Hazrat Salman RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya’ban :
 
          “Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan. Satu bulan yang Allah SWT telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya (bertarawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah SWT dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu amalan fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu di dalamnya seumpama seorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan yang lain.”
         
          “Ini adalah bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya.”
 
          Sahabat-sahabat RA lalu berkata, “Todaklah setiap orang dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air atau sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”
 
          “Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT dan akan dilepaskan dari azab neraka.”
 
          “Perbanyakkan pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhokan Allah dengan dua perkara dan dua perkara lagi tidak dapat tidak, kamu mesti memerlukannya. Adapun dua perkara yang kamu meredhokan Allah dengannya adalah penyaksian bahawa Tiada Tuhan Selain Allah (Lailaha illallah) dan kamu memohon ampun (Istighfar) daripada Nya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak, kamu mesti memerlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka”
 
          “Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa (ketika berbuka) maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaku (Al Kauthar) pada hari kiamat, dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.”
 
Dipetik dari kitab Fadhilat Ramadhan oleh Sheikhul Hadis Maulana Zakaria.
 
Semoga dapat diamal dan disampaikan.  
Azhar Jaafar
 


Do you Yahoo!?
Get on board. You're invited to try the new Yahoo! Mail. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke