Assalamualaikum Nani...
Pe kabar...izinkan Uncle utk berceloteh ....uncle harap Nani jaga diri baik2
jgn mugah percayakan org luar dari keluarga kita sebab .Ramai kat luar tu yg
gemar mengambil kesempatan .....Uncle faham derita yg Nani hadapi tu...apa pun
mereka tepat ibubapa Nani dunia akhirat. Uncle harap Nani berada dlm keadaan
selamat .kalu boleh cuba hubongi keluarga terdekat saperti bapa atau ibu
saudara.Cerita kpd mereka dimana Nani berada dan mengapa Nani keluar dari
rumah. Tenguk emak dan ayah bimbang bila Nani keluar rumah. Kalau mampu Nani
tulis surat kpd emak dan ayah .luahkan apa yg Nani dok pendam selama ni,Uncle
yakin keadaan akan pulih. Nani...jgn lupa solat dan terus menerus berdoa mohon
perlindungan serta pertolongan dari ALLAH SWT yg maha Agung. Doa adalah senjata
bagi org2 mukmin.
Nani, maafkan uncle jika bingkisan ini menyinggung perasaan anak Nani kat
sana setakat ini dari uncle......moga Nani sihat dan selamat disana Sekian
Wassalam
[EMAIL PROTECTED] wrote:
---------- Forwarded message ----------
Bukan nani nak keluar rumah, tapi mak n abah nani
yg halau nani keluar rumah...dah banyak kali mak n
abah nani cakap macm tue..sbg seorg anak, sape yg
tak terasa hati, bila mak abah nani cakap yg nani
nie anak syaitan n iblis hanya kerana satu
kesilapan nani di masa silam...
diri nani, rasa tertekan di rumah...abah nani,
langsung tak pernah nak bercakap dgn nani...dalam
masa sehari, satu patah perkataan pun abah tak
pernah nak bertanya apa masalah nani.nani ada
bgtau mak, tapi mak pulak buat2 tak faham malah
selalu mengadu pada abah bila nani tak ikut cakap
mak. abis tue, abah tanpa usul periksa, marah2 n
hina nani.
Sape yg tak tahan bila tinggal dalam keadaan mcm
tue...duduk di rumah, tiap2 hari asyik nak
menangis...buat2 hepi, tp hati tak bahagia...sebab
nani tak nak tipu diri sendiri, sebab tue nani
kuar rumah kejap supaya mak n abah nani fikir
balik ape yg pernah mak n abah lafazkan pd
nani.nani keluar rumah kerana kata2 mak n abah
pada nani juga...tanyalah sendiri pd family nani,
terutamanya pd mak nani...sebagai seorg ibu n
perempuan, mak seharusnya lebih memahami...
tiada yg sempurna di dunia ini..nani bukan ingin
mengejar pangkat, harta benda, kekayaan tapi
hanyalah secebis kebahagiaan yg nani sudah temui.
Biarlah hidup di dunia ini, nani dipandang hina
oleh org lain, tapi hanya Allahswt yg Mengetahui
apa yg ada di sebalik hati nani.
Kekecewaan nani pada mak n abah amat menusuk hati
nani. Sudah nani cuba lakukan yg terbaik, tapi
tiada kesyukuran di hati mak n abah nani. Nani tak
pandai nak luahkan perasaan nani, tapi kasih
sayang nani pd mak n abah tetap ada. Biarlah hanya
Allahswt saja yg tahu, adakah benar nani telah
menjadi anak derhaka??? Kerana sesungguhnya hanya
DIA yg mengetahui...Biarlah DIA saja, yg
menentukan segalanya...
Maafkan nani di atas segalanya. Hidup di dunia ini
hanya sementara. Izinkan nani utk ikhlas pada diri
nani sendiri n pada Allahswt jua.Biarpun perkara
itu tidak sehebat mana n dipandang hina, tp itulah
hakikat n takdir Allah swt pd nani. Nani tak dpt
lakukan sesuatu jika dipaksa melakukannya.Nani
cuma minta keluarga memahami, tapi nape keluarga
tetap bertegas, sedangkan Allahswt telah memberi
jalan.
Wassalam.
Seorang gadis yang bernama NURUL HANANI BT ABDUL HALIM, 22 tahun telah di
kenalpasti lari dari rumah sejak 22 Oktober 2006 lalu sehingga sekarang.Ketika
meninggalkan rumah pada pagi 22 Oktober 2006 yang lalu, hanani memberitahu
ibunya hendak keluar mencari kerja di bandar dan akan pulang semula ke rumah
pada jam 12 tgh hari. Ibunya memberi RM2 sebagai tambang bas Hanani keluar
membawa sefail sijil dan hand-beg. Sehingga malam, hanani didapati tidak pulang
juga ke rumah tetapi telah menghantar sms kepada adiknya Lina berbunyi ? mak,
jgn risau, Nani berada di Merang sekarang???Selepas itu tiada sebarang khabar
berita dan hanani juga tidak pulang berhari raya di kampung. Keluarga hanani
telah pun membuat laporan polis dan polis masih membuat siasatan.Kepada sesiapa
yang mempunyai maklumat mengenai hanani di harapkan dapat bekerjasama dgn
keluarganya. Hanani atau mesra dengan panggilan NANI adalah bekas pelajar MRSM
Kuala Berang (00/02), Kolej Matrikulasi P.Pinang (02/03) dan
Sarjana Muda Sains Biodiversiti, KUSTEM, K.Terengganu (03/06). Hanani
berkacamata, tinggi 165cm dan berat badan kira-kira 46kg.
Sila hubungi keluarga beliau di alamat:
No. 1151, Lorong Selasih 7C/4,
Taman Selasih, 09000 Kulim, Kedah.
No tel : 04-491 8148
.
----------------------------------------- (on mail)
email-body was scanned and no virus found
nani.JPG was scanned and no virus found
nani1.JPG was scanned and no virus found
---------------------------------------------------------
---------------------------------
Sponsored Link
Mortgage rates near 39yr lows. $510,000 Mortgage for $1,698/mo - Calculate
new house payment