maaf jika mail saya ni terlambat....elok lah saudara rujuk kepada ustaz sebab saya rasa saudara telah jauh terpesong dari ajaran islam itu sendiri...contoh nyer jika suami atau isteri itu murtad maka akan terputuslah tali ikatan nyer...inikan pula telah sahih dari bayi lagi telah islam nyer cukup akal dan fikirannyer kenapa pula bila dewasa perlu bertukar arah.....walaupun ia adalah adik berdik kita sendiri jika seseorang itu tidak mahu kembali ke jalan islam setelah kita pujuk maka akan terputuslah tali silaturahim antara keduanyer...wallahualam
>From: BPPNS Reply-To: [email protected] >To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> >Subject: Help Palestine [hidayahnet] Jangan sisihkan orang yang murtad >Date: Thu, 9 Nov 2006 23:29:01 -0800 (PST) > >Utusan Malaysia 10 Nov 2006. Bersama: MOHD. FARID RAVI >ABDULLAH >SOALAN : Jika seorang Muslim murtad, adakah kita harus >menjauhkan diri kita daripada orang-orang seperti >mereka. Jika orang yang murtad itu adalah abang atau >kakak kandung kita sendiri, adakah kita akan >dimasukkan neraka kerana masih bergaul dan menganggap >diri mereka seperti kakak atau abang? Bagaimana pula >jika orang itu yang beragama lain memeluk Islam. >Haruskah dia memutuskan hubungan mereka dengan >keluarga kandung mereka sendiri? > >JAWAPAN: >Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w penuh >dengan kasih sayang dan toleransi. Setelah baginda >dilantik menjadi Rasul terakhir, baginda menghabiskan >usia selama 23 tahun untuk mengajak orang kepada >Islam. > >Baginda tidak mengenal penat lelah dalam mengajak >manusia kepada Islam. Masyarakat yang menjadi sasaran >dakwah baginda mempunyai pelbagai perangai, >kadang-kadang baginda berhadapan dengan ancaman nyawa. > >Namun baginda tidak berhenti mengajak mereka kepada >Allah. Justeru, tidak sepatutnya kita menjauhkan diri >daripada mereka yang murtad, ini kerana mereka adalah >madÂ’u (orang yang menjadi sasaran) kita. Justeru kita >bertanggungjawab mengajak mereka kembali kepada agama >Islam. Usaha kita mesti disertakan dengan pengharapan >yang tinggi serta penyerahan kepada Allah s.w.t serta >diiringi dengan doa yang tidak putus-putus supaya >Allah kembalikan mereka kepada Islam. > >Yakinlah dengan Allah, kerana Allah sahaja yang mampu >memberi hidayah kepada manusia. Lebih-lebih lagi jika >yang murtad itu adik-beradik kandung, sudah semestinya >kita tidak sanggup melihat mereka berpaling dari agama >Islam yang suci ini. > >Isu orang murtad bukan sesuatu yang baru dalam dunia >perkembangan Islam kerana di zaman Rasulullah s.a.w >ada yang murtad. Pada zaman khalifah Abu Bakar pun ada >yang murtad. Hukuman orang murtad jelas iaitu bunuh, >tetapi berapa ramai yang dibunuh kerana murtad di >zaman Rasulullah dan zaman para sahabat? > >Kebanyakan yang murtad pada zaman itu adalah golongan >yang tidak sempurna imannya. Apa kurangnya zaman kita >ini? Adakah semua yang bergelar muslim itu sempurna >imannya? Jadi punca orang keluar islam ialah nipisnya >iman serta keyakinan kepada Allah s.w.t sebagai tuhan >yang berhak disembah. > >Kerja agama yang paling utama dilakukan oleh >Rasulullah ialah mengajak orang kepada Islam. >Sebaliknya, kita sudahlah tidak mengajak orang kepada >Islam, malah bertindak menjauhkan diri daripada >orang-orang yang perlukan bimbingan. > >Berceramah di masjid senang tetapi dakwah secara >perseorangan cukup sukar, perlukan kekuatan dan >keinginan yang tinggi. Lebih-lebih lagi menghadapi >orang yang murtad. > >Orang yang paling hampir kepada seseorang ialah >adik-beradiknya, maka adik-beradiklah yang lebih utama >memainkan peranan mengembalikan mereka kepada Islam. > >Ustaz tidak menafikan hukuman yang telah ditetapkan >dalam kanun syariah, tetapi ingin mengajak masyarakat >supaya menangani isu murtad dengan dengan lebih >berhemah lagi melalui dakwah, kaunseling, ziarah. >Pandangan fuqaha?juga menyarankan orang murtad itu >diberi tempoh untuk kembali ke pangkuan agama Islam. > >Adapun menjauhkan diri daripada mereka akan >memburukkan lagi keadaan dan ada pihak lain yang akan >mengambil kesempatan. Dari sudut pergaulan tidaklah >salah, kerana hubungan adik-beradik seperti air, tidak >akan putus biarpun dicincang. Persoalan mengenai >adakah apabila bergaul dengan mereka akan membawa kita >ke neraka? Jawapannya tidak. > >Ini dijelas dalam firman Allah: Barang siapa yang >berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), Maka >Sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) >dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka >sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya >sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul >dosa orang lain, dan kami tidak akan mengazab sebelum >kami mengutus seorang rasul (untuk menerangkan yang >benar dan yang salah. (al-Isra? 15). > >Apabila seseorang itu menganut agama Islam, tidak >harus dia memutuskan perhubungan dengan keluarganya >asalnya yang bukan beragama Islam. Malahan hendaklah >dia menjaga perhubungan kekeluargaan. > >Sikap yang demikian akan menjadikan seseorang yang >menganut Islam lebih dihormati dengan pilihannya. >Sekurang-kurangnya dapat meneutralkan pandangan >keluarga mengenai agama Islam. > >Sedangkan sebelum ini ada yang berpendapat apabila >seseorang itu menganut agama Islam maka terputuslah >hubungan kekeluargaan, sampai ada yang kata ziarah pun >tidak boleh. > >Dalam masalah ini kita lihat bagaimana sikap Nabi >Muhammad s.a.w dengan datuknya, pakcik-pakciknya serta >saudara-saudaranya yang lain yang bukan beragama >islam. > >Walaupun kebanyakan mereka tidak beragama Islam, >Rasulullah tetap menziarahi mereka, mendekati mereka. >Apa matlamat Rasulullah berbuat demikian? Bukankah >tujuan baginda untuk memperlihatkan kepada keluarga >baginda akan sikap toleransi dalam Islam dan sifat >kasih sayang dalam Islam? > >Akhirnya ada yang menerima Islam seperti Abu Sufyan >dan Hamzah. Lebih hebat lagi pada tahun Rasulullah >membuka kota Mekah, berduyun-duyun penduduk Mekah >menganut agama Islam. > >Mengambil diri saya sebagai contoh, budi pekerti yang >saya tunjukkan kepada keluarga menyebabkan ibu dan >abang saya menganut Islam. > >http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm > > > > > Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah > Syarak Mengata , Adat Menurut > > Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com > > > > > > > >____________________________________________________________________________________ >Yahoo! Music Unlimited >Access over 1 million songs. >http://music.yahoo.com/unlimited > _________________________________________________________________ Get your ringtones, operator logos and picture messages from MSN Mobile. http://msn.smsfactory.no/ -------------------------------------------------------------------------- **Boycott Israel**Support Palestine** All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/iperintis/ Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
