Dah berpuluh tahun kita merdeka dan orang Melayu/Islam punya kebebasan
mencorakkan masyarakat melalui media massa yang mereka kawal.
Sekarang kita dapat lihat hasil daripada pembentukan budaya beragama yang
dibawa oleh media massa ini. Penghayatan agama Islam yang kelam kabut.
Cuba perhatikan akhbar Utusan Malaysia contohnya.
Selain dari ruangan hal ehwal agama, mereka juga ada ruangan untuk gambar
gambar wanita yang cun-cun belaka yang berpakaian seksi. Cerita cerita artis
kahwin dgn siapa, merajuk dgn siapa, cuti pergi mana, semuanya ada dimuatkan
didalam akhbar itu. Tak lupa dimasukkan juga cerita cerita tahyul dan khurafat
kerana orang Melayu sangat suka kepada kisah tahyul dan khurafat ini.
Inilah jenis agama yang dibawa oleh mereka yang berkuasa dan berpengaruh.
Jadi tak hairanlah kita lihat hari ini jenis Islam yang diamalkan adalah jenis
rojak.
Merujuk kepada Quran dan sunnah tidak sekali kali, melainkan hanya ucapan
dibibr sahaja untuk menyedapkan para pendengar dimajlis majlis atau didalam
ucapan.
>>> Brother Nawawi 04/12/2006 13:23:55 >>>
Janganlah Campur-campur, Kerana AGAMA BUKANLAH ROJAK!
As-salaamu 'alaikum*
Sejak dulu lagi aku nak ulas benda ni. Em, sekarang kampus mana-mana IPTA pun
sedang bercuti. Jadi, aku pun turut sama bercuti. Cuma aku belum balik ke
kampung je. Aku tinggal kat rumah kawan aku jap. Aku lepak-lepak dengan
kawan-kawan yang dah bekerja ni.
Em, apa pun bukan itu persoalannya. Ok, ceritanya* Bila time cuti-cuti macam
ni, aku pun berpeluanglah untuk menonton TV, coz ada masa yang terluang
walaupun tak banyak. Tadi malam aku tengok mentor (di TV 3, jam 9.00 mlm). Dan
sebenarnya isunya bukan sahaja pada mentor, malahan kebanyakan drama TV, filem,
dan lain-lain rancangan TV. Dan jika diluaskan skopnya, bukan juga terhad
kepada rancangan di TV, malahan di sekitar aktiviti kawan-kawan aku sendiri.
Ok, isunya ialah persoalan penyalahgunaan perkataan atau kalimah suci
zikirullah. Isu ni cukup menyedikan aku. Coz, mereka seolah-olah sedang
mencabar ALLAH dan merobek kesucian Islam. Em, Kalimah yang aku maksudkan
adalah seperti:
Alhamdulillah*
Astaghfirullah*
InsyaALLAH*
Na 'Uzubillah*
Bismillah*
Dan mungkin banyak lagi yang lain-lain malahan isu kubur dan al-Qur'an pun
disalah gunakan. Sebagai contoh tadi malam, salah seorang 'protégé' mentor
telah menyelitkan satu segmen khas 'menziarahi kubur' bagi mengisi slot Mentor.
Aku pun tak tau apa motifnya. Dari segmen (Mentor) yang berunsurkan ntah
apa-apa tu, yang mana amat jauh dari batas element Islam, tiba-tiba diselitkan
satu element yang berbentuk kesedihan. Di-adun dengan lagu dan lakonan yang
menggambarkan kesedihan. Adalah slot tu memakan masa lebih kurang 3 ke 4 minit.
Tapi, peliknya tak pulak menimbulkan keinsafan kepada mereka. Lepas tu, jadi
macam biasa jugak* Maksudnya, mati langsung tidak mengingatkan mereka supaya
bertaubat dari kerja-kerja mereka.
Baiklah, berbalik kepada isu kalimah tadi. Em, banyak artis-artis kita
mahupun dari kalangan masyarakat kita sewenang-wenangnya menggunakan
kalimah-kalimah tadi untuk perkara-perkara yang telah jelas haram. Sebagai
contoh, dalam satu slot drama yang berpeluk-pelukan atau setidaknya berpegangan
tangan. Kemudiannya mereka berlafaz janji, 'InsyaALLAH kita pasti bahagia'...
'InsyaALLAH kita akan kahwin'... selain dari itu, yang mana biasanya kita lihat
pula di dalam suatu anugerah industri muzik atau perfileman mereka. Mereka
seringkali mengucapkan (melafazkan), 'Alhamdulillah... Syukur... Allah murahkan
rezeki' tatkala menerima anugerah. Padahal apa yang mereka lakukan tu adalah
jelas salah disisi agama. Mana mungkin kerja-kerja haram, disusuli dengan
kalimah kesyukuran Alhamdulillah. Sepatutnya mereka melafazkan kalimah taubat,
dan segera meninggalkan kerja haram itu.
Ada yang bertanya, kenapa pulak haram? Jawabannya, dalam kerja-kerja lakonan
dan bidang nyanyian, mereka sebenarnya bukan sekadar berlakon, malahan
melakukan perkara yang jelas haram. Berikut saya nyatakan 3 daripadanya:
Berpegangan tangan, dan berpelukan di antara lelaki dan wanita. Hal ini
jelas haram di sisi agama. "Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang
lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur
daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal
baginya." (Hasan: Hadis daripada Abi Umamah radiallahu 'anhu, dikeluarkan oleh
al-Thabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir)
Sengaja mendedahkan aurat. Dan paling teruk, sanggup menjadikan auratnya
sebagai bahan pelaris atau sumber kewangan mereka. "Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan auratnya kecuali
kepada mahramnya" (an-Nuur (24): 31), Rujuk juga al-Ahzaab (33): 32 & 59)
Sengaja menimbulkan syahwat di kalangan penonton awam dengan pelbagai aksi
yang menghairahkan yang mana kebiasaannya dilakukan oleh artis wanita (tidak
kira samaada di TV atau di media-media cetak). Em, tak mustahillah (tak
hairanlah) masyarakat kita jadi longlai dan budaya seks bebas serta kes rogol
meningkat. "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (al-Isra' (17: 32),
"... Berjayalah... orang-orang yang menjaga kemaluannya (syahwatnya)...
(al-Mukminun (23): 1-5)
Saranan aku kepada mereka, hentikanlah perbuatan menghina ALLAH dan Islam.
Janganlah kamu cuba walaupun sekali-kali mencabar batasan yang ALLAH hadkan
itu. Perbuatan kamu hanya mencemarkan nama Islam dan lebih sedih, sebenarnya ia
menghancurkan aqidah kamu sendiri. Dan paling teruk, sebenarnya kamu sedang
mencabar ALLAH.
Kamu melakukan benda yang haram, tapi kamu ucap syukur. Kamu melakukan kerja
yang haram tetapi kamu berdoa supaya ALLAH mengizinkan kamu berjaya. Kamu tau
kerja yang kamu nak buat tu haram, tapi kamu ucap nama ALLAH, seolah-olah nak
perli ALLAH (nak cabar ALLAH, seolah-olah kamu tidak takut dengan larangan
ALLAH)! Apa semua ni? Hentikanlah!...
Perumpamaan kamu sebenarnya tidak jauh berbeza seperti:
Seolah-olah kamu mencuri ayam, kemudiannya bila kamu nak makan, kamu sibuk
nak sembelih. Padahal, ayam tu tetap jugak haram kerana datang dari hasil
curian.
Ataupun, kamu beli makanan dengan duit rompakan, tiba-tiba masa nak makan,
kamu mulakan dengan Bismillah... (siap baca doa lagi...)
Em, kamu sensitif (melenting) bila dihidangkan dengan babi sebagai makanan
(rujuk isu sosej, dan makanan yang dicampur dengan material khinzir), tapi
kenapa kamu tak sensitif dengan sumber kewangan kamu yang bercampur aduk tu?
Padahal yang haram tetap haram... sama saja kes nya, cuma berbeza situasi.
Apakah hanya tinggal babi sahaja yang haram?
Em, Carilah kerja yang baik-baik...
Akhir pena dari aku, renungilah terjemahan maksud bebarapa ayat ini:
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil (mungkar) dan
janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (al-Baqarah
(2): 42)
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang
khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari
(perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan
zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya... (al-Mukminun (23): 1-5)
Bersegeralah kepada Taubat:
Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang
mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan
segera (setelah menyedarinya), maka mereka itulah yang diterima Allah
taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa' (4): 17)
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan
kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka,
(barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak
(pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran.
Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (an-Nisa' (4): 18)
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap
dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada
Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka
mengetahui. (Ali Imran (3): 135)
ALLAHU 'alam...
@Brother Nawawi...
+60126887715
YM: [EMAIL PROTECTED]
MSN: [EMAIL PROTECTED]
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.