(4 dan 5 Nov 2006 ramai umat Islam di Malaysia ini jadi bodoh kerana menyebarkan SMS yang tidak pasti kesahihannya tanpa usul periksa. Lain kali nak sebarkan SMS pastikan kesahihan, periksa dalam laman web yang sahih Harakah, JIM, ABIM dan sebagainya. Kalau nak bendung gejala murtad , mula dengan diri sendiri, hidupkan solat jemaah di masjid/surau/rumah, hidupkan makan jemaah. Jangan nak jadi juara isu murtad tapi solat jemaah di masjid, surau, rumah diabaikan)
Abang Azhar Mansor nafi adiknya murtad. Utusan Malaysia 5 Nov 2006.. Azham Mansor, abang sulung kepada pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor, hari ini menafikan adiknya itu sudah murtad dan tinggal di Australia. Ahli perniagaan berusia 56 tahun itu menegaskan, Azhar masih beragama Islam dan kini tinggal di Langkawi kerana menguruskan perniagaannya di sana. Katanya, mesej Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel yang tersebar luas mengatakan Azhar sudah menganut agama Kristian serta membaptiskan ramai pelajar adalah fitnah dan tidak benar sama sekali. Saya sebagai abang Azhar mahu menjelaskan bahawa SMS itu menipu dan tidak benar sama sekali. Setahu saya adik saya bekerja keras menjalankan perniagaan di Langkawi. Saya pasti dan tahu Azhar seorang Islam. Saya minta tolonglah jangan ganggu dia lagi, sejak semalam saya cuba hubungi dia tapi tak dapat, katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini. Azham berkata, dia datang ke Gereja Lady of Lourdes di sini semata-mata mahu memastikan kesahihan SMS yang tersebar dan bersyukur kerana ia terbukti palsu. Menurutnya, bapanya ada menghubungi Azhar dan dimaklumkan bahawa dia kini berada di Langkawi. Kerajaan sepatutnya ambil tindakan terhadap penyebaran SMS ini dari awal kerana kerajaan lebih tahu apa yang patut dibuat. Mungkin saya akan jumpa Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria untuk berbincang dengannya. SMS ini disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Atas niat apa, itu saya tak tahu tetapi jelas dia nak burukkan nama mufti, Azhar, keluarga kami dan kita semua (umat Islam), katanya yang dukacita dengan fitnah yang menimpa adiknya itu http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com ____________________________________________________________________________________ We have the perfect Group for you. Check out the handy changes to Yahoo! Groups (http://groups.yahoo.com) -------------------------------------------------------------------------- **Boycott Israel**Support Palestine** All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/iperintis/ Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
