*Kereta saya dah kena tarik, apa boleh buat... tapi masa kereta saya ditarik, kereta tersebut ada di bengkel kerana mengalami kerosakan. Bila saya dapat tau dari tuan punya bengkel kereta saya dah kena tarik, saya pun ke bank berkenaan untuk mendapat kan beberapa barangan keluarga saya dan barang pribadi saya. Malangnya, kebanyakan barang berharga hilang, kad touch n go, malahan cd player dan monitor jugak habis hilang. Melihatkan keadaan kereta saya macam kereta pasang tak siap, saya nasihatkan kepada pengguna yang kereta mereka ditarik, pertama2nya jika anda hendak ambil kembali kereta anda tu, pergila ke stor simpanan kereta, buat2 nak ambil barang.... dan dari situ anda boleh tengok keadaan kereta anda sebenarnya sebelum diserahkan kembali kepada anda...*
On 11/7/06, Syahril Rizal Abd Kadir (MA) <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
saya dah post artikel ni dlm yahoogrp yg lain dulu.. bacalah semoga bermanfaat.. INFO UNTUK PEMILIK KERETA (TERUTAMANYA UNTUK ORANG POMPUAN) RAMAI YANG TIDAK TAHU RUPANYA… BACALAH… PASAL `TARIK' KERETA Sebenarkan pihak bank sendiri yang memberikan data-data (butir-butir pemilik kereta yg gagal jelaskan `installment' bulanan kereta) kepada 'geng' tarik kereta ni.. hanya dari dlm kereta dgn membawa komputer laptop, mereka dpt 'trace' everything mana-mana kereta dgn hanya menaip no pendaftaran kereta.. seluruh Malaysia.. menurut kawan saya yg buat part time jual kereta 2nd ni, sepatutnya bila installment kereta dah tertunggak 3 bulan 2 minggu baru lah bank boleh keluarkan surat tarik kereta tu.. kalau dah tertunggak 2 bulan lebih biasanya bank akan call atau hubungi kita.. bila kereta dah kena tarik, ada tempoh 21 hari (3 minggu) sebelum kereta tersebut dijual secara auction (lelongan awam). Boleh ambil balik kereta yg kena tarik tu dgn membayar kpd bank 2 atau 3 bulan installment yg tertunggak tu + `interest' (bank akan kenakan faedah harian terhadap `installment' kereta jika lewat membayar ; bank bumi 8% sehari) + duit upah tarik (biasanya RM500 - RM700) dan duit upah simpan kereta kat stor (RM10 - RM15) sehari.. kalau installment bulanan kereta anda tertunggak 3 bulan ++.. tiba- tiba anda terjumpa dgn `geng' tarik kereta di jalanan, jangan panic.. pada peringkat ini anda sebenarnya masih boleh berunding dgn `geng' tarik kereta ni.. tindakan anda.. i) minta dari mereka surat akuan dari bank yg menyatakan kereta anda telah tertunggak 3 bulan ++.. ii) biasanya mereka akan meminta anda mengikut mereka ke bank utk membayar 2 bulan duit installment kereta yg tertunggak & sedikit duit kopi utk mereka (biasanya RM250 – RM5, 6 ratus).. iii) sila telefon, minta la bantuan kecemasan 999 kat sapa2.. pinjam dulu duit kat mak cik pak cik @ sedara mara atau kawan2 office anda (jangan lupa bayar balik ; jangan malu utk bagitau keadaan anda sebenar..) Insyaallah kereta tu masih boleh diselamatkan.. SERVIS KERETA Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta.. basic servis kereta adalah i) penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak ii) cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekali air filter ni) iii) periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis century ; bateri kereta century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama) Kos basic servis di workshop Minyak enjin (20-50W) RM50 – 60 ++ Oil filter RM10-RM13 Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm caj labour) Labour charge RM15 – RM 25 Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri (contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira) Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM30 Penapis minyak (Oil filter) yg original jika proton standard baru RM8 satu.. Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi) Top up air bateri (air bateri RM1 – RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda yg lelaki tu (free je) J Labour charge – Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu.. P/S : Bandingkan kos anda.. (sebab tu la orang pompuan kena berbaik2 dgn orang lelaki nie. jangan dok jual mahal je) J TIMING BELT Adalah mustahak timing belt ditukar setiap 60000km (jenis proton standard).. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 10000km.. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali `timing belt' ini sudah berkurangan (tear & wear).. Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah..) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600 ++.. Opel frontera RM2000 ++.. kalau tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..) Sampai sini dulu nnti aku tulis lagi.. sekian semoga bermanfaat.. ------------------------------ *From:* [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] *On Behalf Of *Ramizan Ramlee *Sent:* 03/11/2006 2:53 PM *To:* Ikhwanul Muslimun *Subject:* Re: Help Palestine [hidayahnet] Penarik atau Pencuri Kereta Salam, Mereka boleh dapat informasi akaun anda daripada orang dalam yg mungkin menjual data-data tersebut. ----- Original Message ---- From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Wednesday, November 1, 2006 4:35:03 PM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Penarik atau Pencuri Kereta *Subject: * penarik atau pencuri kereta Sebagai panduan kita bersama.... Ceritanya begini semalam petang dlm pukul 5.20 petang saya dan suami serta anak sulung saya pergi ke pusat tuisyen yang tidak berapa jauh daripada rumah kami. Sedang saya berada di pusat tiusyen untuk mendaftar anak saya. Tiba-tiba jiran saya yg kebetulan mengikut kami ke tempat tiusyen tu telefon dia kata ada org nak tarik kereta. Saya pun apa lagi bergegas turun untuk melihat keadaan sebab setahu saya kereta kami baru je tertunggak dlm 2 bulan. Mereka bertiga (bangsa India) salah dari mereka sedang berbincang dengan suami saya nak KAUTIM la... nak mintak kami bayar mereka dlam RM285 lepas tu dia bagi tempoh dlm 2 minggu lagi untuk buat pembayaran tp yang menjadi pokok cerita nya ialah mereka tidak ada membawa surat dari pihak bank untuk menarik bila saya mintak surat dia kata dia akan ambil surat dari bank dan mereka juga kata kalau surat ada lagi susah tak boleh nak kautim dan kereta akan ditarik terus.. saya kata tak kisah la janji you tunjuk surat bank. Bila diorang tengok saya macam degil dia makin tak puas hati asyik dok jegil mata dia kat saya .. saya peduli apa saya terus call adik saya mintak dia carikan nombor bank.. lagi dia marah dia kata saya tak boleh call bank..nanti lagi susah .. saya kata apsal saya tak boleh call bank saya ada hak apa. Lepas tu salah seorang dari mereka berkata (dalam bahasa tamil nasib baik jiran saya tu India so dia faham la apa yg diorang cakap..) wa... ini perempuan degil nanti la tengok kita ajar sama dia. Disebabkan time dah melebihi pukul 5.45 bank kebanyakkan nya dah tak da orang tp saya tak give up saya keep on trying sambil tu suami saya mintak dia ikut ke rumah sebab kami ada banyak barang didalam kereta nak hantar balik rumah.. disebabkan tindakan saya yang degil untuk menelefon juga pihak bank mereka macam gelabah sikit suami saya suruh mereka ikut dari belakang untuk kerumah tp bila sampai di rumah .. batang hidung diorang pun kami tak nampak.. dan saya berjaya menelefon pihak bank dan mereka menyatakan tiada surat tarik yang telah dikeluarkan dan akaun saya pun bank kata ok jer.. so apalagi lepas tu saya pun buat laporan polis... geram saya sampai menggigil geram + takut la jugak tp saya beranikan diri kalau la masa tu saya tak de mesti dah kena angkut dah kereta tu.. so sekarang saya nak tanya kat you all ada yg boleh cerita kat saya dari mana diorang ni boleh dapat lubang masuk ke system bank nie... sebab sekarang nie memang dah ramai org buat kerja macam ni hanya dengan laptop aje diorang boleh acsess kat system bank dan kenalpasti no kenderaan yang ada tunggakkan. Nasib baik saya ada baca email pasal benda nie last week. Sekian. ------------------------------ We have the perfect Group for you. Check out the handy changes to Yahoo! Groups.<http://pa.yahoo.com/*http://us.rd.yahoo.com/evt=41144/*http://groups.yahoo.com/local/newemail.html> -- Internal Virus Database is out-of-date. Checked by AVG Free Edition. Version: 7.1.394 / Virus Database: 268.7.0/345 - Release Date: 22/05/2006 -- Internal Virus Database is out-of-date. Checked by AVG Free Edition. Version: 7.1.394 / Virus Database: 268.7.0/345 - Release Date: 22/05/2006 /---------------------------------------------------------------------------\ Confidential and/ or privileged information may be contained in this e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are not the addressee indicated in this Message (or responsible for delivery of this Message to such person),you are hereby notified that any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received in error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of this company shall be understood as neither given nor endorsed by this company. This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd) *Scanner Engine powered by Norman Virus Control \--------------------------------------------------------------------------/
-- nakal
