Renungan Untuk Memujuk Hati ::..


 

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang
betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan
hikmah di sebalik pemberian tersebut. 

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi
lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan
yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan
berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang 
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita
kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang memberi seseorang .Seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta
sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak ,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma
mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil
masa sepanjang hidup 
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut,
carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan
sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat
hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda
teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan
sebenar.
Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin
anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki
satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin
anda lakukan. 

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda
kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan
yang cukup untuk membuatkan anda bahagia . 

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya
menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam
hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. 

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka ,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup mereka. 

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan
masa silam. 

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis. 


-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Behalf Of [EMAIL PROTECTED]
Sent: Wednesday, 06 December, 2006 6:06 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Re: pendapat bcinta dengan suami org



Salam semua,

Saya ada pengalaman utk dikongsi bersama berkenaan dgn remaja yg 
bercinta dgn suami saya sendiri....Maaf bukan nak buka pekung didada 
atau memburukkan org lain tp sekadar berkongsi pengalaman....
Suami beritahu sy dia ingin menikah tatkala sy baru melahirkan anak 
yg ke9 (tapi 3 keguguran). Sy ingat suami hanya bergurau tp ternyata 
benar...sbg manusia biasa yg tak cukup kuat iman dan taqwa sy marah 
krn: (1) suami tiada perasaan belas kasihan pd anak2 yg masih kecil 
(berumur 1 thn dan 2 thn)yg tentunya perlukan belaian & perhatian dri 
ayah & ibu (2) suami belum menepati ciri2 suami soleh & bertaqwa 
terutama dr segi solat, bimbingan rohaniah kpd anak2 yg dah remaja 
(17 & 16)(sudah tentu tidak beriman bilamana sy terjumpa bil h/p 
beratus2 utk sms (pd tgh malam) dan bertelefon, keluar makan/shopping 
berdua2an (3) kemampuan suami utk menyara keluarga (4) perhatian yg 
akan diberi sedangkan pd masa skrg pun selalu terpaksa balik jauh 
mlm, sabtu dan kadang2 ahad berkerja (bayangkan kalau dah ada 2 
rumahtangga1) (5) suami tidak mahu berterus terang dan memujuk saya 
serta melahirkan suasana yg tidak kondusif dimana suami tlh 
merenggangkan hubungan kami dgn tak tidur sebilik, tidak 
bertegursapa! 
Perkataan yg keluar dr remaja tersebut (umur 21 thn) bila saya 
bertemu dgnnya dan minta dia fikirkan kembali niat mereka 
adalah "BUKANKE BERDOSA TIDAK BENARKAN SUAMI BERKAHWIN LAGI?" Remaja 
ini baru kenal dunia dan belum lg menghadapi kesulitan dlm alam 
rumahtangga begitu mudah menuturkan kata2. Pendek cerita suami buat 
permohonan poligami ke mahkamah dan mahkmah ty samada sy izinkan 
suami bernikah, tanpa teragak2 sy kata "tidak" suami bantah dan 
berkata saya dah izinkan..(mmg sy izinkan sbb tidak mahu mereka 
terus2an terlibat dgn maksiat!) tp hakim berkata izin isteri tak 
perlu tp mahkmh nak lihat kemampuan dan kelayakan suami terlebih 
dahulu...mahkmh suruh suami ambil peguam jika ingin teruskan..pd 
bicara yg seterusnya suami tarik balik permohonan krn tak dpt 
memenuhi permintaan hakim...Dgn penarikan tersebut sy berpndpt suami 
akn berubah atau setidak2nya akn lebih beriman lg namun belum jd 
kenyataan. bila sy bertanya ttg status dgn remaja trsbt suami kata 
dah tak ada apa2 hubungan dan sy ingin percaya. Tapi pd minggu lepas 
kwn sepejabt remaja tersbt beritahu sy remaja tersebut pakai seluar 
kerja suami sy! terkejut sy! kalau benar tiada apa2 hubungan knp 
pakai seluar kepunyaan suami sy? sy bersemuka dgn suami dan minta 
beliau berterusterang, kalau masih ingin teruskan nikahlah dgn remja 
tersbt tp buat perjanjian yg beliau akn bertanggungjwb trhdp anak2 yg 
6 org ini! mulanya suami tak ngaku ada beri seluarnya pd remaja 
tersbut tp akhirnya ngaku sbb mmg betul (ini disahkan oleh remaja 
tersbt bila sy telefon dan bertya!) terusterang sy tak menentang 
hukum Allah sbb suami kata kalau ttg poligami samalah menentang hukum 
Allah tp sikap suami yg tak berterusterang dan mengambil pendekatan 
yg berhemah tambah lagi sikap remaja tersebut yg kurang ajar pd org 
yg lebih tua (jarak umur 20 thn antra suami, saya dan remaja 
tersebut) hingga pd suatu ketika remaja trsbt suruh sy cermin diri sy 
kenapa suami cari lain dan suami juga kata sbg kifarah trhdp apa yg 
sy lakukan...Apa yg sy lakukan?...klau rumah sy tolong byr, pakaian, 
buku sekolah anak2 sy byrkan, checkup & bersalin sy keluarkan belanja 
mshkah tidak terfikr pengorbanan yg isteri lakukan utk suami (sdgkan 
suami dlm masa 18 thn berumhtangga hanya 3 x beliau belikan sy 
pakaian)agak2nya pernikahan ini berdasarkan cinta atau ketaqwaan kpd 
Allah? 

--- In [EMAIL PROTECTED] <mailto:hidayahnet%40yahoogroups.com> ups.com,
hana nie wrote:
>
> assalamualaikum...
> 
> minta laluan TM plz hide my id..tq
> 
> salam ukhwah kpd saudara/i dalam ruangan ini. mohon maaf andai 
mganggu kalian semua..terdahulu sy pernah mceritakan kisah sy ada 
hubungan dgn suami org..teman2 di ruangan ini telah menasihati saya 
supaya memutuskan hubungan tsebut..atas dasar tsebut sy memutuskannya 
walaupun bukan dgn kerelaan dia dan sy sendiri..tp semuanya sy tpaksa 
bkorban demi utk kebahagiaan org lain..skrg sy dan dia hanya sekadar 
kwn biasa...walaupun episod cinta sy dgn dia sudah berakhir namun 
cinta baru yg hadir dalam hidup sy juga merupakan suami org..saya 
t'tanya2 pada diri sy sndiri mengapakah sy tpaksa hadapi dugaan ini 
utk kali yg ke-2?..utk pengetahuan kalian dia tua sethn dari 
sy..umurnya masih muda (25 thn)sebab itu sy rasakan dia belum 
bkahwin..setelah disiasat rupa2nya dia mmg sah bstatus suami org dan 
merupakan ayah kpd seorang baby..mengucap pnjang bila sy mengetahui 
statusnya..sy mohon memutuskan hubungan dgnnya tetapi dia merayu2 dr 
sy..sy off hp dia call opis..bila call opis mbr yg
> angkat mengatakan sy xde kat opis dia amik keputusan tunggu depan 
rumah..sy xtau apa nak lakukan lg..akhirnya sy mengalah dgn 
kesungguhannya sehinggalah ke hari ini sy masih bhubung dgn dia..utk 
pengetahuan semua, 2 bln yg lepas wifenya ditukarkan ke kg halaman di 
timur semenanjung tanahair. hubungan sy dgn dia ibarat pcintaan dara 
dan teruna yg tidak mpunyai sbrg masalah walau kadangkala isterinya 
menelefon atas sms dia ketika sedang borak2 di kedai atau di restoran 
btanya di di mana dan buat apa..sy dah tbiasa dgn keadaan itu dgn x-
bf sy yg tdahulu so sy tiada sebarang masalah bkaitan itu..dia tidak 
pernah m'abaikan tjawab kpd anak dan isteri kerana setiap hujung mgu 
dia akan blk ke kg..entahlah, sy bingung dgn hubungan sy dgn dia. sy 
tidak tahu mcmana nak mhadapinya. skrg ni dia on da way blk kg utk 
mbawa wifenya dtg kl kerana wifenya bcuti selama sminggu sementara 
menguruskan keje2 yg masih ttinggal di opisnya dahulu. dia sentiasa 
akan mberitahu sy walau ke mana pun
> dia pergi dan akan meminta pndangan sy dlm setiap apa jua hal 
sekalipun..itu mbuatkan sy jatuh hati pada dia.. APAKAH SALAH MCINTAI 
SESEORANG YG BGELAR SUAMI ORG? sy tahu mmg pedih jika sy berada di 
tempat isterinya..tp mcmana harus sy lakukan? sy mohon pandangan dn 
pendapat kalian utk yg ke-2 kalinya. sekian wassalam..
> 
> "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu 
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, 
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"( Al-Baqarah 216 )
> 
> 
> ---------------------------------
> Sponsored Link
> 
> Degrees for working adults in as fast as 1 year. Bachelors, 
Masters, Associates. Top schools
>



 

Kirim email ke