Berkatalah benar, walaupun pahit
Thu | Oct 19, 06 | 03:36:42 PM
Oleh LanH
MENGIKUTI rancangan 'Jejak Rasul' dan ceramah kursus haji, penulis difahamkan pada zaman jahiliah, manasik haji sudah terpesong antaranya tawaf dalam keadaan berbogel di depan Kaabah. Kemudian Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. untuk membersihkan amalan yang mencampur-adukan kebenaran dan kebatilan itu.

Hari ini kita cukup bimbang apabila amalan ibadat seperti puasa yang menjadi Rukun Islam ketiga juga sudah dicampuradukkan dengan budaya atau gaya hidup yang kononnya untuk mempamerkan rasa muhibah seperti buka puasa dan sahur bersama malah Presiden Amerika Syarikat pun menganjurkan majlis berbuka puasa, sedangkan George Bush pun tidak berpuasa.

Tidak cukup dengan berbuka puasa atau sahur bersama, kemudian kita diperlukan berkongsi raya, dan yang terbaru kita digemparkan dengan 'ketidakbolehan' dan 'kesalahan besar' seorang pegawai Islam menasihatkan anak buah Islamnya daripada mengucapkan 'Selamat' kepada penganut sebuah agama dalam merayakan hari kebesaran mereka.

Pengucapan dan penggunaan perkataan 'Selamat' itu mencetuskan kontroversi sedangkan jika dalam bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan adalah 'Happy'. Selama ini 'Happy' diterjemahkan sebagai 'Selamat', jadi itulah masalahnya. Jika 'Happy' diterjemahkan sebagai 'Bergembiralah', kemungkinan 'ketegangan' itu dapat diredakan.

Langkah pegawai Islam itu menasihatkan kakitangan Islam itu tidak ada kena mengena dengan sebarang agama. Dia tidak menghina sesiapa pun, dia cuma memberi nasihat. Terpulanglah kepada orang yang menerima nasihat, sama ada untuk mengikutnya atau tidak.

Seperti dia menasihatkan saudara seagamanya supaya berpuasa, sama ada si penerima nasihat tadi mahu melaksanakannya atau tidak terpulang kepadanya. Dia mahu berpuasa boleh, tidak mahu berpuasa pun boleh, tetapi tanggunglah sendiri akibatnya.

Jika pemberi nasihat tadi mengingatkan saudara seagamanya supaya jangan minum arak, dia tidak menghina sesiapa. Dia tidak menghina orang yang mahu terus minum arak, dia pun tidak menghina orang yang lulus lesen arak atau makan duit daripada keuntungan cukai bisnes arak. Cuma dia nasihatkan saudara seagamanya jangan minum arak. Kalau sudah dinasihat, masih mahu minum, itu terpulanglah. Cuma akibatnya tanggunglah sendiri.

Dengan memberi nasihat tadi, terlepaslah si pemberi nasihat akan permasalahan hal berkaitan di akhirat nanti, insya-Allah. Dia mungkin akan merintih, 'Aku lemah ya Allah, aku cuma mampu beri nasihat, maka terpulanglah kepada Kau ya Allah, sama ada mereka mahu menerima nasihat itu atau tidak.'

Berdasarkan laporan dan hujah dalam semua akhbar, tidak langsung dinyatakan pegawai yang memberi nasihat itu menghina mana-mana agama atau penganutnya. Tidak ada sekali pun. Dia cuma memberi nasihat atau pandangan untuk saudara seagamanya, tidak lebih daripada itu.

Dalam al-Quran sendiri dinyatakan larangan untuk mencela sembahan selain Allah, melalui ayat 108 Surah al-'Anam yang bermaksud: "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan."

***********************
Makluman semasa
Memandangkan kesukaran untuk mengakses emel dari
www.gmail.com kebelakangan ini, pihak kami menyediakan emel alternatif bagi Surat/Emel Pembaca ([EMAIL PROTECTED]) dan Salam Perantau ([EMAIL PROTECTED]). Kami memohon maaf terutamanya kepada perantau-perantau di luar negara yang menghantar ucapan/gambar sempena Ramadhan/Syawal kepada keluarga di atas kesukaran yang berlaku. Selamat berpuasa dan menyambut hari raya Aidil Fitri dari kami di Harakahdaily.

Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.

Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke