http://www.pts.com.my/modules.php?name=Announcement&op=ViewAnnouncement&nid=180

Menulis Buku-buku Islamik

22 November 2006

PTS Islamika menjemput mereka yang berminat untuk menulis buku-buku berkaitan Islam dengan gaya moden


PTS Islamika adalah imprint PTS Publications & Distributors Sdn Bhd bagi menerbitkan khazanah ilmu-imu Islam dengan gaya bahasa dan persembahan moden.

Produk Islamika memberi tumpuan utama menerbitkan bahan ilmu-ilmu Islam kepada golongan pembaca awam yang tidak memiliki latar belakang pendidikan Islam melalui bahasa Arab. Dengan demikian perhatian berat diberikan kepada teknik penulisan menggunakan bahasa Melayu moden.

PTSI menggabungkan kepakaran dalam bidang agama dengan kepakaran dalam bidang bahasa Melayu, supaya maksud yang terkandung dalam ilmu-ilmu Islam dapat disampaikan dengan betul dan terang serta jelas. Mudah-mudahan usaha ini dapat membantu sesiapa sahaja mengetahui dan mengenali lautan ilmu dan ajaran Islam dengan menggunakan bahasa Melayu yang biasa-biasa sahaja.

Produk Islamika terdiri daripada beberapa siri:

1. Siri Wajeez : buku-buku mini - ringkas & padat
2. Siri Hikmah : cerita-cerita Islam
3. Siri Klasik Islam : khazanah warisan ilmu-ilmu Islam
4. Siri Doa & Zikir : doa-doa & zikir harian dalam saku
5. Siri Sejarah & Tamadun : catatan sejarah dan tamadun Islam
6. Siri Dimensi: rujukan ilmu-ilmu Islam
7. Siri Iman : akidah dan teologi
8. Siri Qudwah : akhlak dan cara hidup Islam
9. Siri Rujukan Pantas : bimbingan mudah ibadah asas
10. Siri Fikrah: siri pemikiran & falsafah
11. Siri Dakwah: panduan berdakwah dan mendorong perubahan tingkahlaku Islamik

Bagi penulis yang berminat menghantar mansukrip untuk PTS Islamika, ada dua kaedah yang perlu diikuti:

A) sekiranya mempunyai manuskrip yang sudah siap, penulis perlu menghantar 'hardcopy' manuskrip lengkap beserta dengan resume dan 'cover letter' - surat menyatakan penyerahan manuskrip untuk dinilai. Pos manuskrip tersebut menggunakan pos berdaftar atau pos express/laju atau khidmat kurier kepada alamat berikut:

PTS Islamika
No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur.

B) sekiranya manuskrip masih diperingkat cadangan atau penulisan, penulis perlu menghantar proposal ringkas (1-2 halaman) beserta dengan resume. Butir-butir berikut perlu dinyatakan:

1. Judul buku
2. Sinopsis buku
3. Isi kandungan buku
4. Anggaran muka surat dan tarikh boleh serah manuskrip lengkap
5. Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran (jika ada)
6. Apa kelebihan buku yang ditulis berbanding buku di pasaran? (jika ada)
7. Siapa sasaran pembaca
8. Bagaimana penulis boleh membantu penerbit meningkatkan jualan buku yang dihasilkan? 9. Jika penulis adalah penceramah, pensyarah atau terlibat dengan mana-mana organisasi yang berminat membeli buku-buku penulis, sila nyatakan anggaran jumlah pembeli tersebut.
10. Sila sertakan 2 bab contoh penulisan (jika ada)
11. Sila nyatakan 3 keistimewaan buku tersebut.

Sila email proposal kepada [EMAIL PROTECTED] atau fax ke 03-41427413.

Setiap manuskrip dan proposal akan dinilai terlebih dahulu sebelum di terima untuk penerbitan.

PTS Islamika juga mengalu-alukan penulis baru (baru pertama kali menulis).

Penulis yang berminat menulis dengan PTS Islamika amat digalakkan untuk menghadiri bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh PTS. Antara bengkel-bengkel yang dianjurkan adalah:
1.Bengkel Teknik Penulisan KJ Method (menulis mudah dan produktif)
2.Bengkel Teknik Adaptasi (teknik menulis semula bahan agama yang sudah terbit)
3.Bengkel Teknik Bahasa Persuasif (teknik meningkatkan bahasa daya pengaruh)
4.Bengkel Teknik Penulisan Kreatif Islam - Prinsip Surah Yusof
5.Bengkel Teknik Bahasa Moden (menulis semula bahasa klasik dan ala Arab kepada bahasa Melayu moden)

Jadual bengkel penulisan akan diiklankan di laman web www.pts.com.my.

Sekiranya anda perlu maklumat tambahan atau ingin maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menulis dengan Islamika atau apa tajuk-tajuk serta projek penulisan yang sedang diusahakan, sila hubungi editor Islamika : 03-41427416/15 atau email [EMAIL PROTECTED]

Selamat menulis...


--

/Best Wishes & Warmest Regards.../

*FARIS BIN HASBULLAH*
Mobile  : +6019-286-2600
Email     : [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>

/(Editorial Office)/
*PTS Islamika*
No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur. Malaysia
Office : +603.4142.7416/3 Fax : +603.4142.7415 Email: [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>

/(Head Office)/
*PTS Publications & Distributors Sdn Bhd*
No 3, Jalan Industri Batu Caves 1/6,
68100 Batu Caves, Selangor. Malaysia
Office : +603.6188.0316 Fax : +603.6189.0316 *Url : **www.pts.com.my* <http://www.pts.com.my/>/

/*Kumpulan Syarikat PTS:-*/
/* PTS Consultants Sdn Bhd - /Latihan & Konsultasi//
/* PTS Publications & Distributors Sdn Bhd - /Jualan, Edaran & Pemasaran//
//* /PTS One Sdn Bhd - /Kanak-kanak & Kreatif Remaja Awal//
/* PTS Millenia Sdn Bhd - /Pembangunan Diri, Kesihatan, Kekeluargaan, Islam Kontemporari//
/* PTS Professional Publishing Sdn Bhd - /Pengurusan, Bisnes, Pendidikan//
/* PTS Paperback Sdn. Bhd. - /Edisi Ekonomi
/* PTS Islamika (imprint) - /Khazanah Ilmu-ilmu Islam Dengan Wajah Moden//
/* PTS Fortuna (imprint) - /Kreatif Dewasa/
* PTS Litera Utama Sdn Bhd - /Kreatif Import/

Kirim email ke