| Mungkinkah ada 'lakonan' di antara PM - Kuan Yew |
Oleh Harakahdaily KOTA BHARU, 4 Okt (Hrkh) - 'Jangan buat lagi' - itulah peringatan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew berhubung dakwaan masyarakat Cina di Malaysia dipinggir secara sistematik, lapor sebuah akhbar hari ini.
Apa reaksi anda terhadap berita tersebut. Seolah-olah ada 'lakonan' di sebalik isu berkenaan apabila seorang buat silap, dan seorang lagi kata jangan buat lagi.
Selain itu, ia dapat juga digambarkan kepada umum kemungkinan hubungan akrab mulai terjalin di antara pemimpin utama negara ini dengan pemimpin kanan Singapura.
Sedangkan lebih dua dekad lalu hubungan Malaysia dan Singapura digambarkan cukup tegang terhadap banyak isu yang berlaku.
Persoalannya sekarang, adakah begitu mudah sikap berkeras dipamerkan pemimpin negara jiran sejak berdekad lalu tiba-tiba mulai kundur sekarang.
Lihatlah surat Kuan Yew kepada Abdullah antara lain menyebut, 'saya minta maaf kerana apa yang saya katakan telah menyebabkan ketidakselesaan. Selepas sedekad
hubungan bermasalah dengan pemimpin sebelum anda, perkara seperti ini tidak diingini langsung, katanya dalam suratnya bertarikh 29 September.
Kuan Yew juga dikatakan menyentuh mengenai pembinaan jambatan bengkok dalam suratnya itu.
Sedangkan baru-baru ini, geger isu penjualan Pantai Holdings Bhd kepada Parkway Holdings Ltd dari Singapura sehingga akhirnya Perdana Menteri mengarahkan Khazanah Nasional Bhd membeli semula saham tersebut.
Parkway menguasai Pantai selepas membeli saham dari Ketua Pegawai Eksekutif Pantai, Dato' Lim Tong Yong.
Malah, di Thailand penguasaan Temasek (Singapura) dalam saham
Shin Copr milik bekas Perdana Menterinya, Thaksin Shinawatra akhirnya membawa kepada kejatuhan pemimpin terbabit.
Mengulas perkembangan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Mohd Amar Abdullah berkata, isu Abdullah dan Kuan Yew seperti ada perancangan bagi menaikkan kembali imej Perdana Menteri selepas berlaku pertembungan peribadi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, adakah benar aktor Kuan Yew muncul bagi menyelamatkan politik Abdullah selepas kewibawaannya tenggelam dengan kebangkitan semula Dr Mahathir.
Katanya, hubungan dingin Singapura - Malaysia diketahui umum berlaku sejak berpuluh tahun lalu, namun tiba-tiba menjadi rapat semula di era Perdana Menteri sekarang.
"Mungkinkah ada perancangan peringkat diplomasi tertinggi di antara kedua-dua pemimpin dalam isu yang berlaku sekarang. Kemudian apabila semua pihak marah, maka Perdana Menteri dilihat sebagai pihak yang menyelamatkan keadaan sehingga memaksa Kuan Yew memohon maaf," katanya di sini.
Malah, sebelum ini banyak laporan menyebut keluarga Perdana Menteri mendapat layanan istimewa ketika berkunjung ke Singapura, sehingga akhirnya konglomerat besar dari negara itu menguasai saham syarikat strategik di
Malaysia.
Sedangkan sebelum ini penguasaan saham-saham strategik oleh syarikat dari Singapura tidak dibenarkan di era lalu, yang mencerminkan semangat patriotik cukup tinggi.
Bagaimanapun situasi itu sekarang sudah mulai kendur, seperti ada udang di sebalik batu.
Selain itu ada pula pihak berpendapat Abdullah enggan menjelaskan penerimaan atau sebaliknya permohonan maaf Kuan Yew secara tegas kerana mungkin boleh menjejas hubungan yang terjalin sebelum ini.
Sedangkan dalam masa yang sama pemimpin lain termasuk Menteri Luar, Dato' Seri Syed Hamid Albar
menganggap surat penjelasan Kuan Yew bukan memohon maaf dalam erti kata sebenar.
*****************************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Inbox full of spam? Get leading spam protection and 1GB storage with All New Yahoo! Mail. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___