Kalau nak tahu kenapa Mat Rempit makin menjadi-jadi,
tanya diri sendiri. Apa sumbangan kita untuk
mengurangkan aktiviti rempit di kejiranan kita, di
kampung kita, di bandar kita ? Atau kita sebahagian
daripada ibu bapa yang bangga anak pandai membawa
motosikal walaupun di bawah umur ?
*********************************************************************************
Daripada :
Rozmal bin Malakan
No 144, Jln 6, Taman Alamanda
70450 Senawang
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tal : 012-2267406
Tarikh : 28hb November 2006
Kepada :
Ketua Bahagian Trafik
Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban
Tal : 6013222, Fax : 6012624
Tuan ,
Mohon Bantuan Pemantauan Remaja Bawah Umur Tanpa Lesen
Bermotosikal
Merujuk kepada perkara di atas adalah saya di sini
amat mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk melakukan
pemantauan terhadap remaja-remaja bawah umur termasuk
remaja sekolah rendah yang menunggang motosikal di
kawasan Senawang ini. Ini memandangkan kebelakangan
ini aktiviti sebegini semakin menjadi-jadi ditambah
pula dengan sikap ibu bapa yang sewenang-wenangnya
membiarkan anak-anak mereka membawa motosikal tanpa
lesen dan di bawah umur.
Pada Khamis 23 Nov. 2006 sekitar jam 8.30 malam anak
jiran saya yang berumur 6 tahun di No 143 telah
dilanggar lari oleh seorang remaja bawah umur yang
membawa motosikal Modenas Kriss berwarna merah. Anak
jiran saya tadi telah mengalami luka-luka serta patah
gigi.
Pada Isnin 27 Nov. 2006 sekitar jam 6.30 petang sebuah
kereta Proton Satria hitam plet no. NBP 293 dipandu
oleh seorang wanita telah mengejar sebuah motosikal
Modenas Kriss warna biru plet no. MBC 4960 dibawa oleh
seorang remaja dalam keadaan laju dan merbahaya
melalui Jalan Alamanda 6.
Malah anak saya sendiri yang berumur 5 tahun tahun
lepas telah dilanggar oleh remaja perempuan tingkatan
1 yang membawa motosikal juga di Jalan Alamanda 6 dan
telah mengalami luka dan calar seluruh badan.
Oleh yang demikian saya amat mengharapkan kerjasama
pihak tuan untuk memantau kegiatan menunggang
motosikal oleh remaja di bawah umur dan tanpa lesen
ini sebelum lebih ramai lagi anak-anak yang tidak
berdosa menjadi mangsa disebabkan kelalaian para
remaja dan para ibu bapa yang tidak bertanggung jawab.
Kerjasama dari pihak tuan adalah amat diharapkan dan
dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar ,
_____________________
Rozmal bin Malakan
s.k. :
Ketua Polis Negeri Sembilan Tal : 7682222, Fax :
7623506
Ketua Balai Polis Bandar Baru Senawang Tal :
6792222, Fax : 6792231
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
____________________________________________________________________________________
Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
http://new.mail.yahoo.com