Saudari, Saya memberi pendapat mudah..bercinta tak diharuskan lama-lama, tetapi berkahwin adalah diharuskan. Dalam hal ini tanya terus terang pada lelaki itu betulkah dia cinta dan sanggup kahwin. kalau sudah cinta dan sanggup mengambil saudari sebagai isteri maka selesailah masalah. suami berkahwin dua adalah diharuskan, tetapi bercinta keluar ke sana ke sini tanpa orang lain adalah haram. Cuba jauhi dan jangan jadikan amalan kerana banyak buruknya. Cinta itu mesti dipupuk dan dipandu dengan iman dan Islam. Tanpa iman dan Islam kita hanyut dibawa arus nafsu dan ajaran karut.
Untuk mencari seorang isteri adalah sukar, tetapi kekasih sementara untuk suka-suka tidaklah sesukar mana. Jangan anda jadi mangsa sudahlah. Ikhlas saya katakan saya juga bercita-cita mencari seorang lagi isteri. Isteri pertama saya telah izinkan, saya ingat ketika saya lulus masters dulu,dia lafazkan keizinan itu, tetapi sehingga kini dah lulus Ph.D pun belum saya jumpa calon isteri. calon isteri bagi saya amat sukar dicari kerana ianya mahu sehidup semati akan bersama sehingga ke shurga firdaus. Tapi kalau nak suka-suka besok pun agaknya saya boleh cari. kalau dah betul suka dan sanggup bincnglah soal kahwin dan bukan main-main. Itulah jalan agama dan yang terbaik. Jangan bermain dengan hukum: yang haram itu pasti buruk, yang halal itu pasti baik. Yang kita cari adalah keredhaan Allah; Hidup didunia tidak lama, akhirat jua yang kekal abadi. Wassalam. ____________________________________________________________________________________ Yahoo! Music Unlimited Access over 1 million songs. http://music.yahoo.com/unlimited
