Dengan nama Allah...
   
  Assalamualaikum...
   Selama ini saya hanya membaca sahaja semua catatan, luahan hati  dan buah 
fikiran yang telah dipaparkan mengenai masalah yang diutarakan ini. Namun hati 
yang selama ini tak pernah terfikir untuk berbicara di sini tiba-tiba terbuka 
untuk berkongsi tanpa sebarang agenda tertentu, hanya mungkin menambah sudut 
kacamata yang sedia ada. Terima kasih pada siapa sahaja yang sudi membaca.
   Saya juga pernah bercinta dengan seorang yang telah beristeri dan anak satu 
berusia 6 tahun pada waktu itu. Biar saya namakan insan ini sebagai A. Beliau 
tidak pernah menyelindungkan status dari sesiapa termasuk saya yang baru mula 
berkhidmat di tempat yang sama ketika itu. Pemangkin kepada kisah bibit cinta 
kami ialah hakikat yang beliau selalu membujang sepanjang hari bekerja, hanya 
pulang berjumpa keluarga setiap hujung minggu kerana faktor jarak perjalanan 
yang jauh sementelah isteri beliau juga bekerja. Beliau cuma seorang pemandu 
dan saya pula salah seorang tenaga pengajar di institut itu. Satu sebab yang 
hadir dari pihak saya pula ialah hakikat bahawa baru ditinggalkan kekasih 
pertama setelah berkasih selama 4 tahun. Boleh dikira frust menonggeng juga. 
Kebetulan cerita mudah tersebar di institut itu sehinggakan pengetua juga 
ketahuan. Apatah lagi A yang mempunyai masa lebih senggang dari bos kami itu. 
Jadi dengan perasaan asal simpati beliau telah cuba mendekati
 saya dan membangkitkan semula semangat yang hilang. Tanpa detail, 
kesimpulannya kami telah saling terjatuh cinta kemudiannya tanpa dapat 
ditahan-tahan. Percayalah, saya banyak kali mencuba mengelak hal ini.
   Kami sangat rapat selama lebih kurang enam bulan hinggalah kami ditakdirkan 
pula bertukar tugas masing-masing ke tempat lain. Telah banyak yang berlaku 
termasuk pandangan serong masyarakat terhadap kami. Pening juga memikirkan 
namun hati terus begitu.
   Namun sedikit demi sedikit kami berdua seolah-olah berjaya merenggangkan 
diri masing-masing. Saya mencuba menerima beberapa orang lain. Pernah saya 
mengambil bahagian dalam perbincangan hingga ke rancangan perkahwinan saya dan 
dia (kini bekas kekasih terbaru). Namun, percaya atau tidak, pabila teringatkan 
saja (disulami rindu yang memuncak) pada A saya terus mengetahui yang saya 
takmungkin dapat teruskan. Jadi, kami berpisah. 
   Banyak yang telah saya lakukan sebagai usaha melupakan A. Solat istikharah 
juga. Tak tahu apa yang boleh dijadikan panduan, yang pasti saya tahu dengan 
pasti, saya amat mencintainya. 
   Terbaru, beliau kebetulan ada tugas di daerah saya. Katanya nak bertemu. 
Jadi saya fikir, apalah salahnya setelah 5 bulan tak bertemu atau berhubung. 
Lagipun saya sudah berkeputusan untuk berterus-terang pada kali ini, namun 
hanya sebagai SAHABAT. Pertemuan sejam kami waktu lunch hour di restoran 
membuahkan perbincangan yang amat mengejutkan A. Beliau sangka selama ini sy 
kuat dan berjaya melupakan dia. Saya lega kerana meluahkan tapi saya tidak 
harapkan apa-apa dari A. Mungkin pembaca tidak percaya. Normallah tu.. Saya 
tahu.
   Kini, semua yang saya terfikir sebagai ikhtiar telah saya lakukan. Dan saya 
begitu tenang tentangnya. Sungguh saya berasa tenang. A berjanji akan hubungi 
jika ada idea untuk membantu tapi telah 2 minggu berlalu tanpa sebarang pesan. 
Namun saya tak kisah. Saya sungguh-sungguh berharap A bahagia, selalu 
mendoakannya dilindungiNya dunia akhirat dan saya bahagia mengingatinya. Tak 
tahu bila saya akan dapat menerima yang lain. Tapi setiap kali merindui A 
(memang selalu) ia selalunya membuahkan senyuman. Tak perlu telefon, beliau tak 
tahu komputer (jd, no ym, no e-mails). Cuma ingatan, hanya ingatan.
   Dari beranak seorang, kini mereka dah ada 2 dan sorang lagi dlm masa 4-5 
bulan, InsyaAllah. Gembira saya dengar mereka bahagia, tidak cemburu. Masakan 
saya sanggup mengahwini A jika itu akan buat isterinya terluka. Perkara 
terakhir yang saya akan lakukan ialah berdiri megah di atas sengsara yang lain. 
A pernah unjukkan hasrat itu beberapa kali kerana terlalu kagum akan keserasian 
dan chemistery kami dalam cinta tapi saya menolak. Saya tak salahkan sesiapa. 
Takdir saya menyintainya, tak terbanding walau dengan cinta pertama dulu, .... 
Subhanallah, tapi saya masih ingat Tuhan, dan saya juga percaya hukum karma.
   Mungkin inilah yang dipanggil "Cinta tak semestinya bersatu". Seperti jua 
hukum takdir yang lain, kita tak dapat lari jikalau ditakdirkan jatuh cinta 
pada seseorang, walau macam mana sekalipun. Mula cinta, penghujung 2002 tika 
umur saya 24 tahun dan A, 30 tahun. kini, masih merah cinta itu, walaupun telah 
hampir 4 thn berlalu. Tiada hutang padanya terhadap saya, saya juga maafkan 
semua kesilapannya. Saya juga turut mengenang sikapnya yang budiman, sifat 
kemelayuan yang tinggi itu. Saya amat mengenalinya, seorang suami yang baik, 
jua ayah yang penyayang, walau bersijilkan SPM, A ternyata seorang yang panjang 
akalnya berbanding dengan beberapa kenalan lelaki saya yang berijazah dan 
sebagainya. Saya redha dengan segalanya sebagaimana saya tenang menikmati 
setiap detik merinduinya..
   Kini, entah untuk apa, saya paparkan pula di sini. Jikalau ada yang ingin 
komen, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Baik atau tidak, atau takdepun, 
saya tak kisah. Dan untuk saudari Hana, saya memang tak dapat memberikan 
sebarang komen. Cuma, mainkanlah peranan kesabaran dalam apa jua hal. Itu yang 
dapat saya pikirkan. Sekian,
  Wassalam.
  

"Hanafiah Saad (Kuala Lumpur)"@yahoo.com wrote:
              Setelah sy lihat pelbagai pendapat telah disampaikan, sy ingin 
memberi sedikit cadangan agar saudari memohon pertolongan dan petunjuk terus 
dari Allah…
  Saudari dirikan solat taubat, solat hajat dan solat istiharah memohon 
petunjuk dari Ynag Maha esa lagi Maha Mengetahui,  Allah Subhanahuwata’ala.
  Sesudah mendapat petunjuk, buat keputusan seperti yang Allah tunjukkan, 
mohonlah sebanyak2nya kepada Allah, insyAllah saudari akan mendapat jawapan dan 
jalan yang terbaik….
  
  Wallahua’lam. 
  
      
---------------------------------
  
  From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of Mira 
W ahmad
Sent: Wednesday, December 06, 2006 10:34 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] pendapat bcinta dengan suami org

  
          Wa alaikum salam wrm wbt.

    mula2 malas nak coment tapi..

    cam ne pun bagi saya, saya setuju dng pendapat ini, 

    nikah lah cepat2. Yang penting Hana yakin dia 

    lelaki yg baik. sebabnya?? sebabnya semua ada risiko

    kawin suami orang ke, tak kawin  suami orang ke?

    yang penting sedapat mungkin wujudkan bahagia

    dengan apa yg kita ada dan keadaan  kita.

    tapi mesti ingat! bila dah poligami hati  mesti kawal,

    jangan tamak. Sayangkan suami, jangan bebani fikiran

    dia dengan perkara remeh2, jangan ada rebut2

    nanti baiti jannati jadi lain pulak..

    tu je..

    wasalam. 

    
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

        Assalamualaikum semua,
nak tumpang sekaki tentang pendapat nie.Saya sarankan
cik hana kawinlah dgn dia.Moga Allah memberi rahmat di
dunia sehinga ke akhrat.Setelah berkawin ikut lah cara
hidup islam.Jangan ikut apa orang kata ikut Allah
kata.Islam membenarkan lelaki berkawin lebih dari satu
tak jadi masaalah.Hidup di dunia untuk beribadat
kepada Allah.Dalam islam takde istilah " suami Orang "
itu istilah orang Melayu.Jika Allah benarkan go
on.Para sahabat dulu kawin lebih dari satu......

--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> Kepada cik hana:-
> 
> pendapat ikhlas dari saya yg bergelar isteri orang
> ni...anda lupakanlah bf yg bergelar suami orang
> tu....jangan menyeksa diri anda dan
> keluarganya...fikirkan kemudian hari...jgn fikirkan
> keseronokan duniawi semata2...yg hanya sebentar
> cuma...
> 
> Semoga satu hari nanti Allah akan menentukan jodoh
> yang terbaik untuk anda. memandangkan usia yang
> masih muda lagi, adalah lebih baik anda isi masa
> terluang dengan perkara yg berfaedah...dekatkan diri
> kepada Allah....dan jauhkan diri dari perkara2 yang
> mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.
> 
> Wassalam
> 
> 
> ----- Original Message ----
> From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
> Sent: Monday, November 20, 2006 10:39:35 AM
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] pendapat bcinta
> dengan suami org
> 
> assalamualaikum. ..
> 
> minta laluan TM plz hide my id..tq
> 
> salam ukhwah kpd saudara/i dalam ruangan ini. mohon
> maaf andai mganggu kalian semua..terdahulu sy pernah
> mceritakan kisah sy ada hubungan dgn suami
> org..teman2 di ruangan ini telah menasihati saya
> supaya memutuskan hubungan tsebut..atas dasar tsebut
> sy memutuskannya walaupun bukan dgn kerelaan dia dan
> sy sendiri..tp semuanya sy tpaksa bkorban demi utk
> kebahagiaan org lain..skrg sy dan dia hanya sekadar
> kwn biasa...walaupun episod cinta sy dgn dia sudah
> berakhir namun cinta baru yg hadir dalam hidup sy
> juga merupakan suami org..saya t'tanya2 pada diri sy
> sndiri mengapakah sy tpaksa hadapi dugaan ini utk
> kali yg ke-2?..utk pengetahuan kalian dia tua sethn
> dari sy..umurnya masih muda (25 thn)sebab itu sy
> rasakan dia belum bkahwin..setelah disiasat rupa2nya
> dia mmg sah bstatus suami org dan merupakan ayah kpd
> seorang baby..mengucap pnjang bila sy mengetahui
> statusnya..sy mohon memutuskan hubungan dgnnya
> tetapi dia merayu2 dr sy..sy off hp dia call
> opis..bila call opis mbr yg
> angkat mengatakan sy xde kat opis dia amik
> keputusan tunggu depan rumah..sy xtau apa nak
> lakukan lg..akhirnya sy mengalah dgn kesungguhannya 
> sehinggalah ke hari ini sy masih bhubung dgn
> dia..utk pengetahuan semua, 2 bln yg lepas wifenya
> ditukarkan ke kg halaman di timur semenanjung
> tanahair. hubungan sy dgn dia ibarat pcintaan dara
> dan teruna yg tidak mpunyai sbrg masalah walau
> kadangkala isterinya menelefon atas sms dia ketika
> sedang borak2 di kedai atau di restoran btanya di di
> mana dan buat apa..sy dah tbiasa dgn keadaan itu dgn
> x-bf sy yg tdahulu so sy tiada sebarang masalah
> bkaitan itu..dia tidak pernah m'abaikan tjawab kpd
> anak dan isteri kerana setiap hujung mgu dia akan
> blk ke kg..entahlah, sy bingung dgn hubungan sy dgn
> dia. sy tidak tahu mcmana nak mhadapinya. skrg ni
> dia on da way blk kg utk mbawa wifenya dtg kl kerana
> wifenya bcuti selama sminggu sementara menguruskan
> keje2 yg masih ttinggal di opisnya dahulu. dia
> sentiasa akan mberitahu sy walau ke mana pun
> dia pergi dan akan meminta pndangan sy dlm setiap
> apa jua hal sekalipun..itu mbuatkan sy jatuh hati
> pada dia.. APAKAH SALAH MCINTAI SESEORANG YG BGELAR
> SUAMI ORG? sy tahu mmg pedih jika sy berada di
> tempat isterinya..tp mcmana harus sy lakukan? sy
> mohon pandangan dn pendapat kalian utk yg ke-2
> kalinya. sekian wassalam..
> 
> "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat
> baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
> padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui,
> sedang kamu tidak mengetahui"( Al-Baqarah 216 )
> 
> 
> Sponsored Link
> 
> Degrees for working adults in as fast as 1 year.
> Bachelors, Masters, Associates. Top schools
> 
> 
> 
> 
>
__________________________________________________________
> Do you Yahoo!?
> Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail
> beta.
> http://new.mail.yahoo.com

__________________________________________________________
Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
http://new.mail.yahoo.com


  
    
    
---------------------------------
  
  Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.



*** WORLEYPARSONS GROUP NOTICE ***  "This email is confidential.  If you are 
not the intended recipient, you must not disclose  or  use the  information 
contained in it.  If you have received this email in error,  please notify us 
immediately by return email and delete the email and any attachments. Any 
personal views or opinions expressed by the writer may not necessarily reflect 
the views or opinions of any company in the WorleyParsons Group of Companies."  
  


  

         

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke