Mufti Perlis: 'Ada ruang untuk pengkritik'             Fauwaz Abdul 
Aziz - Nov 27, 06             Eksklusif Al-Quran sendiri memberi ruang kepada 
orang ramai untuk bertanya, mempersoal dan mencabar pemimpin agama mereka 
mengenai pengajaran dan amalan agama Islam, kata Mufi Perak, 27 November 2006Dr 
Mohd Azri Zainul Abidin. 

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) kelahiran Pulau Pinang itu dilantik 
sebagai Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun mulai 1 November, menggantikan mufti 
Mat Jahya Hussin. 

Berusia 35 tahun, beliau merupakan mufti termuda. Selaku mufti, tugasnya ialah 
merangka dan membincangkan mengenai fatwa serta menasihatkan Raja Perlis dan 
kerajaan negeri mengenai halehwal Islam. 

Dalam satu wawancara, Dr Mohd Asri berkata, bertentangan dengan kecenderungan 
sesetengah umat Islam yang sentiasa reaksi negatif terhadap persoalan dan 
kritikan mengenai agama mereka, Islam sebaliknya, memberi ruang kepada 
pengkritiknya untuk menyuarakan keraguan dan hujah mereka. 

Menurutnya, al-Quran bukan sahaja mengemukakan dalil bagi membuktikan 
kenyataannya dan untuk menyokong kebenarannya, tetapi juga memberi ruang yang 
sama kepada pengkritiknya. 

“Menurut al-Quran: Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan 
kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar,” 
kata Asri. 

Beliau menyebut mengenai tindak balas keras orang Islam terhadap sebarang 
persoalan yang menyentuh agama mereka. 

“Mereka selalu bertanya, ‘Apakah tindakan yang akan kita ambil? Ini telah 
sesat! Dan seterusnya....Apa juga pandangan yang tidak sehaluan dengan mereka, 
mereka mengamok dan bukannya memberi hujah dan bukti serta menjawabnya secara 
intelektual,” kata Asri. 

Sehubungan itu, Asri berkata, cabaran terbesar ialah kemampuan memberi respons 
yang sesuai dan berkesan terhadap cabaran yang dihadapi oleh ummah (masyarakat 
Islam) – sama ada ianya di segi ideologi atau sebaliknya. 

Sesuatu idea itu, tegas beliau, apabila diperkenalkan mungkin dapat didiamkan 
untuk sementara, tetapi ia tidak boleh dihapuskan sama sekali kecuali ada idea 
lain yang lebih baik daripada yang pertama tadi. 

“Idea itu akan hidup dalam minda dan fikiran orang ramai. Jika kita mahu 
menolak sesuatu idea atau kefahaman, ia bukannya melalui penggunaan paksaan, 
tetapi melalui hujah yang lebih baik,” tambahnya. 

Sikap konservatif

Bagi menjelaskannya, Asri mengulangi pendiriannya tentang isu murtad di mana, 
menurutnya, ketegangan yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada sikap 
pemimpin agama yang mengalihkan tumpuan daripada mecari sebab-sebab mengapa 
umat Islam menjadi murtad. 

Usaha menangani persoalan, umpamanya punca murtad, jelas Asri, adalah cabaran 
yang lebih relevan kepada pemimpin agama dan Islam, daripada berdebat mengenai 
isu-isu hukuman apabila murtad. 

Menurut Asri lagi, generasi muda kini telah beralih daripada sikap konservatif 
golongan establishment agama kerana golongan ini tidak mengendahkan keperluan 
intelektual mereka. 

“Terdapat golongan dalam masyarakat Islam yang pemikiran mereka mahu dibekukan 
oleh pihak berkuasa agama yang konservatif. (Mereka mungkin) disekat daripada 
berfikir, namun mereka berfikir juga. 

“(Golongan konservatif) mahu menyumbat mulut orang ramai dan memberitahu 
mereka, ‘Jangan bercakap mengenai agama. Agama adalah hak (eksklusif) kami’, 
seperti yang dilakukan oleh geraja (Roman Katolik). Kata mereka, ‘Berhentikan 
buat apa yang kamu sedang buat dan ikut sahaja’. 

“Ini tidak boleh diterima oleh generasi muda kerana mereka tahu mereka tidak 
boleh disekat daripada berfikir,” tambahnya. 

Menurutnya, sikap konservatif seumpama itu berisiko mengalihkan orang muda 
daripada agama kepada sekularisme sepertimana yang berlaku di Eropah. Malaysia 
telah menyaksikan kemunculan dua gerakan yang Asri percaya akan menentukan 
halatuju Islam. 

“Satu adalah pergerakan Salafiyyah’; kedua, jika ia berterusan, adalah Islam 
liberal,” kata Asri. 

Tegasnya, golongan liberal mengkritik dan menentang perkara- perkara dalam 
agama yang telah ditentukan oleh al-Quran an Sunnah, manakala golongan salafis 
pula mencari dalam tajdid (gerakan kebangkitan semula) untuk menjadikan 
al-Quran dan Sunnah rujukan dalam perbincangan mengenai Islam dan berdepan 
dengan cabaran zaman moden. 

“Gerakan tajdid ini yang cuba kita bawa ialah Islam yang tulen, tetapi yang 
boleh, pada masa yang sama, berdepan dengan cabaran yang kita hadapi hari ini, 
bukan dalam bentuk konservatif yang mengelirukan generasi moden,” katanya. 

“Bagi saya, menjadi seorang Salafi ialah tentang kembali kepada fundamental 
Islam, balik kepada asasnya – al-Quran dan Sunnah. Itulah yang memisahkan 
Salafi daripada reformis yang lain,” tambahnya. 

“Gerakan Salafiyyah ini berkata kita mempunyai hak untuk berfikir, kerana 
intelektual mempunyai fungsi dalam agama, walaupun penggunaan pemikiran kita 
itu tidak boleh bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah,” tambahnya


                
---------------------------------
 Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.

Kirim email ke