| Prihatin diatas derita masyarakat Rohingya | |
Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Atas keprihatinan dan rasa simpati diatas kesusahan dan
keperitan hidup yang dialami oleh pelarian Rohingya yang berada di negara ini, semalam bertempat di Mahad Al-Islahiah Tahfizul Quran, Ampang Kuala Lumpur, PAS menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan untuk meringankan beban penderitaan mereka.
Sumbangan berbentuk bungkusan keperluan makanan, pakaian dan wang tersebut disampaikan sewaktu Majlis ramah mesra dan berbuka puasa yang diadakan di antara masyarakat Rohingya dan pimpinan PAS serta masyarakat setempat.
Turut hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa, Bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Masyarakat Dr Lo' Lo' Ghazali dan beberapa pimpinan PAS kawasan serta masyarakat setempat.
Simpati derita masyarakat Islam
Rohingya
Sebelum majlis berbuka puasa, hadirin diperdengarkan bacaan ayat al-Quran oleh Hafiz Harun dan kemudiannya, Ustaz Nasharudin diberi kesempatan untuk berucap di samping menyampaikan sumbangan PAS berjumlah RM5,000 kepada Mudir Mahad Ustaz Ali Ahmad Al Hafiz untuk disalurkan kepada pembangunan pendidikan kanak-kanak Rohingya serta diagihkan kepada fakir miskin masyarakat tersebut.
Dalam majlis yang menggunakan dwi-bahasa (bahasa melayu dan Rohingya) yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Persatuan Rakyat Rohingya Mohd Aslam, Ustaz Nasha melahirkan rasa simpati diatas penderitaan yang berlaku ke atas umat Islam di Myammar khususnya masyarakat Rohingya di negara ini dan berjanji akan memberi bantuan sedaya mampu untuk meringankan beban mereka.
"Masyarakat Rohingya adalah juga saudara Islam kita, jadi menjadi
kewajipan kita untuk membantu sedaya yang mampu," katanya.
"Dan sekiranya sahabat-sahabat (Rohingya) ada sebarang masalah, datanglah berjumpa kami dan kita akan usahakan yang termampu untuk meringankan beban," ucapnya lagi.
Sederhana, layanan istimewa
Majlis berbuka puasa tersebut walaupun sederhana, tetap dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan tradisional Rohingya antaranya Lufida (sejenis makanan berbentuk capati tetapi berwarna putih) yang dimakan bersama kari daging dan Samia, sejenis manisan berbentuk bubur yang cukup enak dan menyelerakan.
Dengan semangat gotong-royong, hampir 80 orang berkumpul di sini bagi menjayakan majlis tersebut dan mereka menyambut kedatangan pimpinan PAS dan Harakah dengan wajah yang cukup gembira dan ceria meskipun bahasa
menjadi sedikit penghalang dalam berkomunikasi (mereka kurang fasih berbahasa Melayu).
Jelas kelihatan di wajah mereka yang sentiasa tersenyum, mereka mahu memberi layanan terbaik di samping amat suka beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Solat Maghrib diadakan sejurus selepas majlis tersebut, dan komuniti Rohingya memberi penghormatan kepada Ustaz Nasharudin untuk mengimamkan solat tersebut dan sebaik sahaja selesai, pimpinan PAS mengagih-agihkan sejumlah 50 bungkusan keperluan makanan seperti biskut, teh, gula termasuk pakaian seperti tudung dan lain-lain lagi kepada fakir miskin Rohingya.
Sumbangan ringankan beban
Turut menceriakan suasana ketika pimpinan PAS menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dan ibu mengandung. Ada kanak-kanak yang
menangis kerana ketakutan, ada yang ceria dan mahu beratur sekali lagi untuk mendapatkan 'habuan', ada yang mahu bergambar dengan pimpinan dan aneka macam lagi ragam mereka yang mencuit perasaan.
Suasana menjadi hinggar- binggar dan amat meriah seolah-olah sebagai sebuah keluarga besar yang yang saling kasih-mengasihi antara satu sama lain.
Walaupun mereka datang dari pelbagai jenis latar belakang seperti mudir,guru mahad, pemimpin komuniti, pekerja buruh, pengangkut sampah, pengutip barang terpakai dan bermacam-macam termasuk dengan pelbagai himpitan hidup serta masalah, namun mereka bersatu dan berhimpun dalam suasana yang gembira atas nama saudara se-Islam.
Majlis tersebut selesai untuk sekitar jam 8.30 untuk memberi laluan para tetamu dan jemaah menunaikan solat Isyak dan Tarawikh sempena Ramadan
ini.-Az
***********************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
