Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula 
sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada 
wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu 
wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di 
pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan 
peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan 
terus mencuba dan terus mencuba.
 
 Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? 
Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.
 
 Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian 
tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas
 mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
 
 Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia 
berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai 
pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat 
(seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.
 
 Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan 
sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang
 tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang 
nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan 
seorang dia takut ada orang mengusiknya.
 
 Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. 
Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan 
semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang nampak, tak kisah 
kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan 
bahagia bila dalam keadaan begitu.
 
 Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika 
kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
 
 Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak 
yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak perlu diletakkan sifat malu ini 
di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada 
diri manusia.
 
 Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab 
itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.
 
 Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak 
berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.
 
 Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan 
tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman 
yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.
 
 Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik 
akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat 
di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah dan sebagainya, media 
elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita 
sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh 
wanita.
 
 Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi 
serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.
 
 Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah 
mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan 
disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang 
menimpa kaum wanita.


.

 
---------------------------------
Cheap Talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.

Kirim email ke