Berdasarkan video ceramah Abu Dzar yg 2siri tu dan cemuhan demi cemuhan oleh
beberapa saudara kita di internet memang menjelaskan permasalah yang berlaku di
dalam Rufaqa di bawah Abuya sendiri yakni ultra-fanatik pada Abuya.
Permasalahan byk berkisar pd sudut aqidah (agama), yg lain2 spjg yg ana kenal
org [EMAIL PROTECTED]' ni baiki akhlak mereka dlm muamalat. Cuma apabila mslh
aqidah yg goyah akan merosakkan yg lain2 kn. Maaf jika kenyataan ini mengguris
perasaan.
Dalam beberapa bulan yg lepas isu Rufaqa' ini dh ditutup yakni mereka yang
menentang pergerakan ini berlepas diri dr menyokong atau membenarkan
permasalahn yang belum selesai itu dan ada segelintir yang masih berlum putus2
menghentam (walhal ini akan menambahkan kekeliruan dan kekeruhan bukan
pencerahan).
Ana tidak menyebelahi mana2 pihak krn masing2 mempunyai kekurangan yg mn jika
kita mau menerimanya dpt kita perbaiki dpd kita saling bercakaran.
Namun demikian, kali ini melibatkan Fitrah Perkasa pula. Jika benar dakwaan ;
Mereka mencari rezqi melalui dakwah = kasihanilah mereka kerna memohon awal
balasan ganjaran mereka. Dakwah bukanlah jln nk cari mkn, dkwh adalah t/jwb
individu. Mungkin mereka menggunakan peluang muamalah sbgmn shbt r.a berniaga
utk mnjlnkn dkwh.
Membentuk jamaah serpihan ala Arqam di bwh restu kerajaan = ini bukanlah
satu ciri muslim proffesional yg diwar2kn
Berdkwh sm spt kaedah sewaktu di dlm Arqam = jika itu kebaikan berdsrkn
Quran & Sunnah maka ISLAM bukn milik Arqam/Abuya, mereka bebas melaksanakannya.
Serpihan sekalipun tidak menjadi masalah, jika benar bukankah Abuya mencthi
Nabi S.A.W dlm berjuang. Maka dia juga serpihan yakni sambunagn perjuangan utk
ummah. Tidak begitu?
Dakwaan perjuangan dgn pulangan kemewahan, kereta dsb itu adalah satu bentuk
buruk sangka pula, maka soal hati bukanlah di dalam bidang kuasa. Keikhlasan
Fitrah Perkasa hanya DIA shj yg MAHA MENGETAHUI. Semoga mrk sntiasa memperbaiki
keikhlasan di awal, pertghn n akhir perkerjaan mrk.Kita juga la.
Sejarah perjuangan Rasululloh S.A.W bukn berulang di M'sia shj bahkan kepada
stp para Daei akan menempuh berjunmpa org2 spt Abu Jahal, Abu Sufyan dsb. Ini
asam-garam berjuang = x perlulah sesama Muslim nak bermuhabalah. Bukan berdkwh
jika bersenang2 gitu.
Kejatuhan Mahathir bukan seolah2 ketulahan, lucu sungguh. Abuya tidak dpt
memberi bekas manfaat-mudhorat sesama makhluk. Ya, brgsiapa yg memusuhi para
Wali maka ALLAH isytiharkan perang baginya, nah jika ini dalilnya adakah anda
pasti Abuya itu auliya'ulloh? Atau sebab dia dizalimi pd pndpt anda maka doa
org dizalimi itu kan maqbul?
Dari sumber qotie yg mana menunjukkan anda tahu ALLAH murka? Menyebabkan
jatuhnya org itu n ini...
Kalau Fitrah Perkasa sndr mengisytiharkan mereka salaf, mengapa masih lagi
bermisai majusi dan berjanggut sejemput spt Nasaro? (ada alasan pulak ker?)
Apakah ummat ini mundur jika berjubah tidak bertali leher? Salaf bukn sekadar
kata2, tulisan gah atau motivasi di dalam hutan belantara hatta bukan kembara
yg byk menentukan salafnye sesorg itu.
Mohon maaf jika ada yg tidak berkenan di hati.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
even terlambat membacanya tapi nak respon gak...
cukup2lah menjatuhkan sebab takdir pada orang2 wahai ahli rufaqa'
kita tak tau apa yang Allah jadikan tu hikmahnya kerana apa...
cukup2lah mengkafirkan orang atau menghukum orang masuk neraka....
terlalu banyak kisah-kisah rufaqa' terkini menyebabkan saya hanya mampu
beristighfar...
Moga2 kita semua diberi petunjuk dan hidayah...
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (6)
23/06/2006
Petikan buku" Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari Mereka Terhina" yang akan
terbit tidak lama lagi. Penulis Puan Meriam Hj Ahmad Shafiee
***************************************************
Bab 4: SURAT UNTUK FITRAH PERKASA
(PAHROL, MAT SALIM, HASHIM AHMAD DAN MD NASIB)
Tuan-tuan yang didoakan,
Setelah memutuskan bahawa Abuya Ashaari Muhammad, keluarga dan jemaahnya
sesat, anda pun berjuanglah. Perjuangan pertama, terpenting yang anda lakukan
ialah untuk mengumpulkan seluruh ahli Arqam untuk disatukan di bawah pimpinan
anda. Terbayanglah diwaktu itu betapa jemaah anda akan benar-benar kuat dengan
salah seorang daripada anda akan jadi pemimpinnya dan Ashaari akan mati sebelum
mati. Tapi Allah sudah jawab persoalan ini bahawa anda gagal melakukannya.
Anda pun tubuhkan Fitrah Perkasa untuk mendidik Umat sekali gus untuk mencari
rezeki halal. Anda dapat peluang-peluang yang baik kerana mendapat restu
kerajaan untuk membangunkan Islam.
Berjuanglah anda didalam arus perdana dan bergaya baru demi menjaga hati-hati
manusia. Apa kata Allah mungkin kurang dipertimbangkan atau dipertimbangkan
dengan irama tafsiran yang baru agar anda lebih bersifat mainstream.
Namun reaksi Allah terhadap perjuangan anda nampaknya sekali lagi gagal.
Dibandingkan dengan perjuangan sebelum anda dapat jadi pemimpin kepada ahli
jemaah yang begitu taat, yang menanggung kehidupan mewah anda, boleh selalu ke
hulu ke hilir di dalam dan luar negara, berkereta mewah dan berdriver, rumah di
mana-mana boleh disinggahi, isteri-isteri patuh dan taat setia. Semuanya hanya
legenda. Mungkin anda puas atau tidak perlukan itu semua, tapi kalau dapat
alangkah baiknya bukan? Apakah rahsianya boleh dapat dan tidak boleh dapat.
Moga-moga Allah faham-fahamkan anda.
Mendengar syarahan-syarahan anda, ia kekal masih stail pemikiran gaya Abuya
Ashaari Muhammad, Islam yang tidak politik, tidak militan, tapi Islam kasih
sayang. Cuba pastikan apakah guru-guru di JAKIM membentuk anda jadi begitu atau
guru-guru dari Arqam?
Apa pun, anda perlulah sedari bahawa Allah menghina anda kerana terpaksa hidup
di atas menghina guru tapi ilmu siapa yang dicedok, mengalatkan ilmunya lebih
terhina kerana dah ramai orang tahu. Dicadangkan anda coraklah Fitrah Perkasa
itu dengan sesuatu yang sama sekali tidak meniru dari musuh anda!
Tuan-tuan yang berjuang ,
Sejarah perjuangan Rasulullah adalah sunnah terbesar rujukan utama. Bahawa
musuh baginda ialah Abu Jahal dan kuncu-kuncunya serta Yahudi yang kedua-duanya
mengaku membawa kebenaran. Mereka sesatkan Rasulullah, sedangkan Tuhan
menyesatkan mereka.
Di bumi Mekah yang dijanjikan, mereka berjuang. Perjuangan tiga penjuru yang
memaksa bangsa Arab semuanya bertanya-tanya yang mana satukah kebenaran? Allah
pun menjawablah dengan menyatakan Muhammad itulah kebenaran. Yakni bilamana
akhirnya perjuangan Rasulullah SAW berjaya menguasai Mekah dan Abu Sufian
memeluk Islam.
Di Malaysia sejarah itu sedang berulang. Di bumi yang dijanjikan begitu ramai
orang mengaku memperjuangkan kebenaran. Allah, Rasul dan orang mukmin melihat
dan menilai, keputusan di tangan Allah. Nanti Allah yang akan putuskan siapakah
yang benar-benar dari Allah yang semua orang boleh menerimanya.
Kalau begitu anda berjuanglah, tempahlah sejarah. Kami pun akan terus berjuang.
Kita akan terima keputusan Tuhan di bumi yang dijanjikan ini nanti.
Ambillah perhatian, wahai orang yang berakal, bahawa kamu semua adalah
serpihan dari perjuangan Abuya Ashaari Muhammad. Dalam sejarah, orang-orang
serpihan tidak mampu mengendali kapal sendiri. Sebab dia tidak ada kemahiran
untuk belayar dalam suasana yang berubah-ubah. Sebab dia ciptaan yang tidak
mampu memulakan, lalu bagaimana dia pandai mengakhirkannya? Tanpa menumpang
kapal tuan punya kapal, biasanya kecundang, antara kapal politik dengan kapal
kasih sayang, cuba anda telahkan mana yang selamat untuk ditumpangi?
Tuan-tuan yang gagal,
Kegagalan adalah guru yang sangat penting dalam hidup. Allah adil menggagalkan
anda dalam niat-niat baik yang anda katakan. Sebab dia akan menjawab banyak
pertanyaan.
Perjuangan kita dulu membuatkan bekas PM (Mahathir Muhammad) marah dan
tangkap. Biasalah seorang yang berkuasa marah bila kuasanya dicabar. Yang orang
hendak tahu siapa kalah? Rupa-rupanya hasil akhirnya krisis itu ialah Mahathir
jatuh dan oleh Pak Lah bebaskan Abuya dan dibenarkan buat Rufaqa. Mahathir
sungguh pelik, sekarang dia sudah terima Abuya. Bahkan saling mengirim hadiah,
yakni setelah Allah buktikan siapa yang gagal dan siapa yang benar.
Tapi mengapa anda tidak tiru Mahathir dan tidak tiru Pak Lah terhadap Rufaqa
ini? Mengapa anda mengutuskan untuk terus bermusuh dengan perjuangan yang
pernah anda cintai dulu? Kalaupun anda cukup luka hati dengannya tapi Mahathir
lagi luka hati lebih daripada anda kerana Abuya Ashaari Muhammad mencabar
diwaktu dia berkuasa. Tapi beliau tidak merajuk setelah mengetahui kedudukan
yang sebenar dan dia betul-betul mampu mengawal dirinya untuk menerima hakikat
ini.
Apa yang menyebabkan anda belum mampu menerima kenyataan? Mengapa buat kerja
yang pada ilmunya anda sangat tahu ianya satu kesalahan? Barangkali anda
perlukan doa seseorang untuk melepasi jurang yang sangat merbahaya ini! Apa
anda tidak rindu untuk berbaik dengan semua orang seperti yang diidamkan. Apa
tidak berdoa dan bermujahadah untuk pastikan anda memang dihari-hari Allah
gagalkan? Abuya Ashaari Muhammadlah yang mengikat hati-hati isteri anda yang
boleh didekatkan dan dijinakkan. Tanpa dia bukankah anda kehilangan kenikmatan
berpoligami yang indah itu?
Abuya Ashaari Muhammadlah yang mengikat hati-hati jemaah kepada anda. Tanpanya
hari ini anda kian dilupakan. Jangan-jangan isteri pun tidak ikut sebab dilihat
anda cari makan, walhal pengaruh Abuya Ashaari Muhammad jauh lebih besar dari
dulu, kalau anda tahu!
Anda berlima hari ini betul-betulkah hidup sepakat atau hidup nafsi-nafsi
pecah belah. Lahir saja setempat. Ketahuilah Abuya Ashaari Muhammad yang
mengikat kita dulu dan tanpanya anda tidak mampu lagi nampaknya. Bahkan
usaha-usaha hendak pecahkan jemaah Abuya, nampaknya anda yang pecah. Abuya
terus bersatu dengan jemaahnya yang setia. Usaha hendak di ISAkan Abuya pun
makin membuatkan anda dibenci.
Tentu anda masih ingat, apa jadi pada Akhbar Anang, pada Mokhtar Yaacub?
Bukankah hal yang sama telah berulang kepada anda? Mengapa?
Doa, sembahyang dan mubahalah telah memutuskan bahawa andalah petualang
sebenar kepada jemaah kebenaran. Bukan Mahathir dan bukan SB. Dosa-dosa yang
anda buat dalam jemaah telah mendapat kemarahan yang besar dari Allah. Lalu
dihancurkan dan dengannya anda disingkir.
Jemaah bercantum balik. Mahathir sudah boleh terima, SB sudah senang.
Kerajaan bertukar jadi Islam Hadhari dan menerima baik Rufaqa. Dan anda tidak
diizinkan Tuhan untuk kembali. Tidak sepatutnya anda keliru. Bahkan dilantik
menjadi musuh. Ini sebuah kehinaan yang sedang ditontonkan. Anda tidak mungkin
sedari semua ini. Tapi penonton-penonton filem ini telah tahu untuk membuat
kesimpulan bahawa rupa-rupanya misteri pengharaman Arqam hanyalah kisah
bagaimana Allah menghina orang-orang yang menghina orang-Nya.
Fitrah Perkasa ini mencari rezeki dengan berdakwah. Tapi pelik diatas dakwah
mereka itu tergamak mereka menghasut kerajaan (terutama SB dan Jakim) supaya
perangkap Abuya Ashaari Muhammad dan Pemimpin Rufaqa. Masa Abuya Ashaari
Muhammad dan isterinya dibebaskan, Fitrah Perkasa mengatakan tidak setujunya
kebebasan itu. Dan kemudian mereka berusaha untuk buktikan Abuya Ashaari
Muhammad hidupkan Arqam supaya dapat ditangkap lagi.
Mengapa Fitrah Perkasa takut sangat Abuya Ashaari Muhammad dibebaskan?
Kalau atas dasar sesat dan takut menyesatkan orang lain konon, rasanya tidak
sama sekali. Sebab mereka tahu kalaulah Abuya Ashaari Muhammad betul-betul
sesat, jangankan orang ramai tidak ikut dia lagi, bahkan anak-anak,
isteri-isterinya pun akan lari. Siapa mahu sesat masuk neraka? Ini bukan cerita
sesatlah!
Sebenarnya Fitrah Perkasa ini takut kalau-kalau pengaruh Abuya Ashaari
Muhammad akan menjatuhkan mereka. Sebab mereka sudah keterlaluan sangat dalam
kerja menjatuhkan bekas pemimpinnya itu. Waktu mereka buat kerja itu dulu
mereka amat-amat yakin yang Abuya Ashaari Muhammad tiada masa depan lagi.
Tak terfikir langsung oleh mereka Abuya akan bangun semula bersama Rufaqa
yang sekarang mempunyai 700 rangkaian seluruh dunia. Justeru bila Allah
mentakdirkannya terkejut besarlah mereka. Nak ikut Abuya balik sudah tak
mungkin. Sebab dah maki hamun tok guru gila-gila macam orang dah tak siuman. Al
Hasil mereka cari jalan untuk menghalang habis-habisan kenaikan Abuya.
Kalau sayalah berada dalam keadaan mereka sebagai pendakwah yang menyeru
orang kepada keredhaan Tuhan, tentulah saya akan merujuk kepada Allah dan Rasul
dengan bersembahyang hajat, bertaubat, membaiki diri, mendidik anak isteri
dengan penuh insaf, memohon agar Allah memberi jalan keluar yang paling
selamat. Bukannya bila terlajak, lajakan lagi. Walaupun sudah tahu terlajak.
Pendakwah ke macam tu? Takut nanti bawa masyarakat bukan ke jalan Allah tapi ke
jalan yang dimurkai Allah.
Cukuplah anda menyakitkan Abuya. Kitakan sudah sama-sama sakit. Takut-takut
kalau diteruskan, bukan Abuya yang hancur. Sebaliknya tuan-tuanlah Allah akan
hancurkan.
Menurut fahaman Fitrah Perkasa, Hj Ashaari sesat. Yakni terkeluar dari Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Hukumnya fasik. Aqidahnya rosak. Tapi masih Islam dan satu
kiblat dengan semua Umat Islam. Cuma aqidahnya sama dengan Syiah. Ya Allah!
Saksikanlah betapa perpecahan fahaman Umat Islam diantara satu sama lain.
Tolong satukan fahaman kami Ya Allah! Supaya selamat dari api neraka-Mu.
Abuya itu orang sufi, tarekat dan orang berjuang. Dia melahirkan orang-orang
abid dan pejuang. Dia bukan syiah, bukan Wahabi. Itu semua orang tahu. Dia ada
buat buku Bahaya Syiah. Dia ada buat buku Menolak Fahaman Menentang Mazhab oleh
golongan yang mengaku konon As Salaf. Nak mengaku siapa pun boleh. Bukti mana?
Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu ada ciri-cirinya yang boleh dikenal dengan
jelas. Bukan hanya berteori, berslogan dan berhujah dengan melulu tanpa ilmu.
Fitrah Perkasa tolong keluarkan senarai ciri-ciri yang membuktikan awaklah
kumpulan yang Allah dan Rasul itu maksudkan. Buatkan sepuluh ciri yang ada pada
kamu dan ada pada Rasulullah SAW dan ada pada para sahabat yang bersifat
maknawi. Kalau sebut pun orang tak nampak. Sebutkan cirri-ciri lahir yang
dikira hasil daripada rohaniah atau aqidah yang tepat.
Pokok rambutan tentu keluarkan rambutan. Bukti pokok itu rambutan ialah orang
tengok buahnya, daunnya, bunganya. Akar dan segala saluran-saluran didalamnya
orang tak nampak. Jadi dengannya orang tidak boleh diyakinkan bahawa dia ialah
rambutan.
Nak tahu Abuya sesat aqidah ke tidak, dilihat ciri-ciri lahirnya, jemaahnya,
keluarganya, ibadahnya, akhlaknya, ekonominya, kebudayaannya. Lebih-lebih lagi
sembahyangnya. Kaji sembahyangnya. Anda akan lihat hatinya dan aqidahnya. Kaji
melalui bukunya yang tebal-tebal itu. Buku-buku itu tersebar dalam dan luar
Negara. Nak tahu Fitrah Perkasa betul ke tak betul, lihalah ciri-cirinya
disudut-sudut yang sama jugalah. Peribadi, keluarganya, jemaahnya,
perjuangannya, disudut-sudut ibadah, minda, akhlak, pendidikan dan lain-lain.
Cuba bandingkan dua tokoh ini, disitu boleh dambil kesimpulan, siapa sesat
aqidah dan siapa pula sistem keyakinannya yang benar. Tolong diambil perhatian!
Umat Islam jangan tertipu dengan dakwaan oleh satu golongan kepada satu
golongan menyatakan sesat, karut, bohong, fasik dan lain-lain. Jalan terbaik
ajak kedua-dua golongan muzakarah, berbahas dan berhujah tertutup atau didepan
umum. Kalau nampaknya kedua-dua pihak membawa ulama dan kitab-kitab
masing-masing, dengan mudah kita boleh faham persoalan itu adalah salah faham
atau perbezaan pendapat antara Umat Islam. Allah dan Rasul memberitahu, bahawa
perbezaan pendapat diantara Umat Islam adalah rahmat. Apalagi?
Yang kita tak suka begini: kedua-dua kalau bahas, tapi kedua-dua atau salah
satu cuai sembahyang dan tak berjuangkan cara hidup Al Quran dan As Sunnah.
Yang itu dua-duanya salah. Atau salah satu bahas bukan untuk mencari kebenaran.
Tapi untuk cari makan. Agama Allah bukan makin berdaulat tapi makin tenggelam
atau hilang. Hari ini di Timur Tengah Umat Islam bertekak mempertahankan
fahaman masing-masing sampai kafir mengkafir. Tapi Yahudi terus menguasai
mereka. Moga-moga di Malaysia tidak adalah budaya samseng itu dilaksanakan.
Fitrah Perkasa cuba buat model satu sistem Islam yang tidak fasik, tidak
rosak aqidah dan tidak jahil. Sebuah system yang muktabar yang melihatnya
sahaja orang teringatkan Mekah dan Madinah diwaktu Rasulullah SAW dan para
sahabat berjuang disana. Bukan Mekah dan Madinah yang sekarang.
Dipetik dari http://www.rufaqadaily.com
---------------------------------
How low will we go? Check out Yahoo! Messengers low PC-to-Phone call rates.
---------------------------------
Sponsored Link
Mortgage rates as low as 4.625% - $150,000 loan for $579 a month. Intro-*Terms
---------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.