AKTIVITI DAKWAH * KEM Kembara Pelajar Cemerlang & Anak Solleh (Summer Camp)
musim cuti sekolah anjuran Fiqrah An Nur Training & Consultancy Siri 1: pada 25
hingga 27 November (Sabtu hingga Ahad) di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort, Hulu
Lanngat, Selangor atau layari laman web di alamat www.pangsun.com.
Siri 2: pada 9 hingga 11 Disember 2006 (Sabtu hingga Ahad) di Firefly Resort,
Bukit Belimbing, Kuala Selangor.
Kem ini terbuka kepada para pelajar dari tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Pengisian kem adalah seperti Ceramah Kemahiran Belajar (Smart Learning),
Perucapan Umum, Bengkel Smart Fardu Ain/Solat, Sesi Kembara & Muhasabah Diri.
Maklumat lanjut boleh hubungi: 012- 6254 777 (Ustaz Adimas) atau 019- 3300380
(En.Syamsul).
* UNIT Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pusat Pengajian Umum Kolej Universiti
Islam Malaysia (KUIM) menawarkan program sijil Undang-Undang Keluarga Islam dan
Masyarakat. Program ini bermula pada Semester II Sesi 2006/2007. Jangka masanya
tiga bulan.
Kelas diadakan pada Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 1.30 tengah hari. Sesiapa
yang berminat sila hubungi Mushaddad di talian 06-7988577, 019-2813112, Sapora
Sipon (012-2551656) atau Pejabat Am PPU (06-7988690) atau e-mel [EMAIL
PROTECTED] .kuim.edu.my, mushad [EMAIL PROTECTED] edu.my, sap ora
@admin.kuim.edu.my atau [EMAIL PROTECTED]
* SYUKUR EduTraining and Consultancy menyediakan perkhidmatan tutor
Iqra/al-Quran dan tajwid bagi pelajar, individu, keluarga dan kumpulan dari
rumah ke rumah bagi kawasan Taman Melawati, Taman Melati, Hulu Klang, Setapak,
Gombak, Taman AU, Setiawangsa, Shah Alam, Bangi, Bukit Mahkota dan Putra serta
kawasan-kawasan berhampiran.
Sila hubungi Syukur (019-2103267) atau layari laman web
www.syukurtraining.com dan e-mel: ruzain [EMAIL PROTECTED] .com
* KURSUS Penulisan dan Penerbitan anjuran World Assembly of Muslim Youth
(WAMY Malaysia Office) pada 25 November 2006 (Sabtu) pukul 8.30 pagi hingga 5
petang di WAMY Malaysia Office, 3402 Jalan Ampang Hilir 2, Kuala Lumpur. Yuran
penyertaan RM10. Sekiranya berminat hubungi 03-4257 4608 atau hantar SMS ke
016-966 1941
-------------------------------
ILDAS mendidik pendakwah di kalangan saudara baru Oleh ABDUL RAHMAN ANUAR
INSTITUT Latihan dan Dakwah Selangor adalah pusat dakwah yang diwujudkan
sejak tahun 1995 di pekan Sabak Bernam, Selangor yang pada mulanya dikenali
sebagai Pusat Dakwah Selangor (PDS).
Penubuhan PDS berfungsi dan berperanan dalam melaksanakan dakwah dan
pengembangan syiar Islam melalui program kursus dan latihan kakitangan Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) dan orang ramai di kalangan masyarakat Islam.
Pada pertengahan tahun 2000, PDS memindahkan operasinya ke bangunan baru di
Bandar Ilmu Sungai Lang, Sabak Bernam yang kini dikenali Institut Latihan dan
Dawah Selangor (ILDAS)
ILDAS melaksanakan pelbagai kursus dan latihan dengan mewujudkan beberapa
pusat latihan pengurusan yang bertanggungjawab menjadi urus setia pelaksanaan
kursus dan latihan yang dirancang dari semasa ke semasa.
Pusat-pusat tersebut antaranya ialah Pusat Latihan Pengurusan Am, Pusat
Latihan Pengurusan Pendidikan Islam, Pusat Latihan Pengurusan Dakwah, Pusat
Latihan Pengurusan Teknologi Maklumat (IT) dan Pusat Latihan Pengurusan Masjid.
Selain kemampuannya mengurus lebih 100 kursus dakwah dengan penyertaan lebih
10,000 peserta setahun, ILDAS terus maju mendepani cabaran-cabaran baru dalam
sebuah negeri maju dan memastikan pengurusannya lebih berkualiti melalui
pengiktirafan persijilan: MS ISO 9001:2000.
Dalam konteks mengembangkan sumbangan dan peranan dalam kerja-kerja dakwah,
ILDAS menggalas tanggungjawab baru melaksanakan program pengajian jangka
panjang khusus kepada saudara baru dikenali program Pengajian Sijil Dakwah dan
Kepimpinan (PSDK) ILDAS.
Pengarah ILDAS, Mohd. Hidayat Abdul Rani berkata, program tersebut dimulakan
pertengahan tahun lalu, apabila seramai 15 pelajar mendaftar untuk mengikuti
pengajian itu terdiri daripada saudara baru keturunan India, Cina, Orang Asli
dan Iban.
Bagaimanapun hanya 13 pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka selama tiga
semester dan dianugerahkan Sijil Dakwah dan Kepimpinan ILDAS
Baru-baru ini diadakan konvokesyen pengajian tersebut yang menyaksikan
kumpulan pertama pelajar berkenaan menerima sijil masing-masing. Majlis itu
disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd.
Adzib Mohd. Isa.
Menurut Mohd. Hidayat, untuk memastikan program Pengajian Sijil Dakwah dan
Kepimpinan ILDAS ini benar-benar mampu memenuhi matlamat pelaksanaannya satu
silibus khusus untuk pengajian selama tiga semester dirangka.
Katanya, silibus ini digunakan melalui dua kaedah pembelajaran iaitu secara
teori di dewan kuliah dan secara praktikal dengan mengadakan program
bersama penduduk tempatan dan lain-lain aktiviti berkaitan.
Penggubalan silibus pengajian ini mula dibangunkan secara bersama antara
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan ILDAS.
Selain silibus akademik, para pelajar pengajian ini diwajibkan mengikuti
program ko-kurikulum seperti membaca al-Quran, menghafaz surah lazim, kelas
komputer, kelas pengucapan awam, aktiviti sukan dan rekreasi, katanya.
Menurut Mohd. Hidayat lagi, para pelajar dibiayai sepenuhnya termasuk kos
pengajian percuma di samping perbelanjaan bulanan di tanggung sepenuhnya oleh
Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Adalah diharapkan kesemua 13 pelajar yang merupakan graduan sulung ILDAS ini
bakal mantap dan berilmu serta mampu menjadi pendakwah yang terbaik, katanya.
Sehubungan ini, ILDAS turut mengambil inisiatif jangka panjang dengan
mengadakan memorandum persefahaman dengan KUIS.
Ia antara lain membolehkan pelajar terlibat berpeluang menyambung pengajian
mereka di peringkat Diploma dan Ijazah khususnya di Fakulti Dakwah dan
Kepimpinan, KUIS.
Semoga kesemua pelajar ini mempunyai azam dan keyakinan yang jitu untuk
meneruskan pengajian mereka, dengan harapan satu hari nanti mereka akan menjadi
pendakwah yang terbaik, jelas beliau
------------------------------------------------------
Koperasi Muslimin menjana modal insan Oleh ZUNAIDAH ZAINON
KAUNTER Koperasi Muslimin di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.
---------------------------------
KEPERLUAN terhadap transaksi kewangan berlandaskan prinsip Islam mendorong
penubuhan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad pada 22 November 1980.
Koperasi yang turut dikenali sebagai Koperasi Muslimin, lahir hasil
konvensyen Persatuan Ulama Malaysia yang mencari alternatif kepada sistem
kewangan yang ketika itu masih beroperasi berasaskan kepada sistem `riba.
Penubuhannya juga bertepatan dengan kehendak Islam seperti mana firman Allah:
...Dan tolong menolong kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan
tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada
Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya. (al-Maidah: 2)
Sejak ia ditubuhkan, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman bertindak sebagai
pengerusi yang pertama selama 18 tahun diikuti Mokhtar Mohd Zain (1998 hingga
1999) dan kini diterajui oleh Abd. Aziz Che Yaakob.
Prinsip Koperasi Muslimin berasaskan kepada muamalat Islam yang diaplikasikan
melalui beberapa produk yang memenuhi kehendak syarikat iaitu Simpanan
al-Wadiah, caruman saham berkonsepkan al-Mudharabah, pembiayaan berkonsepkan
al-Bai-bithaman Ajil, pinjaman al-Qardhul Hassan dan bantuan al-Abrar.
Kesemua produk tersebut tidak melibatkan riba dan tiada unsur penindasan.
Prinsip tersebut adalah sistem yang praktikal, berdaya saing dan telah
berjaya dilaksanakan ketika pemerintahan Islam sebelum kehadiran penjajah yang
mengkucar-kacirkan dunia Islam, kata anggota Lembaga Koperasi Muslimin
Malaysia Berhad dan Pengerusi Perhubungan Negeri Johor, Prof. Madya Dr. Mohd.
Zin Kandar.
Menurutnya, penubuhan Koperasi Muslimin pada peringkat awal adalah sebagai
institusi penyimpan dan pelabur di kalangan umat Islam. Selepas 25 tahun,
peranan Koperasi Muslimin lebih signifikan apabila keahlian koperasi bertambah
kepada 37,000 anggota dan memperoleh dana serta aset modal yang besar.
Keanggotaan terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan
bayaran pendaftaran RM5. Ahli-ahli membuat caruman secara bulanan dan sehingga
kini telah menjana modal saham dan aset bernilai melebihi RM50 juta dengan
melaksanakan pelbagai aktiviti kewangan dan ekonomi berlandaskan syariat Islam.
Prestasi Koperasi Muslimin untuk lima tahun terakhir sangat
memberangsangkan. Pembayaran dividen kepada pencarum-pencarum semakin meningkat
saban tahun. Koperasi memperuntukkan sehingga RM20 juta setahun untuk manfaat
ahli-ahli yang memerlukan.
Kini, Koperasi Muslimin sudah mula meneroka bidang pelaburan yang berdaya
saing untuk terus cemerlang, jelasnya mengenai prestasi Koperasi Muslimin.
Keistimewaan yang ditawarkan kepada ahli koperasi termasuklah simpanan secara
bulanan atau tunai melalui perkhidmatan simpanan al-Wadiah. Di samping itu,
mereka juga berpeluang membuat caruman saham Ahli Koperasi melalui perniagaan
yang dijalankan oleh koperasi. Keuntungan yang diperoleh akan diberi kepada
pencarum melalui dividen tahunan.
Pembiayaan
Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan berlandaskan kepada prinsip Islam,
Koperasi Muslimin turut menawarkan pembiayaan kepada ahli-ahli yang ingin
membeli keperluan bagi tujuan persendirian atau perniagaan seperti pembiayaan
kenderaan, peralatan perabot, barangan elektrik dan hartanah melalui konsep
pembelian dengan bayaran tangguh secara ansuran bulanan (Al-Bai Bithaman Ajil).
Selain itu, perkhidmatan yang turut disediakan ialah pembiayaan perbelanjaan
menunaikan umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah. Atas prinsip saling membantu
sesama umat Islam, Koperasi Muslimin tidak ketinggalan menawarkan pinjaman
tunai tanpa sebarang keuntungan (Al-Qardhul Hassan) dan sumbangan Al-Abrar
(bantuan kebajikan) bukan sahaja kepada ahli tetapi terbuka kepada anak-anak
ahli, suami, isteri dan ibu bapa mereka.
Jika diukur dari segi keperluan, koperasi sebenarnya berupaya menjana ekonomi
masyarakat Islam dan menyumbang kepada kesejahteraan ummah sekiranya ia
dilaksanakan dengan sistematik. Walaupun gerakan koperasi di negara ini telah
lama berkembang namun tahap pengetahuan masyarakat Islam mengenai kepentingan
koperasi masih belum mencapai tahap yang membanggakan.
Kata Mohd. Zin, kesedaran koperasi perlu diperluaskan bagi memastikan
penglibatan murid-murid di dalam koperasi sekolah dapat diteruskan ke peringkat
universiti dan seterusnya menjadikan koperasi sebagai kerjaya impian pada masa
hadapan.
Cuba kita ukur antara kerjaya sebagai eksekutif bank dan eksekutif koperasi.
Tidak dinafikan, generasi muda berkehendakkan kerjaya yang glamor seperti
menjadi eksekutif bank tetapi bagaimana pula dengan cita-cita untuk menjadi
eksekutif koperasi?
Dalam konteks ini, kerjaya dalam bidang koperasi ternyata tidak menjadi
pilihan mereka. Ini kerana sektor koperasi tidak dianggap sebagai bidang yang
berprestij dan mampu menyediakan pekerjaan profesional. Penyebab utama adanya
kefahaman dan persepsi yang silap mengenai gerakan koperasi, ujarnya yang juga
pensyarah di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia.
Peranan besar
Gerakan koperasi mempunyai peranan yang cukup besar dalam pembangunan negara
selain sektor kerajaan dan swasta. Bilangan koperasi kini sudah berjumlah 4,771
dengan keahlian seramai 5.68 juta dan aset serta modal saham berjumlah RM41.72
bilion. Perkembangan ini adalah signifikan dalam konteks ekonomi dan
kesejahteraan negara. Bagaimanapun, amat dikesali kerana pengetahuan mengenai
koperasi tidak dipupuk dengan baik dan secara meluas di kalangan generasi muda.
Bagi menjadikan gerakan koperasi sebagai salah satu indikator penting untuk
menggerakkan sistem ekonomi Islam, sudah tiba masanya kursus-kursus pentadbiran
dan pengurusan koperasi diperkenalkan di universiti sama ada pada peringkat
ijazah atau lepasan ijazah. Untuk itu, kajian-kajian dasar dan perlaksanaan
koperasi perlu diberi peruntukan agar universiti dapat menjalankan kajian
dengan lebih mendalam.
Melalui kerjasama pelbagai pihak, universiti berupaya melahirkan tenaga kerja
mahir yang mampu berkhidmat dan menggembleng tenaga memajukan gerakan koperasi.
Perkara utama yang mendorong kepada keperkasaan gerakan koperasi turut
berpunca daripada pencapaian orang Melayu dalam bidang ekonomi yang belum
memuaskan. Rata-rata orang Melayu masih ketinggalan walaupun pelbagai usaha
dijalankan untuk membantu mereka berjaya dalam perniagaan dan keusahawanan.
Meneliti pencapaian orang Melayu dalam bidang ekonomi yang masih belum
memuaskan, Mohd Zin berpendapat, pendekatan koperasi adalah salah satu
alternatif yang berupaya menawarkan bantuan dari segi modal, rangkaian dan
pasaran dalam perniagaan.
Konsep kerjasama dan usaha membangun bersama-sama ahli dan komuniti yang
diamalkan adalah sejajar dengan ajaran Islam yang menggalakkan pembangunan
ummah berbanding membina kekuatan individu semata-mata.
Konsep perniagaan seperti pasar mini, bengkel membaiki kereta, kedai
telekomunikasi, pusat tuisyen, kedai farmasi dan alat tulis adalah antara yang
menjadi keperluan utama dalam sesebuah komuniti.
Di sini saya melihat, pihak koperasi memainkan peranan secara praktikal
manakala semua umat Islam dalam komuniti harus menyokong dan menjadi ahli
koperasi komuniti serta ejen yang menggerakkan kejayaan ekonomi bersama.
Pada zaman Rasulullah s.a.w., semangat kerjasama dan ukhwah sesama sahabat
Baginda jelas menggambarkan bagaimana semangat bantu-membantu dalam urusan
harian muamalat berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, ujarnya.
Beliau merujuk kepada kejayaan usahawan pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti
Abdul Rahman bin Auf dan Saidina Abu Bakar yang menjadi penyumbang kepada
dakwah dan perjuangan Rasulullah s.a.w.
Menyentuh mengenai masa depan koperasi di Malaysia, beliau berkata, ia
semakin menunjukkan perkembangan positif dengan adanya perancangan teliti di
peringkat kementerian melalui pewujudan Dasar Koperasi Negara dan usaha
penubuhan Suruhanjaya Koperasi.
Perancangan yang bakal direalisasikan itu akan membuka ruang yang lebih
kondusif kepada para koperator untuk menyerlahkan keupayaan mereka agar
setanding dengan badan korporat dan sektor swasta jika dirancang dan
dilaksanakan dengan berkesan.
Koperasi Muslimin berazam untuk berganding bahu dengan koperasi-koperasi
lain di Malaysia khususnya yang berasaskan muamalat Islam dan menggembleng
tenaga ke arah memperkasakan umat Islam dalam pembangunan modal insan. Kami
juga berhasrat untuk membangunkan Masyarakat Perindustrian Bumiputera, kata
beliau.
Bagi yang berminat menjadi ahli, sila dapatkan borang daripada Ketua Daerah
dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri di ibu pejabat atau layari laman web
www.koperasimuslimin.com.my. Ahli-ahli digalakkan mencarum secara minimum RM28
sebulan secara berterusan bagi membolehkan mereka mendapati manfaat daripada
Koperasi Muslimin.
---------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.