapat menjawab bagaimana Umno/BN mendapat pertambahan sebanyak 84,146 undi berkenaan.

Bukankah ini semua meninggalkan misteri yang perlu dijawab oleh SPR?

Apatah lagi, jika kita menyemak semula senarai pengundi di Terengganu berasaskan kod kad pengenalan, kita dapati seramai 70,602 orang pengundi adalah bukan dilahirkan di Terengganu tetapi mendaftar di Terengganu.

Adakah ini bermakna Umno/BN menang di Terengganu dengan satu operasi khas dan bukan dengan suara rakyat?

SPR harus menyahut cabaran semua pihak untuk memberikan jawapan pada isu-isu yang sangat penting ini.

Abdullah selaku PM yang menjanjikan pentadbiran yang telus dan bersih mesti menjadikan sistem pilihan raya yang bersih sebagai agenda paling utama beliau. - lanh

***************************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.

Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke