Antara Melayu Islam & Melayu Malaysia Siapakah Melayu? Melayu ialah salah sebuah bangsa yang mempunyai banyak kaum di dunia dan antara yang terkenal terdapat di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura. Cebisan – cebisan bangsa Melayu terdapat di seluruh dunia namun ia hanyalah campuran dengan bangsa lain yang dikenali Melayu campur atau ‘mix’. Apakah maksud Melayu? Adakah Melayu diambil daripada perkataan ‘layu’ yang mana bangsanya yang lebih bertolak ansur dalam segala segi aspek kehidupan sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsanya sendiri. Namun apa yang ingin dibincangkan di sini ialah Melayu yang berada di Malaysia. Sebelum merdeka Melayu bersatu demi negara yang digelar Malaya semasa itu. Melayu yang asalnya ada di Tanah Melayu semasa itu hanyalah bercucuk tanam sampai di satu ketika ramai penjajah yang datang menaklukinya iaitu dari Siam, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan kembali kepada Inggeris semula. Melayu sebenarnya terus hanyut dengan jajahan – jajahan negara penakluk itu yang datang menjajah dan tak mampu berdiri sendiri sehinggalah Islam datang menjajah negeri Terengganu dan Melaka sebelum itu pada awalnya. Sistem pentadbiran Islam dilaksanakan dengan hukum agama dititikberatkan sepenuhnya namun ia tidak bertahan lama apabila Inggeris memperluaskan penguatkuasaannya dalam menguasai dunia selepas perang salib pada masa itu. Tetapi adakah Melayu sekarang sedar tentang perkara itu? Melayu sekarang telah lupa sejarah Islam ditumbangkan dengan mudah melalui anasir – anasir buruk, budaya – budaya songsang dan tipu helah yang amat halus lagi berkesan dengan perancangan yang teliti oleh pihak yang menentang kebangkitan Islam semasa itu. Melayu semasa itu telah dikenali dengan menganut agama Islam apabila dia ialah seorang bangsa Melayu tetapi adakah Melayu itu Islam sekarang? Kita kembali ke zaman sebelum merdeka yang mana di dalam penaklukan Jepun Melayu bersatu menentang kezaliman Jepun sebaliknya terpengaruh dengan niat jahat Inggeris yang ingin memusnahkan agama Islam pada masa itu. Negara dijajah dengan mudah oleh pihak Inggeris yang mana perlembagaannya terus digunapakai sehinggakan minda Melayu sekarang terus menjurus ke arah kemodenan bangsa dan arah tuju negara mengejar kemewahan dunia dengan acuan pihak barat itu. Sebenarnya Melayu sekarang bodoh masih lagi tidak mampu memikirkan masa depan sebenarnya walaupun telah merdeka 50 tahun tetapi pemikiran Melayu sekarang Melayu Malaysia masih dijajah oleh pemikiran barat yang mengagungkan kemewahan dunia dengan berselindung mahu menjaga maruah bangsa tetapi berlaku sebaliknya maruah tergadai dan anak – anak bangsa Melayu terus longlai dan hancur di bumi sendiri. Melayu sekarang seharusnya bangkit dengan membina semangat “bersatu teguh bercerai roboh”. Islam haruslah ditegakkan sepenuhnya di bumi bertuah ini dan perlembagaannya haruslah digunapakai sepenuhnya bagi membuktikan agama Islam ini adalah syumul sepanjang zaman. Melayu sekarang hanya pandai menggunakan slogan Islam itu syumul tetapi tidak mempraktikkannya seperti di dalam salah satu prinsip konsep Islam Hadhari sekarang. Kenapa Hudud tidak dilaksanakan di bumi Malaysia ini? Adakah kita gentar dengan keharmonian masyarakat majmuk sekarang? Kenapa kita tidak merasa gentar dengan hukum Allah? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pada masa itu telah mengamalkannya di dalam masyarakat majmuk berbeza agama pada masa itu iaitu agama Islam, Nasrani (Kristian) dan Yahudi. Ini berlaku kerana Melayu bodoh ini hanya ingin menjaga kepentingan diri masing – masing dengan kemewahan yang sementara yang menggelapkan mata hati melayu – melayu ini. Kenapa tidak kita bersatu mencari satu persamaan di antara tiga parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan maruah Melayu ini menjadi satu bagi membina sebuah bangsa yang berjaya di dunia dan akhirat. Bagi yang memperjuangkan agama dan maruah mungkin telah berjaya di dunia akhirat sekarang malangnya bagi yang memperjuangkan bangsa yang sanggup menggadaikan agama dan maruah hanyalah manusia bodoh memperjuangkan nilai entiti yang sementara yang tiada nilai jika dikira dari segala aspek. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah parti – parti Melayu seharusnya berhimpun mencari titik persamaan dan membuat satu deklarasi yang mana pentadbiran perlembagaan sekarang hendaklah ditukar kepada pentadbiran Islam sepenuhnya dengan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi rujukan am bagi segala aspek kehidupan yang berlaku di bumi bertuah ini. Seandainya ini tidak dilaksanakan, maka segala – galanya akan hancur menunggu Hari Kebangkitan yang bakal tiba. Kemusnahan – kemusnahan akan terus berlaku sehinggalah Allah akan menurunkan bala bagi menyedarkan makhluknya yang mereka itu adalah ciptaannya semata – mata. Tiada lain hanya sebesar zarah umpama sebentuk buih dalam seluas lautan di dunia ini. “Dan berpesan – pesanlah kamu kepada kebenaran.” “Dan berpesan – pesanlah kamu kepada kesabaran.”
----- Original Message ---- From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Sunday, 26 November, 2006 10:18:07 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Antara Melayu Islam Dan Melayu Malaysia Perlukan NGO2 Islam bergabung mencari tandatangan sebanyak 7 juta penduduk Malaysia utk dibuat memorandum agar Malaysia merombak undang2 perlembagaan dengan menggantikan undang2 hudud berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta. Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
