Surat Kuan Yew bukan minta maaf, kata Setiausaha Agung PAS
Tue | Oct 03, 06 | 11:00:28 AM
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Hrkh) - PAS menyifatkan surat Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan surat minta maaf tetapi surat menyatakan kemenangan pihaknya terhadap beberapa isu.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam kenyataannya kepada Harakahdaily memberikan tiga fakta kenapa beliau membuat kesimpulan sedemikian.

"Pertama, Kuan Yew mengisytiharkan Singapura menang dalam isu pembinaan jambatan dan mendedahkan Malaysia tidak bersedia untuk ke Mahkamah Antarabangsa dalam itu itu."

"Kedua, Kuan Yew mengesahkan bahawa hubungan Singapura dan Malaysia amat buruk semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri."

"Dan ketiga, Kuan Yew menuduh para pemimpin Umno khasnya tidak ikhlas dalam memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu di Singapura."

Kamarudin mengulas laporan media hari ini yang menyiarkan berita kononnya Kuan Yew meminta maaf daripada Abdullah.

Surat bertarikh 29 September itu diserahkan ke pejabat Abdullah di Putrajaya oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, T Jasudasen semalam.

Salinan surat tiga muka itu difakskan kepada Bernama oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura di sini, malam tadi.

Ulasan Kamarudin dibuat berdasarkan kenyataan berikut daripada Kuan Yew sebagaimana disiarkan oleh sebuah akhbar harian hari ini:- "Biar saya ringkaskan, kenapa anda mesti mempunyai kerajaan di Singapura yang kukuh, teguh, berfikiran tajam dan tegas. Jiran saya mempunyai masalah dengan orang Cina."

"Mereka berjaya, mereka bekerja keras dan kerana itu, mereka dipinggirkan secara sistematik, malah dalam bidang pendidikan, ada kuota untuk menghalang mereka."

"Jadi anda perlu mendapatkan wang untuk ke luar negara atau pergi ke universiti swasta. Jadi mereka mahu Singapura, dengan kata mudah, menjadi seperti orang Cina mereka."

"Jadi setiap masa, kami mengatakan 'tidak' kepada beberapa cadangan untuk menutup tambak dan membina jambatan, dia berkata "Anda tidak bekerjasama, anda hanya fikirkan diri sendiri."

"Tanpa alasan, kami tolak cadangan tutup tambak, yang hampir 100 tahun berguna kepada kami. Dia mahu membina jambatan baru kerana ia nampak cantik dan katanya kapal boleh lalu dan kontena boleh bergerak dari Pantai Timur ke Pantai Barat melaluinya."

"Tetapi kami kata tidak...jadi kami kata, "Baiklah jika kamu boleh beri faedah bersama kepada kami, kami bersetuju." Tetapi anda perlukan kerajaan yang mampu, bukan hanya yang ada keberanian, tetapi juga kemahiran berkata 'tidak' dengan tenang, sopan yang tidak menyebabkan mereka sehingga melakukan sesuatu yang bodoh," kata Kuan Yew.

Beliau berkata, mengenai jambatan dan jambatan separuh untuk menggantikan Tambak Johor, Abdullah membuat keputusan bahawa kerajaan Malaysia jelas bahawa ia menghormati perjanjian perundangan dan bertindak berdasarkan undang-undang antarabangsa.

"Ia menjadikan tidak perlu merujuk kepada ITLOS dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang boleh dielakkan. Sikap menghormati undang-undang ini adalah asas kepada hubungan jangka panjang antara kita," kata Kuan Yew dalam suratnya kepada Abdullah.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir menuduh pentadbiran Abdullah Badawi dipengaruhi oleh agenda Singapura.

Beliau sentiasa menekankan bagaimana mereka yang mempunyai hubungan erat dengan Singapura diberikan mandat oleh Abdullah untuk menjaga media di Malaysia.

Mahathir juga mendakwa, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin banyak mempengaruhi pentadbiran Abdullah sedangkan Khairy pula banyak dikaitkan dengan kepentingan Singapura di negara ini.

Ulasan Kamarudin mengenai isu ini boleh juga dilihat melalui www.tvpas.com. - lanh

***************************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.

Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from your Internet provider. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke