Abd Zarin, ya Abd Zarin,

Hang ni tak serik-serik dok nak masuk balik parti yang dah nak terbalik lingkup tu! Bukankah dari kenyataan hang tu, hang dah serdaq yang parti cap kerih boge tu parti munafik yang dipimpin oleh seorang ketua yang munafik, tinggaikan sajalah. Banyak lagi parti-parti lain yang lebih sesuai dengan perjuangan hang macam PAS, PKR, DAP atau PSM. Hang tengok komen aku kepada kenyataan hang di bawah ni (dakwah merah) noo.

 

Hang kata- bahawa pemecatan ini adalah satu rahmat bagi saya dari terus menyokong organisasi yang  dipimpin oleh seorang Presiden yang bagi saya cenderung kepada sifat - sifat seorang "munafik". -dan saya sanggup mati dari berketuakan seorang Presiden Parti yang Munafik.

Memang pemecatan hang ni nak bagi hang serdaq dan balik kepangkal jalan yang perjuangan hang  dalam parti cap kerih boge tu sia-sia saja. Nak kata berjuang untuk Melayu, tak juga, perlingkupkan orang Melayu lagi adalah.

 

Hang kata- bahawa pemimpin UMNO tidak boleh dikritik atau ditegur dan perbuatan mengkritik kepimpinan khususnya dalam konteks ini "mengkritik Perdana Menteri " merupakan satu dosa besar dalam parti . -adalah kali kedua saya dipecat sebagai ahli UMNO dalam perkara yang sama, iaitu menegur pemimpin UMNO.

Ni dah lari dari ciri-ciri Kepimpinan Islam sebenarnya. Sampai tak boleh dikritik atau ditegur langsung akan Pemimpin tertinggi mereka, sampai jadi satu DOSA besar, wooih…ini Islam Hadhari lebih hebat dari Islam sebenarnya! Nampaknya nak sama dengan KERAjaan Langit Melangut Ayah Pin, ayaq susu yang meleleh di kakinya diminum, silap-silap dalam parti cap kerih boge ni, ayaq kecin depa pun, ahli sanggup minum dan cuci muka , ambik berkat pemimpin munafik. Amboih, hang ni sampaikali kedua pun hang nak join lagi parti cap kerih boge tu, tak kan kot. Bawak-bawak lah sikit perubahan takkan nak dik ditakok tu aja.

 

Hang kata lagi- akan hanya memohon menyertai semula UMNO setelah Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak  menjadi Presiden UMNO.

Bertobat lah hang oi cik Abd Zarin! Jangan hang balik kat parti cap kerih boge ni lagi walau sapa saja jadi Presiden tapi kaluk hang

ada can jadi Presiden, tak pa lah kot. Kalau tak dak can, hang belah lah pi join PAS ke, PKR ke, DAP ke, DKK ke, DBKL ke, lebih baik dan afdal dari join parti cap kerih boge tu. Ingat-ingat lah cik Abd Zarin noo, hidup ni sekali saja, jadi cari-carilah yang lebih diredhai Allah.

 

Sekadar nasihat.

Dr. Alexjal Zabrienski – Pakar Sakit Jiwa Hospital Besar Sungai Tani.

 

----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of BPPNS
Sent: Friday, September 29, 2006 8:09 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Boycott Israel [hidayahnet] Kenapa Saya Abd Zarin Dipecat Dari UMNO

 

Kenyataan Media Abd Zarin bin Mohd Yasin , 29 Sep 2006

http://sangkelembai2006.blogspot.com/

Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi dalam Mesyuarat

Ahli Majlis Tertinggi UMNO hari ini, 29hb September

2006 telah memecat saya dari menjadi ahli UMNO atas

dakwaan bahawa saya telah melanggar peruntukan Fasal

20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama Perkara 1 Tata

Etika ahli UMNO iaitu berkelakuan dengan tujuan

menjejaskan kedudukan parti UMNO di dalam kerajaan

selain menjatuhkan imej dan nama baik parti.

 

Saya telah dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO

pada 4hb September 2006 atas 22 pertuduhan yang

berkisar kepada tulisan saya yang menyentuh Abdullah

Ahmad Badawi dalam blog "Sang Kelembai". Lembaga

Disiplin UMNO telah bersetuju untuk mengambil tindakan

agar saya dibebaskan tetapi tidak dilepaskan dari

tuduhan disiplin, dan saya memberi surat aku janji

supaya tidak lagi menulis perkara - perkara yang

menyentuh serangan peribadi Abdullah Ahmad Badawi

sebaliknya menulis bentuk kritikan kepada perkara -

perkara dasar atau pandangan yang boleh membantu

parti. Surat "aku janji" itu telah saya serahkan

kepada Lembaga Disiplin tersebut.

 

Sungguhpun demikian pada bulan Ramadhan yang mubarak

ini, Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pemecatan

saya sebagai ahli UMNO dengan berselindung atas alasan

bahawa ahli Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara

bersetuju dengan dengan keputusan pemecatan tersebut.

Saya menerima pemecatan tersebut dengan terbuka dan

menganggap bahawa pemecatan ini adalah satu rahmat

bagi saya dari terus menyokong organisasi yang

dipimpin oleh seorang Presiden yang bagi saya

cenderung kepada sifat - sifat seorang "munafik"

 

Pemecatan itu memberi saya ruang untuk bebas dari

ikatan Perlembagan UMNO bentuk baru, yang menyekat

ruang untuk mengkritik dan menegur pemimpin, satu

perkara yang berlawanan dengan prinsip Islam Hadhari.

Ini membuktikan teguran saya bahawa konsep Islam

Hadhari yang dibawa oleh Perdana Menteri kita hanya -

Islam ada had dan ada hari.

 

Pemecatan saya juga membuktikan bahawa pemimpin UMNO

tidak boleh dikritik atau ditegur dan perbuatan

mengkritik kepimpinan khususnya dalam konteks ini

"mengkritik Perdana Menteri " merupakan satu dosa

besar dalam parti. Pemecatan ini tidak melunturkan

sokongan saya terhadap UMNO kerana bagi saya, sokongan

setelah saya dipecat menunjukkan komitment saya

terhadap perjuangan agenda - agenda UMNO dan sokongan

ini bukan sokongan yang mempunyai niat - niat

perolehan tertentu. Kita tidak sepatutnya hadir dalam

menyokong parti hanya untuk menuntut balasan dari

parti untuk kepentingan diri sendiri tetapi kita hadir

menyokong kerana kita percaya kepada idealisma dan

perjuangan UMNO yang selama ini relevan untuk agama,

bangsa dan negara.

 

Ini adalah kali kedua saya dipecat sebagai ahli UMNO

dalam perkara yang sama, iaitu menegur pemimpin UMNO.

Pada tahun 1996, kerana menulis berapa surat terbuka

kepada Dr Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim saya

dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO dan diterima semula

dalam UMNO selepas Anwar Ibrahim dipecat oleh Majlis

Tertinggi UMNO pada tahun 1998.

 

Pemecatan ini bagi saya telah membuka ruang yang lebih

luas sama ada untuk menulis, hadir dalam mana - mana

majlis yang berjuang untuk membongkar pembohongan

Abdullah Ahmad Badawi dan jika saya terlibat dalam

mana-mana ceramah termasuk ceramah Parti Pembangkang

selepas ini, ia lebih merupakan perjuangan saya bagi

menghidari rakyat dari ditipu oleh Abdullah Ahmad

Badawi. Saya komited untuk memastikan beliau meletakan

jawatan atau disingkirkan sebagai Perdana Menteri

secara demokrasi dalam pilihanraya yang akan datang.

Penyingkirkan seorang Perdana Menteri bukan perkara

baru. Ini pernah berlaku dalam pilihanraya 1969. Semua

rakyat berbilang kaum dalam menunjukkan protes mereka,

telah memberi undi kepada pembangkang sehingga

memperolehi banyak kerusi Dewan Negeri dan seterusnya

menguasai Pulau Pinang dan Pas kekal di Kelantan.

Tindakan rakyat ini juga mengoncang kedudukan Perak

dan Selangor. Begitu juga ditahun 1999, apabila

seluruh rakyat Terengganu telah mengundi Pas kerana

mahu menyingkirkan Wan Mokhtar Ahmad. Tidak mustahil

pada pilihararaya yang akan datang rakyat Malaysia

terdiri dari Melayu, China,India dan etnik lain akan

mengundi parti pembangkang kerana mahu menyingkiran

Abdullah Ahmad Badawi.

 

Saya tidak akan merayu atas keputusan tersebut dan

akan hanya memohon menyertai semula UMNO setelah

Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak menjadi Presiden

UMNO. Saya ingin membawa kepada satu peristiwa Saidina

Hamzah yang tidak membunuh musuh perangnya sungguhpun

musuh tersebut telah meludah kemukanya. Bila ditanya

kenapa beliau tidak membunuh musuh tersebut, beliau

menjawab, "bahawa aku berperang menentang musuh Allah

dan aku takut kehilangan pahala kerana membunuh dia

yang telah meludahku" dan sikap ini saya jadikan

landasan perjuangan saya untuk terus membongkar

kemunifikan pemimpin yang memperalatkan Islam.

 

Kepada semua ahli Majli Tertinggi UMNO, saya

mengucapkan ribuan terima kasih kerana sebulat suara

bersetuju memecat saya dari menjadi ahli UMNO. Saya

yakin ahli Majlis Tertinggi UMNO tahu dengan beradanya

saya diluar UMNO, ini pasti akan memudahkan saya

bergerak untuk menyegerakan kejatuhan Abdullah Ahmad

Badawi. Saya komited dan tidak akan menghampakan

harapan itu. Doakan saya berjaya dalam usaha ini. Saya

mengungkap perutusan kemerdekaan tempoh hari :

 

"APA ERTI KEMERDEKAAN, JIKA TIDAK ADA KEBEBASAN. APA

ERTI KEBEBASAN , JIKA TIDAK ADA PERJUANGAN. APA ERTI

PERJUANGAN. JIKA TIADA PENGORBANAN. APA ERTI

PENGORBANAN, JIKA TIDAK ADA KEBERANIAN. APA ERTI

KEBERANIAN, JIKA TIDAK ADA KEMATIAN... dan saya

sanggup mati dari berketuakan seorang Presiden Parti

yang Munafik.

 

Sekian Terima Kasih

Senarai imbasan kertas pertuduhan boleh dilihat dalam

laman www.umno-reform.com

 

 

    

  

  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah

  Syarak Mengata , Adat Menurut

  

  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

  

 

 

 

 

__________________________________________________

Do You Yahoo!?

Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around

http://mail.yahoo.com

 

 

 

 

--------------------------------------------------------------------------

 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

 

--------------------------------------------------------------------------

 

Affiliates:

Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

 

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 

http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

 

Recommended sites:

Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my

Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my

Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com

Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info

Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org

Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/

The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com

Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/  

Yahoo! Groups Links

 

<*> To visit your group on the web, go to:

    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

 

<*> Your email settings:

    Individual Email | Traditional

 

<*> To change settings online go to:

    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join

    (Yahoo! ID required)

 

<*> To change settings via email:

    mailto:[EMAIL PROTECTED]

    mailto:[EMAIL PROTECTED]

 

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:

    [EMAIL PROTECTED]

 

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:

    http://docs.yahoo.com/info/terms/

 

 

 

__._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke