Asskm.

Sila rujuk: 
http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=265&mode=thread
 
Wawancara Dengan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin : Perubatan Islam
Saya setuju dgn Asri bhw jampi yg tiada unsur syirik itu halal, walau jahiliah 
(sebelum Islam, iaitu bukan ayat2 Quran, zikir atau doa).

Sebenarnya, jampi atau upacara (rituals) hanyalah sesuatu yg ditetapkan oleh 
jiwa sebagai insyarat kpd jiwa, 
supaya jiwa menggubah aura "mentah" kpd aura bentuk tertentu, bg hasilkan 
tujuan tertentu.
Ia tidak perlu kpd makhluk halus, walau ramai yg menggunakannya.
Bg saya, alat2 radionic adalah lebih baik bg gubah aura dr jampi atau ritual.

Jika tanpa ritual/jampi,  iaitu gubah aura dgn tumpuan minda semata2, 
ia dinamakan 'ain.

Bagaimanapun, Asri keliru dgn menyamakan perubatan fizikal dgn moden, 
dan MENGGALAKKAN perubatan moden.
Kalau boleh, tolong perbetulkan fahamannya ini.

Bg saya, tidak salah menjampi untuk mengubah seseorang.
Jika mind control technology boleh ubah minda kpd jahat/ikut arahan, 
apakah tidak boleh guna aura untuk kebaikan?
Isunya, apakah aura untuk kebaikan itu cukup kuat berbanding aura peribadi org 
sasaran,
atau berbanding aura pihak lain yg menyru kpd kejahatan?
Ketidakberhasilan sesiapa untuk memberi hidayah pd kesemua ahli masyarakat dgn 
menjampi 
bekalan air, 
tidak semestinya menunjukkan bhw mustahil jampi boleh membantu mengubah 
seseorang.
Kita boleh soal dia balik, kalau Quran kata sihir boleh memberi mudarat dgn 
izin Allah, 
mengapa ahli sihir tak sihirkan shj bekalan air org2 Islam?

Jawabannya, wujudnya "keberkesanan sesuatu" tidak semestinya menjamin kejayaan 
sesuatu secara mutlak.
Peluru boleh membunuh, namun tidak semestinya akan membunuh setiap kali!!

*Hakikatnya, Illuminati telah kuasai umat Islam dgn muslihat (khid'ah)
bukannya dgn sihir!!
Khid'ah ini boleh dikatakan sebagai "sihir ma'nawi" Illuminati,
dimana jika sihir hissi menyebabkan mudarat pd & perasaan, 
ie. sakit teruk, membenci yg tak sepatut dll.
shiri ma'mnawi menjadikan org2 Islam, bahkan ulama'' tak "nampak" tipu muslihat 
Illuminati, dlm politik, ekonomi (matawang & saham), pendidikan dll.,
juga org Islam tak mampu menyaingi kebolehan teknoloji Illuminati.


Sekian, wassalam.

Hasnul



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, 14 December, 2006 10:24:17 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Wawancara Dengan Dr. Mohd Asri Zainul 
Abidin : Perubatan Islam



on Thursday, March 16, 2006 - 07:38 AM CCT - 1302 Reads
  
Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang 
dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang 
menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak 
dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi 
mangsa seks bomoh. 
  



WAWANCARA DENGAN DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN, Penyelaras Seketeriat 
Falsafah Dan Sains Islam, USM, Pulau Pinang. 

Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang 
dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang 
menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak 
dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi 
mangsa seks bomoh. 

Soalan: Dr, timbul persoalannya di sini juga, apakah amalan perbomohan atau 
jampi dibenarkan dalam Islam. Apakah syarat-syaratnya? 

Jawapan: Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitan dengan membaca jampi atau 
disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas 
bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan 
dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah 
untuk beramal dengan dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, 
ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi 
orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan 
Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah berjampi. Termasuk menyuruh 
isteri baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, 
baginda menyuruh berjampi dengan katanya “Sesiapa yang dapat memanfaatkan 
saudaranya maka lakukanlah” . Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: 
“Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang ketahui, tidak 
dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu
 hendak pertama: ‘aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari 
unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan 
Penyembuh. Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya 
unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu. Ketiga: Inti kandungan jampi 
memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. 
Ini seperti apa yang sebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin 
Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: 
Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi s.a.w.: 
“Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada 
padanya kesyirikan”. 

Namun, suka saya ingatkan, kita juga mengharapkan umat Islam jangan hanya 
menumpukan persoalan jampi semata, kerana perubatan modern dan pengetahuan 
perubatan moden juga disuruh oleh agama bahkan ianya adalah fardu kifayah. 
Bahkan saya melihat pada zaman ini tuntutan perubatan moden lebih besar jauh 
berkali ganda dari kerja-kerja jampi yang tidaklah begitu utama jika dilihat 
kepada syighah (bentuk unggapan) hadith. Maksudnya tuntutan mempelajari ilmu 
perubatan moden adalah lebih utama untuk ditumpukan. Pada zaman baginda Nabi 
s.a.w sendiri perubatan zahir ini diutamakan. Mereka yang tercedera medan-medan 
perang, kebanyakannya diubati secara fizikal. Nabi s.a.w sendiri mendapatkan 
khidmat al-Harith bin Kaldah seorang pakar perubatan Arab. Sekalipun dia bukan 
seorang muslim. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut dalam Al-Isabah bahawa ini 
menunjukkan keharusan menggunakan khidmat bukan muslim yang tidak memusuhi 
Islam. Apa yang penting ia menunjukkan kepentingan perubatan secara
 lahiriah. Bukan hanya jampi sahaja yang dinamakan perubatan secara Islam, 
seperti yang sesetengah golongan agama salahfahamkan orang awam. 

Soalan: Apakah pula pandangan Dr tentang amalan yang giat berjalan dalam 
masyarakat kita sekarang? 

Jawapan : Saya percaya mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan 
secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya amalan jampi -yang 
sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri kepada agama Islam- 
telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w 
sendiri tidak dapat lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik 
dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik, 
suami yang tidak baik menjadi baik dan seumpamanya. Dengan meminum segelas air 
atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat petunjuk. Saya 
sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu 
mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak 
menjampi agar Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam?. Kalau ini 
benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-zam pada malam hari dan siangnya 
apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat
 baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang 
menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa 
saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman, baginda tidak mampu 
menjampinya untuk mendapat petunjuk. Firman Allah surah al-Qasas ayat 56: 
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk 
kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah 
jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang 
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ; dan Dia lah jua yang 
lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah 
petunjuk (kepada memeluk Islam).” 

Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk, mengapa tidak 
jemput sahaja orang-orang berkemampuan ini untuk menjampi empangan air minuman 
supaya masyarakat umum mendapat hidayah. Sebenarnya hidayah datang melalui 
sebab dakwah dan kehendak individu itu sendiri dengan izin Allah. 

Demikian juga kononnya mandi bunga boleh menyebabkan seseorang mendapat jodoh. 
Jika yang dimaksudkan mereka ialah air bunga membantu proses kecantikan lalu 
kecantikan itu menawan hati orang lain untuk meminangnya, itu ada lojiknya. 
Namun mempercayai ia menyebabkan Allah membawa jodoh datang kepada seseorang 
adalah dusta kepada Allah. Mereka akan berkata “kita usaha, Allah yang akan 
berikan”. Kita ingin bertanya mereka: Bilakah Allah pernah berjanji perkara ini 
dengan kamu? Ada dalam al-Quran? Ada dalam hadith? Tidak ada sama sekali. 
Apakah pengamal perubatan ini menerima wahyu dari Allah sehingga boleh membuat 
dakwaan ini?. Dosa besar dalam hal ini ialah berdusta menggunakan nama Allah. 
Firman Allah dalam Surah al-‘Araf, ayat 33: 

(maksudnya) “Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan 
perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan 
perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; 
dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah 
tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya) ; dan (diharamkanNya) 
kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya” . 

Dalam aqidah, ini juga sebenarnya dari jenis syirk asghar iaitu syirik kecil. 
Walaupun namanya kecil, namun adalah syirk, dosanya amat besar yang boleh 
membawa kepada syirk besar. Namun jika dia percaya bunga itu sendiri menolak 
bala dan mendatangkan jodoh maka iti adalah syirik besar yang membatalkan iman. 

Soalan: Dr, Apakah hukum mereka yang mempercayai ramalan-ramalan bomoh? 

Jawapan: Sebenarnya, pada asasnya, sesuatu ramalan itu jika ada tanda-tanda 
zahir yang dapat dijadikan sandaran, tidak mengapa. Ini seperti langit mendung, 
kita ramalkan kemungkinan hujan, pelajar malas kita ramalkan gagal dalam 
peperiksaan. Namun semua itu akhirnya bergantung kepada ketentuan Allah. Adapun 
meramalkan dengan pasti sesuatu yang ghaib dan tiada sebarang tanda zahir 
adalah salah dan membawa kepada syirik. Nabi s.a.w sendiri tidak tahu yang 
ghaib melainkan dengan kadar yang diwahyukan kepada baginda. Arahan Allah 
kepada baginda dalam Surah al-‘Araf ayat 188: (maksudnya) Katakanlah: "Aku 
tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat 
kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara 
yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang 
mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak 
lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang
 yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman". 

Sesiapa yang mempercayai ramalan bomoh adalah dosa dan kemungkaran yang boleh 
membawa kepada kerosakan aqidah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadith yang sahih: 
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang ramal lalu dia mempercayai apa 
yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan 
kepada Muhammad”. (Riwayat al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang sahih). 

Bomoh-bomoh itu sendiri tidak dapat meramalkan nasibnya. Kebanyakan ramalan 
mereka hanya membawa kepada permusuhan dan pecah belah. Inilah misi syaitan. 







Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – 
The Wall Street Journal 


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke